Alam laut mempunyai banyak misteri yang berjaya dirungkaikan. Malah di sebalik kejayaan ini, banyak lagi yang masih menjadi tanda tanya.

Bayangkanlah, beratus-ratus tahun sotong gergasi hanyalah dongengan dibawa mulut nelayan dalam keletihan. Sekarang ini sotong gergasi memang terbukti wujud secara saintifik. Jadi permata ilmu ini menunjukkan bahawa tiada apa yang pelik di laut.

Tersembunyi di laut dalam ialah sebuah spesis sotong yang diberikan gelaran pontianak. Vampyroteutis infernalis ialah nama bagi spesis ini, bermaksud sotong pontianak daripada neraka.

Lukisan grafik sotong pontianak yang menunjukkan butir-butir cahaya biologi (bioluminescent)

Organ-organnya berupaya untuk mengeluarkan cahaya untuk merancakkan metabolisme okisgen serba unik untuk meneruskan hidup di kawasan laut yang kekurangan oksigen.

Sotong pontianak ditemui semasa sebuah ekspedisi diketuai Karl Chun, seorang pakar zoologi yang bersemangat selepas mengkaji kejayaan Ekspedisi Challenger.

Karl Chun

Beliau sering tertanya-tanya jika ada hidupan di dalam laut bawah paras 550 meter. Dibiayai sekumpulan Jerman, ekspedisi ini dilengkapkan dengan peralatan untuk menangkap organisme-organisme di dasar laut.

Kajian-kajian yang menyusul mendapati sotong pontianak boleh mencecah panjang 12 inci. Gambar di atas menunjukkan seekor sotong pontianak yang sedang berenang. Nampak macam sotong… juga sotong kurita. Tetapi hakikatnya, ia unik dengan kelas tersendiri.

Walaupun nama sempena pontianak, sotong ini tidak menghisap d4r4h. Sebaliknya nama ini diberikan sempena rekabentuknya dengan selaput kulit yang menghubungkan kelapan-lapan tentakelnya.

Kain menutup belakang pontianak.

Nampak seperti Count Dracula yang memakai kain di belakang. Dan ia hidup di kawasan laut tanpa cahaya matahari (macam pontianak).

Apabila berasa tergugat, sotong pontianak akan menarikkan selaput kulit pada tentakelnya yang mempunyai sejenis t4ring panjang.

Tetapi sebenarnya sotong pontianak ini tidak langsung berupaya untuk menc3d3rakan kerana spesis ini tiada fitrah pem4ngs4.

Untuk makan, ia hanya bergantung pada cebisan-cebisan yang melekat pada tentakelnya. Apabila seekor haiwan laut m4t1 di permukaan, ia akan karam untuk menjadi makanan pada sotong pontianak.

B4ngk4i ikan di dasar laut.

Tetapi hidupnya tidak terjamin, kerana sotong pontianak boleh dib4h4m haiwan lain seperti ikan ekor tikus (albatrossia pectoralis), paus dan singa laut.

Seperti yang semua tahu, sotong boleh mengeluarkan dakwat untuk meloloskan diri. Namun mekanisme dakwat ini takkan bermanfaat pun di laut dalam tanpa cahaya.

Jadi evolusi memainkan peranan paling unik. Sotong pontianak tidak mengeluarkan dakwat. Sebaliknya spesis ini mengeluarkan sejenis “selsema” tidak berwarna yang berbintik-bintik dengan cahaya terang untuk mengelirukan pem4ngs4.

Gambaran sotong pontianak yang cuba melarikan diri.

Jika tentakelnya terputus, ia boleh tumbuh semula – jadi ini pun digunakan sotong pontianak untuk meloloskan diri.

Faktor cahaya sebenarnya ialah keunikan pada sotong pontianak. Sejenis organ bernama photophore dalam badannya boleh mengelipkan cahaya antara pecahan satu saat hingga beberapa minit.

Dan sotong ini juga boleh mengawal tahap terang malap cahaya ini, berkemungkinan menggunakan tenaganya.

Kelengkapan ini memang penting untuk sotong pontianak yang hidup di antara 600 hingga 900 meter di bawah permukaan laut.

Fosil dimineralkan spesis sotong pontianak yang pupus (spesis lain).

Sotong pontianak hanyalah salah satu daripada keindahan laut dalam yang bermisteri. Kekangan teknologi dan kos melampau mengehadkan kebolehan manusia untuk mengkaji lagi.

Tetapi semakin lama, kedua-dua faktor ini tidak akan menjadi halangan lagi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.