Laut menyimpan pelbagai rahsia dan khazanah yang masih tidak diketahui manusia sehingga hari ini. Bagi umat Islam, itulah tanda kebesaran-Nya sebagai Pencipta alam semesta.

Firman-Nya dalam ayat 12, Surah Faatir mafhumnya, “Dan tidaklah sama keadaan dua laut (sekalipun satu jenisnya), yang satu tawar lagi memuaskan dahaga serta sesuai diminum, sementara yang satu lagi masin lagi pahit dan (kedua-duanya itu berfaedah kepada kamu): Dari tiap-tiap satunya kamu dapat makan daging yang lembut hidup-hidup dan dapat pula kamu mengeluarkan benda-benda perhiasan untuk kamu memakainya; (selain itu) engkau melihat pula kapal-kapal membelah air belayar padanya; (diadakan semuanya itu) supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurnia Allah dan supaya kamu bersyukur.”

Satu makhluk yang terus mengundang tanda tanya komuniti saintifik ialah sotong Bigfin. Sejak ditemui 113 tahun lalu, sotong ini hanya dapat dilihat di persekitaran semulajadinya sebanyak 12 kali di seluruh dunia. Tetapi berdasarkan satu kertas kajian yang diterbitkan dalam jurnal PLOS One, sotong ini sudah dilihat sebanyak lima kali ribuan kaki di bawah permukaan Great Australian Bight di selatan Australia.

Bagi pengkaji hidupan marin, ia dianggap satu perkara yang luar biasa. Pertama, buat pertama kali sotong ini ditemui dalam kawasan perairan Australia. Kedua, dengan kelibatnya dikesan di kawasan yang sama, ia memberi peluang kepada mereka mengkaji anatomi dan tingkah laku haiwan yang menghuni dasar laut itu.

Komuniti saintifik pertama kali melihat sotong Bigfin selepas ia ditangkap sekumpulan nelayan Portugal pada tahun 1907. 80 tahun selepas itu, ia dikesan berenang pada kedalaman 4,735 meter di perairan Brazil pada tahun 1988. Sotong Bigfin mempunyai bentuk badan yang unik dengan sirip yang panjang bak telinga Dumbo (watak gajah terbang dalam filem Disney) dan ia membantu mereka bergerak pantas dalam air.

Gambar-gambar yang sempat dirakam saintis.

Walaupun mempunyai tentakel panjang seperti spesies sefalopod yang lain, kumpulan pengkaji yang diketuai Deborah Osterhage mendapati tentakel sotong Bigfin yang diperhatikan mereka di Great Australian Bight berukuran 1.8 meter. Dan berdasarkan kajian lepas, sotong ini boleh mencecah tujuh meter panjang.

Tambah aneh ialah cara sotong Bigfin mengawal tentakelnya. Tidak seperti sefalopod-sefalopod lain yang membiarkan tentakel mereka berada di bawah badan, Bigfin pula mengawal tentakelnya pada sudut menegak sebelum ia membengkok dan melingkari. Ini menjadikan bentuk tentakel kelihatan seperti siku.

Satu perkara yang terus mengundang tanda tanya dalam kalangan pengkaji ialah mengapa lima sotong Bigfin itu berkumpul dalam satu kawasan yang sama dan berhampiran antara satu sama lain. Osterhage berpandangan tingkah laku sebegini sama ada disebabkan oleh keinginan untuk mengawan atau menyelamatkan diri. Yang pasti, lebih banyak pemerhatian dan kajian perlu dilakukan bagi mengenali sotong ‘makhluk asing’ ini.

RUJUKAN:

Specktor, Brendan. (2020). Rare squid with ‘elbow’ tentacles baffles scientists in spooky new footage. LiveScience. https://www.livescience.com/rare-bigfin-squid-sighting-australia.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.