SosMA – Keselamatan Negara bukan untuk Dipolitikkan

767

Baru-baru ini, 12 individu telah ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengg4nas yang dikatakan telah ditumpaskan, iaitu Liberation Tiger of Tamil Eelam (LTTE) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) [Security Offences (Special Measure) Act)] yang lebih dikenali sebagai SosMA telah menimbulkan semula tuduhan bahawa akta tersebut adalah tidak berpelembagaan dan tidak berperikemanusiaan. 

Daripada dua belas individu yang ditahan itu, dua orang adalah merupakan ahli Dewan Undangan Negeri di bawah Parti Tindakan Demokratik (Democratic Action Party – DAP), parti tersebut dengan cepat menaikkan isu bahawa penahanan tersebut adalah tidak berperikemanusiaan dan tidak logik kerana mereka mendakwa pergerakan tersebut telah lama tumpas, dan mereka beriya-iya membawa usul untuk membubarkan akta tersebut. 

Malangnya, politik dan keselamatan tidak berjalan seiring.  Dan kita sudah mempunyai begitu banyak pengalaman lampau sebagai contoh.

Gadis dari Ipoh

Sebelum LTTE, sebelum Daish, dan malahan sebelum kita perlu berhadapan dengan al Qaeda, kita menghadapi ancaman dari fahaman k0munis.

Di tahun 50’s, k0munis memiliki kelebihan kerana mereka telah mengasah keupayaan mereka dalam peperangan gerila.  Dan antara punca kelebihan mereka ini adalah sumbangan daripada seorang wanita yang kelihatan tidak bersalah dari Ipoh (dia sebenarnya berasal dari Guangzhou, China dan berhijrah ke Ipoh ketika berumur 6 tahun bersama keluarganya).  Namanya adalah Lee Ten Tai, atau lebih dikenali sebagai Lee Meng. 

Lee Meng memperagakan muka seperti mangsa dengan pakaian samfu.

Berusia 26 tahun (pada tahun 1952), dia sebenarnya seorang gerila bawah tanah yang berdedikasi kerana telah menyertai pertubuhan itu pada tahun 1942 ketika dia berumur 16 tahun.  Disebabkan kecekapan dia mengendalikan maklumat, Chin Peng telah mengaturkan untuk dia mengendalikan rangkaian komunikasi maklumat untuk keseluruhan Parti Komunis Malaya. 

Dia juga bertanggungjawab mengendalikan skuad khas dalam PKM yang dikenali sebagai Skuad Lincah Khas (Special Mobile Squad) yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan pembvnuhan ke atas pegawai polis dan musuh politik mereka.  Salah satu s3rangan mereka adalah percubaan membvnuh Tun Tan Cheng Lock menggunakan b0m tangan.

Tun Tan Cheng Lock, sasaran s3rangan b0m tangan Skuad Lincah Khas di bawah Lee Meng.

Biarpun kedudukannya yang penting dalam pertubuhan haram tersebut, tidak ada sesiapa yang menjangkakan bahawa dia adalah seorang pemimpin komunis.  Sehinggalah kemunculan Detektif Inspektor Irene Lee dari Cawangan Khas.  Cekal dan bijak, akhirnya buku bertemu ruas.  Detektif Inspektor Irene telah menyamar sebagai anggota Min Yuen dan berjaya membongkarkan rangkaian Lee Meng.  Dan dia sendiri mendapat peluang untuk menahan Lee Meng.

Lee Meng berpakaian seragam k0munis di Kepayang, Ipoh.

Malangnya, kes Lee Meng dipolitikkan dari awal.  Pada tahun 1952, sesetengah pegawai Cawangan Khas British bersikap keterlaluan dalam cara mereka menangani ancaman komunis dan Lee Meng dilihat sebagai mangsa kepada keangkuhan pegawai British.  Dengan penyebaran maklumat palsu oleh Min Yuen, ahli politik tempatan telah mempertahankan Lee Meng, termasuklah Tun Tan Cheng Lock yang dia pernah cuba bvnuh sebelum ini.

Kes Lee Meng mendapat perhatian antarabangsa sehinggakan kerajaan k0munis Hungary menawarkan untuk menukarkan Lee Meng dengan seorang peniaga British yang telah ditahan atas tuduhan mengintip di Budapest.  Walaupun tekanan demi tekanan dikenakan, terdapat banyak bukti kukuh dan Lee Meng telah dijatuhkan hukuman m4ti.

Namun, dia mendapat kebebasan yang didambakan itu kerana Sultan Perak ketika itu telah bertitah untuk mengampunkan Lee Meng.  Dia kemudiannya dibuang negara ke China, di mana dia akhirnya menunjukkan belang sebenarnya sebagai seorang k0munis.  Kemudiannya, dia berkahwin dengan seorang anggota pulitburo utama, Chen Tian @ Chen Tien.

Nota:Walaupun terdapat dakwaan bahawa Chin Peng yang bertanggungjawab untuk memulakan perjanjian Haadyai, orang yang bertanggungjawab memulakan rundingan itu sebenarnya adalah Chen Tian.  Menghidap kanser paru-paru tahap terakhir, dia memohon untuk mendapatkan pendamaian dengan kerajaan Malaysia.  Penglibatan Chen Tian diriwayatkan dalam sebuah buku oleh Tan Sri Zainuddin Maidin bertajuk “Wira tak Didendang”. Malangnya, saya tidak dapat kongsikan maklumat lain dari buku itu kerana saya telah kehilangan buku itu lebih daripada 10 tahun.

Jemaah Islamiyah – Kumpulan Militan Malaysia

Penaklukan Afghanistan oleh Rusia pada tahun 80’an yang menumbangkan raksasa berkaki tanah liat itu telah menghasilkan ribuan pejuang mujahidin dengan pengetahuan ketenteraan yang berdedikasi mempertahankan agama dan saudara mereka.  Ditambahkan dengan perang Balkan dan penakhlukan Chechnya oleh Rusia, penghujung 1990-an merupakan era penuh peperangan.

Antara yang terlibat dalam panggilan itu adalah dua orang pensyarah universiti tempatan.  Dipengaruhi Abu Bakar Basyir, seorang ulama radikal dari Indonesia, mereka menubuhkan Jemaah Islamiyah (JI) cawangan Malaysia yang kemudiannya dilabelkan sebagai Kumpulan Militan Malaysia (KMM).

Dr. Azahari Hussin
Noordin Mat Top

Kedua-dua individu ini juga bertindak mengunjungi Afghanistan melalui Pakistan sekitar 1999 untuk mendapatkan latihan ketenteraan dan kepakaran alat letupan.

Cawangan JI Indonesia bersifat lebih agresif, tetapi cawangan Malaysia pula lebih bersifat rahsia sehinggakan polis Malaysia tidak dapat mengesan kewujudan mereka.  Malahan, beberapa tindakan awal oleh kumpulan ini pada asalnya telah diklasifikasikan sebagai jenayah biasa, kerana aktiviti utama kumpulan ini adalah merompak bank dan institusi kewangan untuk membiayai aktiviti mereka dalam dan luar negara. 

Tambahan pula, pihak polis lebih menumpukan perhatian terhadap kemungkinan saki-baki kumpulan al Mau’nah yang bertanggungjawab dalam rampasan senjata, tragedi Bukit Jenalik dan pengeboman kilang Carlsberg di Lembah Klang.

Kewujudan mereka mula diketahui apabila mereka terlibat dalam satu rompakan yang telah digagalkan pada tahun 2001.  Seorang pengawal keselamatan telah menembak dan membunuh dua orang anggota kumpulan ini dan mencederakan dua orang lagi.  Ini diikuti dengan pembunuhan Dr Joe Fernandez, ADUN Lunas, Kedah.

Dr. Joe Fernandez

Hasilnya, siasatan telah membongkarkan identiti Dr. Azahari Hussin, Noordin Mat Top dan 70 orang lain anggota kumpulan ini.  Operasi dilancarkan untuk menahan mereka, tetapi ramai yang berjaya melarikan diri kerana wujud ketidakpercayaan terhadap kerajaan ketika itu yang menganggap mereka ini disasarkan kerajaan atas sebab fahaman politik.

Kedua-dua Dr. Azahari dan Noordin berjaya melarikan diri ke Indonesia.  Kesan buruk tindakan orang awam yang telah membantu mereka ini cuma disedari mereka ini apabila kedua-dua individu ini terlibat dalam pengeboman Krismas Bali. 

Secara keseluruhan, mereka berdua terlibat dalam empat lagi pengeboman dan mengorbankan ratusan nyawa.  Kedua-dua mereka kini akhirnya menemui ajal di hujung senjata.

Sejarah berulang lagi dengan Dr. Mahmud Ahmad, seorang pensyarah Universiti Malaya.  Bagi kes Dr. Mahmud Ahmad, dia terlibat dengan Daish.  Dia dilihat kali terakhir di Marawi apabila bandar tersebut menjadi sasaran percubaan pertama Daish cuba mendapatkan wilayah di rantau Asia Tenggara.  Kini, dia dipercayai terbunuh dalam operasi tempur di tangan Angkatan Tentera Filipina.

Dr. Mahmud Ahmad – dipercayai terbvnuh di Marawi.

LTTE – Ancaman yang Sudah Berakhir?

Salah satu tuduhan bahawa penahanan kali ini adalah tidak adil adalah bahawa LTTE telah lama dihapuskan oleh tentera Sri Lanka.  Oleh itu, mereka mendakwa tuduhan penglibatan mereka dalam LTTE adalah palsu semata-mata. 

Saya amat berharap tuduhan tersebut adalah benar, tetapi hakikatnya penahanan ini bukanlah kes terpencil di Malaysia.  

Vellupillai Prabhakaran

Tidak lama selepas LTTE ditewaskan pada tahun 2009, Selvarasa Pathmanathan yang merupakan timbalan kepada Vellupillay Prabhakaran dan watak utama dalam perolehan senjata untuk LTTE telah ditahan di Tune Hotel di Kuala Lumpur.  Ibu Prabhakaran juga pernah dihalang memasuki India setelah terbang ke negara tersebut dari Malaysia pada tahun 2010, dan telah dihalau ke Malaysia. 

Lima tahun selepas Prabhakaran terbunuh, empat warga Sri Lanka telah ditahan di Kuala Lumpur atas tuduhan cuba menghidupkan kembali LTTE pada tahun 2014.  Salah seorang suspek telah didapati pernah ke Chennai dan Bangalore di India untuk meninjau sasaran-sasaran yang dimiliki oleh Sri Lanka. 

Pada tahun yang sama, dua orang pemimpin LTTE juga telah ditahan di Kuala Lumpur.  Nathagopan dan seorang lelaki dikenali sebagai Irumporai telah ditahan dan dihantar balik ke Sri Lanka pada tahun yang sama.Adakah LTTE itu bahaya? Sebelum wujudnya Daish / IS dan malahan sebelum wujudnya al Qaeda, LTTE telahpun wujud.  

LTTE merupakan salah satu kumpulan militan yang paling berbahaya dan paling berkeupayaan pernah wujud.  Dalam tempoh masa antara 80’an sehingga 90’an, mereka merupakan satu-satunya kumpulan militan yang berupaya memegang kawasan takhluk.  Setakat ini, mereka juga merupakan satu-satu kumpulan militan yang dibangunkan sendiri yang memiliki cabang udara dan laut.

Menggunakan pesawat udara paraglider ringan, cabang udara mereka berjaya melancarkan s3rangan udara ke atas Colombo, ibu negara Sri Lanka, merencatkan aktiviti di situ pada tahun 2008.  Lapangan Terbang Antarabangsa Colombo turut mengalami kerosakan teruk akibat s3rangan tersebut.

Cabang laut mereka dikenali sebagai Sea Tiger sering bertempur dengan Tentera Laut Sri Lanka dan berjaya menenggelamkan beberapa kapal Tentera Laut Sri Lanka.

Unit infantri mereka juga didapati amat inovatif dengan taktik tempur medan.  Daripada menanam periuk api di laluan yang mungkin digunakan tentera, mereka memasang jerangkap samar di kawasan di mana tentera akan mengambil kedudukan perlindungan.  Ramai tentera yang tidak bernasib baik menemui maut apabila cuba mendapatkan kedudukan perlindungan daripada s3rangan Tamil Tiger.

LTTE juga mengubahsuai jentolak menjadi kenderaan berperisai.  Dilengkapkan dengan mesin-gan, sekurang-kurangnya 1 unit pernah digunakan dalam pertempuran dalam Perang Jaffna Pertama menentang Tentera Darat Sri Lanka.

Apa yang menjadikan mereka kumpulan militan paling berbahaya seluruh dunia adalah unit Black Tiger.  Unit ini dikenali kerana kesanggupan mereka melakukan s3rangan bvnuh diri, dengan bekas Perdana Menteri India Rajiv Gandhi antara korban mereka.  Dan unit inilah yang memperkenalkan taktik s3rangan bvnuh diri dengan vest bahan letupan.

SosMA – Alat Penindasan

Terdapat salah faham amat besar mengenai apa itu SosMa.  Salah faham inu adalah hasil kempen politik parti komponen kerajaan sekarang yang berkempen menentang akta ini dengan menghasilkan persepsi negatif mengenainya.

Falasi 1 – SosMA digunakan untuk mendakwa Suspek

Salah satu falasi besar mengenai SosMA adalah akta tersebut digunakan untuk mendakwa individu yang ditahan di bawah akta ini dengan tidak adil.  SosMA tiada peruntukan untuk mendakwa individu.  Tetapi, SosMA menyediakan peruntukan untuk penahanan suspek yang terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan negara kita.  Pendakwaan ke atas suspek masih perlu dilakukan di bawah Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bersesuaian.

Falasi 2 – Individu ditahan di bawah SosMA boleh ditahan sehingga bila-bila

Individu yang ditahan di bawah SosMA tidak boleh ditahan sehingga bila-bila.  Berbeza dengan ISA yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama dua tahun dan kuasa melanjutkan penahanan dengan budi bicara Menteri Dalam Negeri, seseorang hanya boleh ditahan selama 28 hari sahaja.  Selepas 28 hari, suspek perlu dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan.  Ini adalah sebab kenapa kesemua 77 suspek yang ditahan pasukan keselamatan semasa Op Daulat perlu dibawa ke mahkamah untuk pendakwaan secara rasmi.

Falasi 3 – SosMA digunakan untuk Kepentingan Politik 

Falasi ini adalah legasi dari era ISA di mana ramai pemimpin pembangkang telah ditahan di bawah ISA.  Walaupun penahanan sesetengah individu itu adalah sah, terdapat penahanan yang dibuat dikatakan mempunyai tujuan politik.


Tetapi seperti disebut dalam Falasi 2 di atas, terdapat langkah-langkah untuk menghalang akta ini disalahgunakan.

Semasa pentadbiran terdahulu, dua individu, Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang, kedua-duanya penyokong kuat Pakatan Harapan telah ditahan di bawah SosMA.  Tetapi penahanan mereka dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi kerana penahanan tersebut dianggap sebagai penahanan politik.

Sekiranya Mahkamah boleh membuat keputusan secara bebas melawan tuntutan kerajaan, ini bermakna bahawa akta ini disalahgunakan adalah agak sukar diterima. 

Tuduhan Penyeksaan

Terdapat orang tahanan yang mendakwa bahawa mereka telah diseksa polis semasa dalam tahanan untuk mendapatkan mereka mengaku penglibatan dalam aktiviti yang ditahan.  Sekiranya terdapat bukti yang secukupnya yang mereka terlibat dalam aktiviti yang mengancam keselamatan negara, sudah tentu pendakwaan telah menunjukkan bukti ini di mahkamah dan ini sudah tentu lebih diutamakan berbanding pengakuan yang mungkin diperoleh secara paksaan daripada suspek.

Berat Sebelah

Adalah perlu dinyatakan secara jelas bahawa bagaimana layanan kepada penahanan suspek LTTE adalah amat merisaukan.  Adalah berat sebelah di mana suspek penahanan LTTE dilayan seperti mangsa keadaan manakala suspek penahanan kes Daish pula dilayan seperti sudah didapati bersalah dan tidak dibela.  Malahan, percubaan SB – CTD untuk membawa balik rakyat Malaysia yang terperangkap dalam propaganda Daish sehingga berpindah ke Syria untuk mendapatkan maklumat risikan dan deradikalisasi dicemuh sebagai usaha sia-sia dan dipolitikkan.  Sikap ini cuma akan membesarkan bibit perpecahan yang kita lihat hari ini.

Undang-undang yang Adil

Dengan kata lain, akta ini adalah adil walaupun boleh jadi bersifat kejam.  Yang pasti, akta ini tidak akan dilihat sebagai kejam tetapi keperluan apabila sebutir bom meletup di tengah-tengah pasar yang sibuk dengan mangsa tidak bersalah di dalam negara kita sendiri. 

Adakah kita hendak kejadian sedemikian berlaku?  Saya masih ingat apabila SB – CTD mengumumkan buat kali pertama bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang ditahan ketika cuba menyertai Daish atau cabang-cabang kumpulan militan lain. 

Ramai pemegang fahaman liberal ini mula bising akan keperluan undang-undang bersifat menghalang ini digubalkan untuk melindungi mereka yang tidak bersalah.  Malah ada yang kata ISA itu bagus, cuma disalahgunakan.  Dan hari ini, kita berhadapan dengan perdebatan hari ini, sekali lagi.  Apakah undang-undang itu hanya adil sekiranya yang akan ditahan adalah musuh politik kamu?

RUJUKAN:

  1. War of the Running Dogs: 1948 – 1960, Noel Barber.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.