Sebut pasal air, ramai membayangkan orang mandi lencun bermain air semasa festival Songkran yang diadakan di Thailand setiap tahun. Tetapi berikutan situasi Covid-19,  sambutan Songkran tidak diadakan pada tahun ini demi mengekang penularan pandemik penyakit tersebut. Jadi, apa sebenarnya festival Songkran ini?

Sambutan keraian Songkran ini diraikan oleh warga Thailand dari 13 hingga 15 April setiap tahun. Air dianggap komponen penting dalam keraian ini kerana dalam tempoh tiga hari, tidak sah jika tidak lencun dibasahi air pada hari tersebut. Kalau tidak disimbah dengan baldi air, bersedialah ‘dis3r4ng’ sama ada dengan p1st0l air atau b0m air oleh penduduk atau pelancong asing.

Songkran bukan sekadar peluang untuk mandi lencun semata-mata. Songkran juga dianggap peluang kepada ramai orang terutama anak-anak perantau untuk pulang ke kampung dan menziarahi keluarga. Dalam konteks keagamaan pula, penganut agama Buddha akan bertandang ke kuil semasa tempoh Songkran dengan air disiram pada imej Buddha dan tangan para sami sebagai tanda penghormatan.

Pada hari pertama keraian yang dikenali sebagai Hari Songkran, hari ini ditandakan dengan imej-imej Buddha dibawa ke sekitar bandar-bandar di seluruh negara. Bagi warga Thai, mereka menyiapkan diri untuk permulaan Tahun Baru dengan membersihkan rumah mereka. Tetapi hari ini juga merupakan hari yang dinantikan kerana p3r4ng air berlangsung ketika itu.

Pada 14 haribulan atau dikenali sebagai Wan Nao, hari ini merupakan ambang lama Tahun Baru Thai. Pada hari itu, lebih banyak ritual Songkran yang lebih formal dilaksanakan termasuk penganut-penganut Buddha membina chedi (istana menyerupai kuil Buddha) pasir bila bertandang ke kuil. Pada 15 haribulan atau Tahun Baru Thai, warga Thai menyerahkan persembahan mereka di kuil-kuil.

Sambutan Songkran tidak jauh berbeza di lokasi-lokasi utama seperti Chiangmai, Phuket dan Bangkok. Di Chiangmai misalnya, sambutan dilakukan lebih awal iaitu pada 12 April berbanding 13 April dengan perarakan mengelilingi bandar tersebut. Sementara di Phuket pula, sambutan kadang-kadang berterusan sehingga ke awal pagi.

Yang pasti, bagi mana-mana pelancong yang bertandang ke Thailand semasa Songkran, bersedia sajalah lencun!

RUJUKAN:

Hostel World. (2019). Songkran Festival: everything you need to know.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.