Pada malam Sabtu lepas, tatkala umat Islam Turki berpeluang menunaikan solat tarawih di Hagia Sophia, cerita sama berlaku di Times Square, New York. Buat pertama kalinya, solat tarawih diadakan di Times Square New York di mana ia dihadiri oleh 1,000 orang jemaah.

Beli buku terbaru kami, KISAH KLASIK TAMADUN MELAYU di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/KisahKlasikShopee

Acara ini dihebahkan melalui siaran media sosial dengan 1,500 juadah berbuka puasa turut diedarkan. Bagi penganjur program iaitu SQ, program ini dilihat sebagai manifestasi agama Islam ialah agama yang cintakan keamanan. Pempengaruh media sosial itu turut menambah ia juga sebagai peluang terbaik memperkenalkan Islam kepada penganut-penganut agama lain yang belum tahu tentang agama tauhid itu.

Di sebalik respon positif warga New York terhadap program ini, ada yang merasa kurang senang disebabkan pemilihan lokasinya yang kurang sesuai. Bagi Sabrina Jamil dari Queens, Times Square dianggap kurang sesuai kerana ada iklan yang bersifat kurang sopan seperti model iklan separuh bogel.

Ada juga yang menyifatkan wang penganjuran program ini seharusnya disalurkan kepada kelompok berisiko seperti orang tiada rumah dan kelompok miskin termasuk imigran. Di sebalik pandangan negatif ini, SQ melihat ia sebagai satu bentuk dakwah kepada orang di luar sana.

Beli buku terbaru kami, TERHEMPASNYA PESAWAT MH747 di Shopee kami. Pautan: http://bit.ly/TerhempasnyaShopee

Yang pasti, ia dijangka bakal memberi inspirasi kepada Muslim dari negara lain untuk menganjurkan program sama terutama di negara-negara bukan Islam. Misalnya di Britain, Dataran Trafalgar (Trafalgar Square) bukan sekali menganjurkan program berbuka puasa di situ. Pastinya menarik dengan kelonggaran peraturan Covid-19 ketika ini, idea mengadakan solat tarawih di Trafalgar pasti mengundang minat warga Muslim Britain.

RUJUKAN

Middle East Monitor. (2022, 4 April). New York: US Muslims perform prayers in Times Square.

Iqbal, Z. (2022, 1 April). New York Muslims voice concern over Times Square’s first Tarawih prayers. Middle East Eye.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Leave A Reply