Polemik di antara pakar sejarah, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dengan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching yang berkeras mahu melaksanakan UEC benar-benar menarik perhatian. Ini kritikan seorang profesor sejarah berbangsa Cina kepada ahli politik chauvinis Cina. Sebelum ini Prof Khoo Kay Kim ada menyuarakan kritikan terhadap isu UEC:

http://www.malaysia-today.net/2018/07/21/jahil-perlembagaan-punca-sokong-uec/

Perhatikan kata-kata beliau berkenaan UEC:

“Kenalah menghormati Perlembagaan negara. Itu wajib. Kalau pemimpin tidak menghormati Perlembagaan mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda. Jangan kita mengajar generasi muda, generasi masa depan tidak menghormati undang-undang negara.

“Fahami Perlembagaan, hayati Rukun Negara. Rukun Negara bukan sekadar jadi sebutan tetapi perlu disematkan di hati, di jiwa. Bila kita menghayati semua ini, jati diri, semangat cintakan Malaysia kuat dan tanggungjawab terhadap negara bangsa teguh.”

(Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim)

Kenapa DAP tidak mahu subjek sejarah dimasukkan? Ini memang sudah dijangka sebab mereka mahu mewujudkan satu sistem pendidikan yang khas dan terasing dari Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sebelum ini kita tahu isu Bahasa Melayu dalam UEC dan kini mereka tidak mahu subjek sejarah. Mungkin sebenarnya ada subjek sejarah itu tapi sejarah China atau Taiwan atau sejarah bikinan mereka sendiri yang mereka boleh ubah, tokok tambah sesedap rasa menurut kepentingan mereka. Ini samalah ketika zaman komunis dulu silibus pendidikan diambil dari China. Maka lahirlah gerakan komunis yang ganas dan membunuh orang kampung.

Baca ni:

“Kalau kita tak tahu sejarah, kita tak tahu bagaimana negara ini berkembang dan kemudian menjadi negara bangsa.

“Sejarah sangat penting untuk kita faham tentang diri sendiri. Setiap orang pun ada sejarah keluarga dan sejarah mereka sendiri. Setiap kaum di negara ni pun ada sejarah. Jadi, kenapa sejarah tidak penting dalam pengiktirafan sijil tersebut.”

(Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim)

Perhatikan, sejarah sekali lagi memainkan peranan penting dalam situasi yang kritikal terutamanya bagi orang Melayu. Sama seperti kes Pulau Batu Putih. Itu soal wilayah. Namun ini soal masa depan kamu di tanah tumpah darah kamu. Negara yang membiakkan dua sistem pendidikan, dua bahasa pengantar berbeza dengan sukatan silibus sejarah yang berlainan versi hanya akan menyiapkan medan perang armageddon paling celaka di muka bumi.

“Awak (wartawan) tanya beliau tentang kesultanan di negara ini. Bagaimana sistem itu bermula? Contohnya sejarah Raja Lumut sekitar tahun 1730 yang menjadi pemerintah di Selangor pada waktu itu selama 20 tahun. Tetapi tidak gunakan gelaran sultan.”

Dalam pada itu Prof Khoo Kay Kim sempat mengirimkan soalan sejarah. Jika anda baca dengan teliti soalan di dalam berita SinarHarian ini anda akan dapati perkataan ‘Raja Lumut’ adalah satu perangkap berbisa bagi Nie Ching.

…atau mungkinkah wartawan SinarHarian yang buta sejarah? Raja Lumut ini yang selalu dilihat bermain pistol buih di Lumut Waterfront, memakai jam G Shock gred AA yang dibeli di Plaza Rakyat dan mandi manda di Teluk Batik.

Baca sini: http://www.sinarharian.com.my/nasional/kay-kim-kirim-soalan-sejarah-kepada-nie-ching-1.860617

#tolakUEC

~Srikandi
Kursani Segenap Bimasakti


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pelajar (tetap belajar dan terus belajar) dan kini tenaga pendidik dalam bidang sejarah, beliau adalah peminat tegar sejarah dan telah mencurahkan sepenuh kebaktiannya dalam sejarah terutama sejarah Melayu. Telah menulis lima buah buku bertemakan kepentingan sejarah, kritikan sejarah dan analisis sejarah Melayu.

Comments are closed.