Pertama kali aku menonton rancangan Anthony Bourdain, ketika aku yang gila rancangan di Discovery Channel (masa tu tak ada channel travel atau makanan di ASTRO) sekitar tahun 2001, ketika Bourdain melancong ke Wilayah Basque. A Cook’s Tour nama rancangan tu. Sambil bercerita tentang makanan, dia bercerita tentang separatist Basque yang mahu berpisah dengan Sepanyol.

Sejak itu aku mula merasakan mamat ni mempunyai taste art yang sangat cool dan knowledge sejarah, geografi dan politik yang power, disamping menjadi pakar masakan dan seorang chef yang terkemuka. Aura New York memang terpancar dalam setiap gerak gerinya, dan ia meingatkan aku pada vocalist Sonic Youth, Thurston Moore.

Aku memang gila geografi. Dan melihat pada badan aku ni, kau tau aku suka makan.

Aku fikir, possible ke orang yang gila makan juga, seorang yang gila merayau. Dan apabila aku menonton Bourdain, aku rasa ya, dia buat aku percaya yang perkara itu boleh.

Dalam siri No Reservation, siri 1 episod 5, dia ke Malaysia. Aku teruja betul bila episod Malaysia muncul.

Aku teringat dia dengan muka rilek dan tenang makan ulam jantung pisang dengan budu tanpa rasa euww atau awww. Dia tak poyo macam sesetengah orang yang tak pandang makanan Melayu macam ni.

Dan aku cuba makan jantung pisang dengan budu. Bukan kegemaran, tapi aku boleh makan.

Cara Bourdain bernaratif tidak sama macam pengacara rancangan ‘jalan-jalan cari makan’ macam selalu aku tonton. Yang lain semua gaya lagak bagai pelancong.

Bourdain bukan macam pelancong, tapi pengembara.

Dalam season 3 episod 9 No Reservation, dia ke Brazil, dan dia menceritakan makanan yang dia makan, dengan situasi ekoposial (ekonomi, politik dan sosial) yang membentuk resipi masakan tersebut, dan sejak itu aku mula menyimpan cita-cita untuk mengembara.

Dalam episod dia ke Bolivia, dia bercerita tentang perdagangan garam yang membina Empayar Inca ke kegemilangannya, walaupun kini masyarakat memandang enteng pada garam.

Dia bercerita tentang betapa pentingnya garam dalam masyarakat sehingga ia dilihat begitu berharga, dan begitulah turun naik nilai komoditi barangan dunia.

Kau takkan dengar perkara macam ni kat rancangan ‘jalan-jalan cari makan’ yang lain, beb.

Bourdain bagi aku dia bukan celebrity chef, tapi seorang pengembara. Dia telah menginspirasikan ramai orang, termasuk aku untuk mengembara.

Novel Rokok Nan Sebatang yang aku tulis pun sebab aku juga mahu jadi bon vivant macam Bourdain, dengan usaha mencari makanan asli Melayu di seluruh pelusuk negeri.

Untuk Anthony Bourdain, aku dedikasikan lagu Perfect Day, dari Lou Reed – seorang lagi anak jati New York.

So long, brother.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.