Saintis China, He Jiankui telah mengejutkan satu dunia kerana dakwaan dia telah menghasilkan bayi-bayi pertama yang telah diedit gen-nya. Satu tahun kemudian, misteri timbul tentang keberadaannya dan takdir bayi-bayi tersebut turut tidak diketahui.

Jiankui tidak kelihatan secara terbuka sejak Januari, hasil kajiannya tidak diterbitkan dan tidak diketahui apa yang berlaku pada kesihatan bayi-bayi tersebut. Hal ini telah membantutkan kemajuan dalam pemahaman ilmu genetik. Sebelum ini, Jiankui pernah berucap di persidangan sains Hong Kong bahawa dia menggunakan peralatan (tool) yang dikenali sebagai CRISPR untuk mengubah gen dalam embrio untuk membantu mereka membina daya tahan daripada jangkitan virus AIDS.

Hasil kerja He Jiankui yang mana dia berbahas secara ekslusif dengan The Associated Press telah dikecam teruk. Perbuatannya tidak beretika kerana dapat menimbulkan bahaya kepada gen-gen lain kerana perubahan DNA dapat diwarisi kepada generasi pada masa hadapan.

Semenjak itu, ramai orang telah terpanggil untuk membuat peraturan atau moratorium berkenaan aktiviti tersebut. Tetapi pihak jawatankuasa buntu dalam hal siapa yang patut menetapkan piawaian dan bagaimana untuk menguatkuasakannya.

He Jiankui kali terakhir dilihat pada bulan Januari di Shenzen, di sebuah balkoni pangsapurinya di universitinya. Universitinya memecat Jiankui setelah hasil kerjanya diketahui umum. Pengawal bersenjata berkumpul di sebuah dewan yang telah menimbulkan spekulasi bahawa Jiankui berada di bawah tahanan rumah.

Beberapa minggu kemudian, agensi berita rasmi China menyatakan penyiasatan mendapati bahawa Jiankui bertindak seorang diri kerana kemahuannya untuk kemahsyuran dan dia akan dihukum untuk mana-mana pelanggaran undang-undang. Semenjak itu usaha untuk menghubunginya tidak berjaya.

Ryan Ferrel, orang media yang dilantik oleh Jiankui bertindak untuk tidak memberikan sebarang komen. Ferrel sebelum ini menyatakan isteri Jiankui mula memberikan wang kepada Jiankui dan hal ini menunjukkan Jiankui sudah tidak mempunyai kemampuan untuk mendapatkan duitnya sendiri.

Pasukan penyiasatan China kelihatannya telah mengesahkan kewujudan bayi kembar perempuan yang DNA mereka telah diubah. Laporan menyatakan kembar tersebut dan orang yang terlibat dalam pengubahan gen embrio akan dipantau oleh jabatan kesihatan kerajaan. Kerajaan China juga telah merampas kesemua embrio yang telah diubah suai dan rekod makmal Jiankui.

Baru-baru ini, saintis telah menemui jalan untuk mengubah gen yang lebih selamat berbanding CRISPR. Pengubahsuaian gen itu diuji untuk melawan penyakit kanak-kanak dan dewasa. Perkara ini tidak kontroversi kerana pengubahsuaian ini tidak mewarisi ke generasi masa hadapan. Sesetengah saintis merasakan pengubahsuaian gen akan diterima dengan meluas sekiranya dapat dibuktikan betul-betul selamat dan beretika.

RUJUKAN:

  1. Chinese researcher claims first gene-edited babies. https://apnews.com/4997bb7aa36c45449b488e19ac83e86d

  2. Doudna, J. (2019). CRISPR’s unwanted anniversary. https://www.sciencealert.com/1-year-on-there-s-still-mystery-surrounding-china-s-gene-edited-babies

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.