Skala Kesakitan Schmidt Akibat Sengatan Serangga

1,085

Justin Orvel Schmidt merupakan seorang pakar bidang entomologi, iaitu bidang yang berkaitan dengan kajian terhadap serangga, antropod dan haiwan lain dalam kelas arachnid, cacing dan siput. Pada tahun 1983, beliau mengeluarkan satu kertas kajian berkenaan dengan sengatan serangga dalam kelas hymenoptera.

Hymenoptera adalah satu kelas haiwan yang mana mengandungi pelbagai jenis serangga seperti lebah, tebuan dan juga semut api. Skala kesakitan ini diperbaharui dan mengalami penambahbaikkan pada tahun 1990.

Disebabkan skala ini hanyalah berdasarkan pengalamannya yang disengat oleh berpuluh-puluh spesis, maka, skala ini adalah lebih kepada bersifat subjektif. Hal ini adalah kerana tidak semua manusia mengalami kesakitan yang sama, dan tahap kesakitan juga berbeza-beza di antara individu.

Gambar spesis Hymenoptera oleh Kelsey Oseid

Beliau berjaya di’sengat’ oleh lebih kurang 80 spesis serangga di bawah kumpulan hymenoptera. Pada bulan september, 2015 beliau telah dinobatkan sebagai salah seorang penerima Ig Nobel Physiology and Entomology atas kajiannya pada hymenoptera bersama dengan Michael Smith.

Berikut adalah beberapa contoh sengatan daripada beberapa serangga ini. Saya tergelak melihat cara beliau menggambarkan kesakitan demi kesakitan yang dialaminya saat disengat dengan serangga-serangga ini.

SKALA SCHMIDT TAHAP 1

Beberapa contoh serangga yang mana sengatannya adalah pada tahap satu adalah seperti Western Paper Wasp (Mischocyttarus flavitarsis) dan juga Elongated Twig Ant (Pseudomyrmex gracilis).

Skala 1 ini dikaitkan dengan beberapa venom yang terdapat pada serangga-serangga ini seperti melittin, apamin dan Mast Cell Degranulating peptide (MCD peptide). Melittin adalah sejenis toksin kepada darah (haemotoxin) dan apamin adalah toksin kepada saraf (neurotoxin).

Penerangan kesakitannya adalah

“Almost pleasant, a lover just bit your earlobe a little too hard.”

“Sharp, sudden, mildly alarming. Like walking across a shag carpet and reaching for the light switch.”

SKALA SCHMIDT TAHAP 2

Untuk skala yang mencapai kesakitan pada tahap 2, beberapa jenis serangga yang mampu memberi kesakitan sebegini adalah seperti Yellow Jacket (Vespula) dan juga Lebah Asia (Apis cerana). Kesakitan sebegini selalunya akan berlangsung selama 5 – 10 minit.

Berikut adalah penerangan mengenai kesakitan Schmidt pada tahap 2

 “Hot and smoky, almost irreverent. Imagine W. C. Fields extinguishing a cigar on your tongue.

Rich, hearty, slightly crunchy. Similar to getting your hand mashed in a revolving door.”

SKALA SCHMIDT TAHAP 3

Kesakitan yang timbul pada peringkat kesakitan ketiga ini boleh terjadi di antara 1 minit hingga 30 minit. Kebanyakkan toksin pada tahap ini mempunyai bahan bernama kinin, iaitu sejenis tanda keradangan (inflammatory mediator). Contoh serangga yang menyebabkan kesakitan ini adalah red paper wasp, velvet ant (Multillidae) dan juga Giant Bull Ant (Pogonomyrmex maricopa).

Kesakitan yang dialaimnya digambarkan seperti:

“bold and unrelenting. Somebody is using a drill to excavate your ingrown toenail.”

“Distinctly bitter aftertaste. Like spilling a beaker of hydrochloric acid on a paper cut.”

SKALA SCHMIDT TAHAP 4

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalamm skala Schmidt. Walaupun beliau mengatakan bahawa kesakitan akibat disengat oleh Tarantula Hawk (Pepsini) amat menyeksakan, namun, apabila dia disengat oleh Bullet Ant (Paraponera clavata), beliau terus berkata sengatan tersebut sepatutnya dikelaskan sebagai 4+. Hal ini adalah kerana venom yang terdapat dalam Bullet Ant ini bernama poneratoxin, sejenis neurotoxin.

Pada tahap 4, kesakitan yang dialami diperkatakan seperti

 “Pure, intense, brilliant pain… like walking over flaming charcoal with a three-inch nail embedded in your heel.”

“Torture. You are chained in the flow of an active volcano. Why did I start this list?”

Gambar – Terminix

Kita seharusnya perlu berterima kasih kepada beliau atas usaha membuat kajian sebegini dan menawarkan dirinya secara sukarela untuk merasai kesakitan akibat disengat daripada beberapa serangga ini. Mungkin para pembaca boleh berkongsi apakah sengatan yang paling berbisa anda pernah alami.

Sedikit informasi tambahan, kumbang charlie berada di tahap 2 pada skala ini.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.