Pada 5 Mac 2020, Siti Kasim di facebooknya telah berkongsi satu artikel daripada gambar tangkap layar Harian Metro yang bertajuk “Pelajar Bukan Melayu kurang minat sejarah.”

Dalam statusnya juga dikongsikan beberapa keping gambar yang ditangkap daripada buku teks Tingkatan 2 serta menulis di statusnya,

“NOT INTERESTED IN OUR HISTORY? WONDER WHY?

See the lies they have created into our school text books to brainwash our children? You can’t teach history based on lies.

Since when all these become Alam Melayu? Tak malu ke? This is from Form 2 textbook. (Sorry I was mistaken yesterday).”

Nampak bergeliga, tapi sebenarnya dipenuhi dengan kebencian terhadap Bangsanya sendiri iaitu Bangsa Melayu.

Pertama sekali, Siti Kasim perlu ingat bahawa isi kandungan dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 2 tersebut mengikut intepretasi sejarah yang meluas yang telah diperkenalkan sejak mula asal pendidikan ala kolonial diperkenalkan di rantau ini.

Watak-watak pegawai kolonial merangkap pakar-pakar sejarah seperti Winstedt, Wallace, dan sebagainya merupakan antara orang yang mempopularkan istilah Malay World atau Alam Melayu untuk menerangkap sesebuah peristiwa dan kerajaan-kerajaan yang pernah wujud di rantau ini.

Tambahan pula, buku teks sejarah dalam KSSM Tingkatan 2 berpandukan kepada suatu dokumen yang dinamakan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) yang dikelolakan oleh pakar-pakar sejarah di negara kita.

Tindakan Siti Kasim menggelar buku teks Sejarah Tingkatan 2 sebagai suatu pembohongan ialah suatu perkara yang sama seperti menggelarkan pakar-pakar sejarah yang membantu dalam penghasilan DSKP ini sebagai pembohong.

Siapa di belakang DSKP ini? DSKP ini dicipta melalui Sidang Dacumm ataupun persidangan pakar-pakar dalam bidangnya dengan diketuai oleh 6 orang Professor dan Professor Madya dalam bidang sejarah, 16 orang guru (sekolah dan Bahagian Pembangunan Kurikulum) dan dibantu pula oleh 15 orang guru sejarah yang lainnya.

Panel Pakar Rujuk KSSM Sejarah ialah:

1) Pengerusi: Ybhg. Datin Paduka Datuk Prof. Hajah Ramlah binti Adam, Pakar Sejarah daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)

2) Ahli-ahli terdiri daripada:

  1. Ybhg. Prof. Emeritus Dato’ Nik Hassan Suhaimi bin Nik Abdul Rahman, Pakar Pra Sejarah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM.
  2. Ybhg. Prof. Madya Datu Haji Sanib bin Haji Said, UniMAS
  3. Prof. Dr. Ooi Keat Gin, USM
  4. Prof. Madya Dr. Ismail bin Ali, UMS
  5. Prof. Madya Dr. Sivachandralingam Sundara Raja, UM.

Mungkinkah Siti Kasim mahu mengatakan dirinya lebih bijak berbanding pakar-pakar sejarah yang menjadi pakar rujuk silibus baharu di Malaysia ini?

Dalam DSKP ini, Standard Kandungan 5.1 Kerajaan Alam Melayu, Standard Pembelajarannya ialah seperti berikut:

5.1.1 Menjelaskan konsep Alam Melayu

5.1.2 Menerangkan kewujudan Kerajaan Alam Melayu

5.1.3 Memerihal Kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang masyhur

5.1.4 Menghubungkait kerajaan Alam Melayu dengan Kerajaan di luar Alam Melayu yang sezaman.

Unsur-unsur kewarganegaraan yang diterapkan dalam DSKP Sejarah tajuk ini ialah:

K5.1.5 Menghuraikan kepentingan kedudukan strategik yang menyumbang kepada kemajuan sesebuah kerajaan.

K5.1.6 Menghuraikan kepentingan kebijaksanaan pemimpin untuk kemajuan negara.

K5.1.7 Menghubungkait kepentingan menghargai kegemilangan kerajaan Alam Melayu dengan pembentukan jatidiri.

K5.1.8 Merumuskan kebanggan terhadap kelangsungan warisan kerajaan Alam Melayu.

Sebenarnya, Siti Kasim tidak faham perbezaan antara Bangsa Melayu dengan Alam Melayu. Alam Melayu ataupun Dunia Melayu ini merangkumi kawasan geografi yang meluas setellah diperkenalkan oleh pengkaji Jerman yang bernama Johann Blumenbach terhadap kewujudan ras bangsa p3rang (coklat) yang digelar sebagai The Malay.

Dalam Tajuk Sejarah Alam Melayu, objektif kita bukan hanya untuk pelajar mengetahui Sejarah Bangsa Melayu semata-mata, malahan termasuklah Sejarah Rumpun Bangsa Melayu dan perkaitan antara satu sama lain. Di samping itu, kita dapat menyelami keagungan ketamadunan di Alam Melayu setaraf dengan tamadun-tamadun lain seperti Tamadun China dan India.

Kerajaan-kerajaan Alam Melayu yang masyhur seperti Funan, Champa, Srivijaya dan Majapahit bukanlah bermaksud ia dibina oleh orang Melayu secara keseluruhan, tetapi terdapat bangsa Melayu yang mendominasi kerajaan tersebut ataupun bangsa serumpun Melayu seperti Jawa, Cham dan sebagainya.

Konsep Alam Melayu yang hendak diperkenalkan lebih luas daripada bangsa Melayu itu sendiri. Malahan Istilah Alam Melayu telahpun dipopularkan oleh sarjana barat seperti Alfred Russel Wallace (menyatakan bahawa Alam Melayu merangkumi Tanah Melayu hingga Tennasserim dan Kepulauan Nicobar, Filipina dan Kepulauan Solomon dan sebahagian Papua New Guinea.

Konsep alam Melayu yang ingin diperkenalkan kepada pelajar sekolah di Malaysia ialah dari segi Kawasan Geografi, Bahasa, dan Budaya.

Dari segi kawasan geografi, ramai sarjana mengelaskan seluruh Wilayah Kepulauan Pasifik (Dari Eastern Island di Amerika hingga ke Filipina), Asia Tenggara dan Madagaskar di Afrika merupakan wilayah bangsa yang mirip dengan bangsa Melayu.

Sarjana Antropologi dan Etnologi memanggil mereka sebagai Melayu-Polinesia sebelum kewujudan bangsa yang serumpun dengan Melayu di Taiwan dikenalpasti. Setelah bangsa-bangsa yang mi dengan bangsa Melayu di Taiwan (Formosa) dikenalpasti, kita dipanggil Bangsa Austronesia.

Dari segi bahasa pula, memang tidak dapat dinafikan adanya kemiripan yang sangat hampir antara semua bangsa-bangsa Austronesia ini, terutamanya objek-objek dalam pengiraan, alam dan anggota badan.

Sebagai contoh, perkataan empat (4) disebut sebagai papat dalam bahasa Jawa dan Apat dalam bahasa kadazandusun. Dalam bahasa Austronesian lain seperti Maori, Madagasikara dan sebagainya.

Dari segi budaya pula, terdapat beberapa persamaan di antara rumpun-rumpun bangsa Melayu seperti kemahiran bersilat, tradisi bertatu, penciptaan alatan gangsa, wayang kulit, ketopong dan sebagainya.

Melalui penghujahan ini, saya ingini menegaskan bahawa kesilapan Siti Kasim ialah menyangka kerajaan-kerajaan Alam Melayu dibina oleh orang Melayu secara menyeluruh. Walhal, Orang Melayu dan rumpun bangsa Melayu pernah mendirikan beberapa Kerajaan hebat seperti Funan dan Srivijaya (Bangsa Melayu sebagai kelas pemerintah), Angkor (Khmer), Majapahit (Jawa) dan Champa (Melayu Cham).

Lihatlah Alam Melayu sebagai kawasan geografi, bukan melalui kerajaan yang dibina oleh bangsa Melayu.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nornizam Jamal merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah yang mempunyai minat dalam menulis. Penulisan beliau lebih cenderung kepada Sejarah Melayu, Marcapada Dunia, Isu-isu pendidikan dan Sains

Comments are closed.