Saat ini, keluarga dan sahahat-sahabat saya di Selangor sedang diuji dengan keputusan bekalan air. Semoga terus tabah atas dugaan yang agak berat ini dan semoga kerajaan Selangor dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera.

Kepentingan air dalam kehidupan seharian kita mencapai tahap paling mustahak, terutama bagi tujuan ibadat dan sumber minuman. Hal ini mengingatkan saya tentang kepintaran silam dalam mengurus dan mengelola penggunaan air di rumah.

Dalam ilmu pembinaan rumah tradisional Melayu, ada beberapa ruangan yang penting bagi membentuk sebuah rumah iaitu serambi, rumah ibu, bilik, ruang selang dan dapur. Manakala tandas dan bilik air dibina terpisah dari rumah.

Ruang selang terletak antara dapur dan rumah ibu yang merupakan ruangan induk. Antara kepentinagn ruang selang ini adalah seperti berikut:-

1) tempat masuk tetamu perempuan
2) tempat berehat isi rumah wanita
3) kawasan penebat keb4k4ran
4) tempat mandi jen4z4h

Oleh kerana dapur-dapur pada zaman dulu menggunakan dapur kayu, jadi ruang dapur mudah terb4k4r. Sehubungan itu, ruang selang berfungsi sebagai penebat keb4k4ran iaitu menghalang 4p1 dari dapur merebak ke bahagian rumah ibu, bilik, dan serambi.

Dengan itu, ruang selang ini kebiasaannya tidak berbumbung atau berbumbung tetapi terdapat lubang untuk air hujan masuk. Air hujan yang turun akan dicorongkan ke tempayan-tempayan yang disusun di dinding antara ruang selang dan dapur.

Sekiranya berlaku keb4k4ran dari dapur, maka api dapat dipadamkan atau dicegah dari air tempayan-tempayan yang diletakkan di ruang selang.

Air hujan yang tersimpan dalam tempayan-tempayan yang diletakkan di ruang selang itu bukan sahaja berfungsi penebat keb4k4ran, malah ia juga digunakan sebagai sumber air wuduk, air minum dan air untuk memasak.

Sebab itu jugalah ruang selang ini selain berfungsi sebagai kawasan penebat keb4k4ran, ia juga berfungsi sebagai tempat memandikan j3na2ah. Begitulah kepintaran ilmu senibina Melayu silam dalam mengelola dan mengurus ruang serta sumber alam.

Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.