Dari segi istilah penomboran, istilah “lima” atau mirip dengannya yang paling banyak digunakan dalam bahasa-bahasa dalam rumpun Austronesia. Hal ini termasuk juga dalam bahasa-bahasa Formosa (orang asli di Taiwan), Hawaii, Samoa, Tonga, bahasa-bahasa dalam Kepulauan Filipina, dan Kepulauan Indonesia. Istilah “tiga”/”telu” juga kelihatan digunakan oleh masyarakat rumpun Austronesia.

Dibawah adalah senarai istilah nombor yang digunakan oleh beberapa masyarakat rumpun Austronesia. Kita dapat perhatikan beberapa persamaan istilah yang digunakan oleh beberapa masyarakat ini. Diri ini memilih suku kaum yang dikenali sahaja secara umum. Bahasa Melayu dijadikan piawai untuk mengetahui setiap angka dari masyarakat lain dan memudahkan pembacaan.

MELAYU: kosong/sifar, satu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, lapan, sembilan, sepuluh
ACHEH: soh/sifar, sa, duwa, lhee, peuet, limong, nam, tujoh, lapan, sikureueng, siploh
BALI: nul, besik/siki, dua, telu, papat, lime, enem, pitu, kutus, sia, dasa
BANJAR: asa, dua, talu, ampat, lima, anam, pitu, walu, sanga, sapuluh
BATAK TOBA: sada, dua, tolu, opat, lima, onom, pitu, ualu, sia, sampulu
BATAK KARO: sada, dua, telu, empat, lima, enem, pitu, waloh, siwah, sepuloh
BUGIS: ceddi, dua, tellu, empa, lima, enneng, pitu, arua, asera, seppulo
CHAM (CHAMPA): sa, dua, klau, pak, lima, nam, tujuh, dalapan,
salapan, sapluh
INDONESIA: kosong/nol, satu/suatu, dua, tiga, empat, lima, enam, tujuh, delapan, sembilan, sepuluh
JAWA (KAWI): sunya, eka, dwi, tri, catur, panca, sad, sapta, asta, nawa, dasa
JAWA (NGOKO): nol, siji, loro, telu, papat, lima, enem, pitu, wolu, sanga, sepuluh
KELANTAN-PATTANI: kosong, so, duwo, tigo, pak, limo, ne, tujoh, lape, smile, suploh
MADURA: nol, settong, dhuwa’, tello’, empa’, lema’, ennem, petto’, ballu’, sanga’, sapolo
MAKASAR: nolo’/lobbang, se’re, rua, tallu, appa’, lima, annang, tuju, sangantuju, salapang, sampulo
MINANGKABAU: ciek, duo, tigo, ampek, limo, anam, tujuah, salapan, sambilan, sapuluah
SUNDA: nol, hiji, dua, tilu, opat, lima, genep, tujuh, dalapan, salapan, sapuluh
TERENGGANU: kosong, se, duwe, tige, pak, lime, nang, tujoh, lapang, smilang, suploh

TAGALOG: wala, isa, dalawa, tatlo, apat, limà, anim, pito, walo, siyam, sampu

MALAGASY (MADAGASCAR): aotra, isa/iray, roa, telo, efatra, dimy, enina, fito, valo, sivy, folo

FIJI: saiva, dua, rua, tolu, vaa, lima, ono, vitu, walu, ciwa, tini
HAWAII: ‘ole, ‘e-kahi, ‘e-lua, ‘e-kolu, ‘e-hā, ‘e-lima, ‘e-ono, ‘e-hiku, ‘e-walu, ‘e-iwa, ‘umi
MAORI: kore, tahi, rua, toru, whā, rima, ono, whitu, waru, iwa, tekau/ngahuru
SAMOA: o, tasi, lua, tolu, fa, lima, ono, fitu, volu, iva, sefulu

-Pawaka Legendria-


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Leave A Reply