Dalam satu ceramah di sebuah sekolah, saya pernah tanya para pelajar, “Agak-agak zaman Kesultanan Melaka dulu, penduduk Kota Melaka berak di mana?”.

Maka ada di kalangan mereka menjawab di sungai, ada yang menjawab di laut, di semak samun atau gali lubang di belakang rumah.

Baik, Kota Melaka dulu dicatatkan oleh Portugis sebagai kota perdagangan yang paling sibuk. Gaspar Correia catatkan ketua keluarga di Melaka saja ada 200,000 orang. Itu belum termasuk ahli keluarga mereka. Itu belum juga termasuk pedagang-pedagang asing. Tome Pires tulis terdapat 84 bahasa asing dipertuturkan di Melaka. Pedagang dari Mesir, Habsyah, Turki hingga ke Jepun (Ryukyu) biasa datang berdagang di Melaka.

Bayangkan, dengan kepadatan kota yang begitu, kalau semuanya berak di sungai, laut atau semak samun, pasti berlakunya pencemaran yang luar biasa di Melaka. Bila berlakunya pencemaran, sudah pasti tersebarnya penyakit. Mustahil tempat berkumpulnya orang-orang elit dari seluruh dunia sarat dengan pencemaran dan penyakit.

Bayangkan pula, jika Bendahara sedang bermesyuarat dengan Sultan di balairong seri istana yang terletak di atas bukit, tiba-tiba Bendahara sakit perut. Adakah Bendahara akan lari ke sungai atau laut atau menggali lubang di halaman istana sultan?

Maka sudah tentu wujudnya tandas, sistem kumbahan dan loji najis di Kota Melaka zaman Kesultanan Melaka. Loji najis pada zaman itu dipanggil sebagai ‘perlindungan tahi’. Kewujudan tandas dan loji najis ini dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sulalatus Salatin seperti berikut:-

“Sebermula setelah siang hari maka segala inang pengasuh Tun Teja datang mendapatkan Tun Teja, maka dilihatnya Tun Teja tiada di peraduannya. Maka dicarinya ke tandas, disangkanya buang air, di tandas pun tiada; maka dilihatnya ke pemandian, di pemandian pun tiada”.

“Hatta maka sekali persetua, kuda kenaikan Sultan Mansur Syah jatuh ke pelindungan tahi, seorang pun tiada hendak menambatkan tali kepada kuda itu, Setelah dilihat oleh Laksamana Hang Tuah orang yang beratus-ratus itu seorang pun tiada mau turun mengambil kuda itu, maka Hang Tuah pun segera terjun ke dalam pelindungan itu, ditambatkannya tali pada kuda itu. Maka diudar oranglah ke atas. Setelah kuda itu naik, maka Hang Tuah pun naik; tubuh dan muka Hang Tuah penuhlah dengan tahi sampai ke kepalanya, lalu ia pergi mandi berlangir, berbedak.”

Maka ketahuilah, Hang Tuah pernah terjun ke dalam loji najis untuk menyelamatkan seekor kuda. Ini ciri pahlawan Melayu. Jika nyawa haiwan pun penting padanya, apatah lagi nyawa manusia.

Gambar: Tandas dan sistem kumbahan tamadun Mahenjo-Daro sekitar 2000 tahun SM di Sindh, Pakistan.

Hasanuddin Yusof 
Maktab Penyelidikan 
Tamadun Alam Melayu dan Islam


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Undang-undang Islam (LLM), Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia. Kini sedang menyambung pengajian Doktor Falsafah di Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengarah Maktab Tamadun Alam Melayu dan Islam.

Comments are closed.