Moving Forward As One

Sistem Ekonomi Feudal Yang Menghalang Daya Keusahawanan Masyarakat Pribumi Melayu

1,400

PayLater by Grab

Seperti yang kita permikiran feudal amatlah menebal dalam diri orang Melayu itu sendiri, apabila orang Melayu dikatakan amatlah taat dan tunduk kepada raja mereka. Orang Melayu tidak boleh hidup di negeri yang tiada rajanya.

Maka segala usaha yang orang Melayu lakukan adalah demi untuk raja mereka. Orang Melayu juga suka akan gelaran-gelaran atau nama yang diberikan oleh raja pada majlis adat istiadat. Namun sebenarnya kita juga tidak boleh pula menganggap orang-orang Melayu ini mudah diperbodohkan oleh raja-raja mereka. Jika kita membaca hikayat-hikayat Melayu sebenar ada menunjukkan sikap sinis mereka kepada golongan raja secara halus.

Bahkan golongan-golongan yang kritis kepada golongan elit ini pasti akan merujuki hikayat-hikayat Melayu di dalam menunjukkan nilai sebenar sistem feudal orang Melayu itu sendiri. Bahkan penulis-penulis teks istana juga akan cuba memperlihatkan sisi baik sultan untuk dijadikan panduan oleh pemerintahnya.

Menurut Anthony Milner, tema yang ditunjukkan oleh Sulalatus Salatin adalah ketidak adilan pemerintah yang tidak adil mampu menjatuhkan pemerintahannya. Orang Melayu juga mempunyai cara mereka yang tersendiri di dalam menunjukkan protes kepada pemerintah yang tidak adil dengan dengan berpindah ke politik yang lain.

Protes ini sebenarnya sangat membimbangkan raja-raja Melayu pada ketika itu kerana raja sangat berbangga dengan rakyat yang ramai dan berusaha mempertahankan pengikutnya ditambahkan lagi dengan dengan populasi rakyat di Tanah Melayu itu tidaklah ramai.

John Guillick mengakui perkara ini dan menganggap melarikan diri adalah pilihan terakhir dan satu bentuk protes kepada pemerintah yang buruk. Rakyat suka berpindah randah bahkan Sultan di wilayah lain pasti suka dengan kedatangan rakyat yang baru. Apa yang penting di dalam kehidupan orang Melayu adalah negeri itu harus mempunyai Sultan.

Namun pada abad ke-19, lahirnya kelompok intelektual liberal yang terpengaruh dengan cara pandang barat serta kebangkitan kesedaran akan islam menyebabkan sistem Kerajaan ini mendapat kecaman. Kebanyakkan kritikan terhadap sistem ekonomi dan politik sesebuah kerajaan pada ketika itu adalah sikap pemerintah Melayu yang terlalu mengejar pengikut yang ramai dan menggunakan kekayaan mereka sebagai matlamat untuk mencapai perkara itu.

Hal seperti inilah yang mampu mewujudkan persaingan politik. Rakyat mempunyai wang walaupun sedikit juga berpontensi mengumpulkan pengikut mereka sehingga dianggap sebagai ancaman. Di dalam sistem kerajaan Melayu pada ketika itu, raja sangat menjaga hierarki dan status kedudukan mereka. Sesiapa mempunyai kekayaan melebih status hierarki mereka maka harta mereka akan dirampas.

Ada juga jika usaha itu terlibat aktif dalam mengumpul hasil-hasil hutan seperti di Borneo maka mereka diberi gelaran yang sesuai dengan hierarki yang mampu mengukuhkan kedudukan Sultan. Orang Eropah pula memandang langkah merampas harta demi kedudukan hierarki adalah perbuatan tirani.

Ditambah lagi pada waktu itu pada 1800, penjajah mempromosikan semangat keusahawan dalam kalangan orang kebanyakan.  Bahkan akhbar Singapura pada akhbar ke-19 menyebut apabila rakyat mengerjakan banyak, sebaik sahaja hasil tanah itu berhasil maka ketua kampong akan mengambilnya. Namun permikiran politik kerajaan Melayu tidak memandang ia salah kerana demi menjaga hierarki mereka hasil pengaruh agama Hindu dulu.

Daripada segi perdagangan, kita juga mengakui kegiatan perdagangan sememangnya sangat terkenal di kepulauan Melayu semenjak era kerajaan Srivijaya lagi berdasarkan bukti arkeologi yang dijumpai. Oleh sebab itu, Syed Hussein Alatas menyatakan orang Melayu mempunyai kelas perdagangan yang kuat. Namun persoalannya adakah kelas perdagangan orang Melayu itu bebas ataupun dikawal?

Anthony Milner melihat kemakmuran perdagangan di pemerintahan istana itu bukan dengan perkembangan kapistalisme tempatan. Namun kita juga harus mengakui golongan sultan memainkan peranan besar di dalam perdagangan. Mereka dianggap sebagai saudagar yang hebat di dalam negeri mereka. Bahkan para sultan berjaya menarik minat pedagang asing untuk berlabuh di dalam negeri mereka.

Namun mereka tidak memberkan peluang untuk melahirkan usahawan tempatan dalam kalangan rakyat biasa. Kathirithamby-Wells mengakui bahawa terdapat perbezaan diantara perdagangan di Surat, Bengal dan Coromondel dimana mana negeri ini mempunyai satu kelas pedagang tempatan.

Namun di Asia Tenggara, hanya pedagang asing mempunyai kelebihan tersendiri. Orang Asing tidak termasuk di dalam sistem masyarakat Melayu walaupun ada masa mereka bersatu dengan masyarakat tempatan. Kalau kita melihat catatan lama kebanyakkan pedagang asing mempunyai penempatan mereka tersediri seperti diakui oleh Raffles pada tahun 1800-an.

Menurut George Earl di dalam bukunya The Eastern Seas hlm 184 menyatakan bahawa di Terengganu kawasan orang Cina adalah teratur, mempunyai rumah, kedai dan jalan-jalan tersendiri manakala penempatan orang Melayu itu berselerak. Begitu juga di Patani dan Pontianak, masyarakat Cina masih berpegang kepada undang-undang dan adat mereka.  Hal ini menyebabkan orang Cina mudah mengumpul kekayaan kerana mereka hidup di luar hierarki kerajaan.

Rakyat Kerajaan Melayu tiada kebebasan untuk mengumpul kekayaan yang dianggap sebagai ancaman dan melawan hierarki. Perdagangan yang berskala besar harus dibuat atas pemerintah dan setidak-tidaknya dalam struktur hierarki politik mereka menurut Anthony Milner.  Pegawai Perancis yang melawat Terengganu pada abad ke 18 menyatakan bahawa satu-satunya saudagar di situ adalah Sultannya

Brown di Brunei: The Structure and history of Bornean Malay Sultanate hlm 63 menyatakan keadaan di Brunei dan Sarawak apabila mengatakan pihak bangsawan mengawal perdagangan yang dianggap sebagai betuk pentadbiran kawasan. Rajah Sarawak James Brooke menyatakan bahawa hak mendayung perahu (bot, kapal) terletak sepenuhnya di tangan sultan pada abad ke 19. Oleh sebab itu, masyarakat Eropah menyifatkan orang-orang yang hidup di dalam politik sebergini sebagai tidak memiliki hak sebagai individu mahupun terhadap harta.

Abdullah bin Munsyi tokoh intelektual dan ahli sastera Melayu Peranakan yang banyak mengembara memerhati kehidupan sosial orang Melayu dan sahabat Raffles berkata: ‘’Apa guna rajin kita itu? Maka jikalau kita mendapat sedikit wang atau makanan niscaya dilobakan dan dirampas oleh orang besar itu (Kisah Pelayaran Abdullah 44-45). Abdullah Munsyi banyak mengkritik politik feudal yang mementingkan hierarki pada ketika itu.

Oleh sebab itu, sistem hierarki dilihat menghalang daya keusahawanan masyarakat Pribumi. Sebenarnya ada sebab-sebab yang lain kenapa Raja-Raja Melayu akan berasa terancam jika rakyatnya mengumpul kekayaan. Insya Allah akan dibahaskan di artikel yang lain

RUJUKAN:

The Malays oleh Anthony Milner

Malays Ideas Of Developement: From Lord to Feudal Karya Saharuddin Maa’ruf

Hikayat Pelayaran Abdullah

Palace, Political Party and Power: A story of the Socio-Political Development of Malay Kingship oleh Kobkua Suwanathat-Pian

Traditionalism and Ascendency of Malay Ruling Class in colonial Class oleh Donna J.Amroso

Ruangan komen telah ditutup.