Sisi Gelap Sebuah Meritokrasi

0
719
views

Melalui ‘meritokrasi’ masyarakat kita telah dididik bahawa semua orang adalah bebas, mampu, ‘free to make it’, mencapai cita-cita dan aspirasi kejayaan jika seseorang itu mempunyai bakat, tenaga dan usaha.

Cumanya, tanpa sedar, ‘meritokrasi’ juga mempunya sebuah sisi gelap ataupun ‘the downside’ .

Dimana idea ‘cantik’ zaman moden ini secara tidak langsung telah memukalkan apa sahaja perkara ataupun sesiapa yang ‘gagal’, ‘kurang berjaya’ sebagai sebuah manifesto kemalasan dan kekurangan bakat.

Berbeza dengan pandangan tradisional yang mana, golongan ini dilihat sebagai sebuah ‘ketidakupayaan’, ‘kurang bernasib baik’ ataupun lebih ekstrim lagi sebagai sebuah ‘kemalangan’.

Kerana pada hemat ‘meritokrasi’, jika sesiapa yang berada di puncak sememangnya layak dan ‘deserve’ dengan kejayaan mereka hasil daripada usaha jerih payah mereka, makanya..

Waqaf Saham

Siapa yang berada dibawah juga seharusnya layak dan ‘deserve’ dengan kegagalan mereka.

Maka lahirlah, sebuah masyarakat ‘metrokratik’ yang melihat kemiskinan itu sebagai sebuah ‘ketidakupayaan’ ataupun ‘kurang bernasib baik’ sebagai bukti sebuah ‘kegagalan’ dan sememangnya layak dengan mereka.

Daripada seorang yang ‘kurang bernasib baik’ kini, golongan ini dicop sebagai ‘yang gagal’,’yang malas’, ataupun lebih kejam lagi ‘losers’.
.
.
Apa penyelesaianya? ‘ubat’nya?

‘Ubat’nya, masyarakat perlu di’endorsed’kan dengan sebuah budaya ataupun ‘belief’, bahawa kejayaan itu bukan hanya semata-mata datang dengan usaha dan bakat.

Kerana ‘kegagalan’, ‘kurang bernasib baik’, ‘tragedi’, you name it, juga boleh menimpa semua orang termasuklah yang baik,berbakat dan berusaha sekerasnya.

Makanya, menghina, melabel ataupun menghukum mereka, bukanlah jawapannya kerana bukankah golongan ini selayaknya menerima ihsan, belas kasihan daripada kita?

Sekian.