Saya pernah menonton anime bersiri ‘Shirabako’ tidak lama dahulu tentang budaya industri animasi di Jepun. Satu animasi bukannya dihasilkan oleh seorang dua seperti komik, tetapi tiga buah bangunan.

Saya juga pernah membaca ‘Bakuman’ yang menggambarkan realiti pelukis komik di Jepun yang sangat meletihkan dan ‘exhausting’.

Saya ada beberapa rakan kenalan yang baru sahaja mendapat penerbitan komik di peringkat antarabangsa. Walaupun bayarannya agak lumayan, tetapi penghasilannya sangat meletihkan. Tetapi di Jepun lebih teruk – kerja teruk, gaji pun sangat rendah, malah ada yang tidak dibayar.

Anime mula memberikan kegilaan kepada warga U.S pada sekitar awal kurun ke-21. Sailor Moon, One Piece dan Pokeman yang mengepalai perubahan industri animasi di Jepun pada 2002 – 2017 telah membawa keuntungan $19 bilion setahun.

Salah satu daripada anime yang paling terkenal dan berpengaruh, Neon Genesis Evangelion akhirnya membawa kemunculan di Netflix pada bulan ini bagi menandakan mercu pencapaian anime di peringkat global.

Walau bagaimanapun, kejayaan anime telah menyelubungi realiti ekonomi yang membimbangkan. Ramai animator yang mengusahkan produksi anime-anime ini bekerja dalam keadaan yang membawa kepada bunuh diri.

Tekanan antara struktur industri yang kejam serta idealisme anime yang artistik telah memaksa animator untuk menderita demi kebaikan seni tanpa sebarang solusi yang dapat membantu mereka.

Anime hampir kesemuanya dilukis dengan tangan. Menghasilkannya dalam tempoh yang pantas menuntut keupayaan dan pengalaman yang tinggi – tonton Shirabako untuk mengetahui betapa letih dan terseksanya untuk menghasilkan anime.

Shigo Adachi, animator dan pereka watak untuk Sword Art Online – anime bersiri popular – menyatakan, masalah yang sering berterusan dalam industri animasi Jepun ialah kekurangan bakat untuk menghasilkan animasi tersebut.

Hampir 200 anime bersiri yang dihasilkan di Jepun setiap tahun namun realitinya tidak ramai animator yang berkeupayaan untuk menghasilkannya. Studio-studio animasi banyak bergantung pada freelancer yang tidak berbayar untuk menghasilkan anime-anime tersebut. Mereka sanggup tidak dibayar upah kerana kecintaan mereka kepada anime.

Pada peringkat awal penghasilkan anime, terdapat ‘in-between animator’ – biasanya dalam kalangan freelancer – yang bertanggungjawab untuk menghasilkan lukisan individu setelah pengarah menyiapkan papan-cerita (storyboard).

Kemudian, ‘key animator’ mengambil tanggungjawab menghasilkan rangka-rangka penting untuk setiap babak.

In-between animator hanya menerima 200 yen untuk setiap lukisan – sekitar RM7.60. Nilai itu mungkin tidak teruk sangat sekiranya animator dapat menghasilkan 200 lukisan setiap hari. Tetapi agak mustahil kerana satu lukisan pun telah memakan masa berjam-jam.

Itu pun belum tambah lagi kecermatan mereka dalam menghasilkan perkara-perkara halus dan terperinci (details) yang selalunya diabaikan oleh animasi-animasi Barat seperti makanan, seni bina dan landskap yang mengambil masa empat hingga lima kali lebih lama untuk disiapkan.

Menurut Adachi, sekiranya anime yang dihasilkan pun mempunyai pasaran dan mendapat perhatian yang tinggi seperti Attack on Titan, tidak banyak keuntungan yang diperoleh untuk animator – ia adalah masalah struktur industri anime. Menjadi animator bukanlah pekerjaan impian di Jepun. Sistem industrinya sperti piramid – orang di bawah hanya memberikan keuntungan kepada yang atas.

Kondisi pekerjaan animator agak teruk. Tertidur di atas meja kerja bukan perkara asing. Madhouse – sebuah studio animasi Jepun – baru-baru ini telah melanggar undang-undang buruh. Pekerjanya telah bekerja hampir 400 jam sebulan dan bekerja 37 hari tanpa cuti. Terdapat animator yang membunuh diri pada tahun 2014 telah bekerja lebih daripada 600 jam sebulan yang membuatkannya membunuh diri.

Salah satu sebab banyak studio menggunakan freelancer adalah kerana mereka tidak perlu risau dengan undang-undang buruh tersebut. Disebabkan freelancer adalah kontraktor bebas, syarikat boleh memberikan had waktu (deadline) yang mengarut dan teruk tanpa perlu mengeluarkan duit dan memberikan faedah.

Menurut Japanese Animation Creators Association, animator di Jepun memperoleh 1.1 juta yen setahun (sekitar RM42,000 setahun, RM3,500 sebulan) pada umur 20-an, 2.1 juta yen setahun (sekitar RM80,000 setahun, RM6,600 sebulan) pada umur 30-an dan meningkat ke 3.5 juta yen setahun (sekitar RM134,000 setahun, RM11,000 sebulan) pada umur 40-50 an. Paras kemiskinan di Jepun ialah 2.2 juta yen (RM84,000) – taraf kehidupan yang sangat tinggi.

Walau bagaimanapun, animator tetap bergelut untuk terus hidup. Terumi Niishi, seorang freelance dan game designer memperoleh banyak pendapatannya daripada animasi permainan video. Sebagai animator untuk anime, tidak banyak yang dia boleh dapat untuk makan saja. Boleh ikut lama Twitternya (@NishiiTerumi).

Terumi sendiri menyatakan, tidak kiralah sayang macam mana pun kita kepada anime, tidak digalakkan untuk bekerja dalam industri tersebut di Jepun kerana pekerjaannya terlalu berat dan tidak berbaloi.

Seorang animator dan pereka watak untuk anime One Punch Man yang tidak mahu namanya didedahkan menyatakan bahawa secara jujurnya dia sangat menderita bekerja sebagai animator. Dia bersyukur keluarganya tinggal di Tokyo, jadi dia dapat hidup bersama ibu bapanya. Sebagai in-between animator, dia cuma mampu memperoleh 70,000 yen sebulan (sekitar RM2,600 sebulan).

Sebelum menghasilkan sebuah anime, segala bajet dan kos untuk penghasilan anime tersebut mestilah murah – ini apa yang dipegang oleh banyak studio produksi. Keuntungan akan dibahagikan dengan rangkaian televisyen, penerbit manga dan syarikat permainan.

Penghasilan anime tidak pernah mengecewakan, sangat artistik dan cantik. Tengok saja filem animasi Your Name (Kimi No Nawa) yang ditayangkan pada tahun 2016 telah menjadi ‘biggest box office success’. Gambaran makanan dalam anime itu saja layak menjadi 10 makanan terbaik di Tokyo.

Sepanjang sejarah, barang cenderahati (merchandising) adalah keuntungan yang paling besar boleh dihasilkan berbanding rancangan bersiri ataupun filem. Tetapi setelah anime mendapat perhatian meluas pada peringkat global, tayangan anime itu sendiri telah menjadi sebahagian besar keuntungan. Tetapi masalah gaji dan bajet untuk pekerjanya masih belum diselesaikan.

Apabila syarikat Netflix mula memasuki pasaran, siaran televisyen, syarikat cenderhati dan perkhidmatan asing mendapat keuntungan, meninggalkan animator yang sedang bergelut dengan upah dan studio dalam keadaan bajet yang sentiasa kurang.

Laporan daripada 2016 Teikoku Databank mendedahkan bahawa lebih 10 tahun keuntungan yang diterima oleh 230 studio di Jepun hanyalah sekitar bawah 40%. Laporan itu turut menyatakan, kejayaan industri animasi di Jepun menuntut penambahbaikkan ekonomi yang memberikan kebaikan kepada animator dan perubahan struktur industri itu sendiri perlu radikal.

Menurut pengasas studio D’art Shtajio, Henry Thurlow menyatakan bahawa memberikan gaji yang tinggi kepada animator tanpa mengubah struktur industri animasi akan menyebabkan studio-studio animasi jatuh bankrup kerana bajet yang mendesak.

Animator Jepun telah memikul beban yang tidak dapat ditoleransi lagi hanya kerana untuk menghasilkan seni yang cantik untuk televisyen.

RUJUKAN:

The dark side of Japan’s anime industry. https://www.vox.com/culture/2019/7/2/20677237/anime-industry-japan-artists-pay-labor-abuse-neon-genesis-evangelion-netflix


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.