Semasa artikel ini ditulis, kerja-kerja pengambilan tanah untuk pangkalan baru ten.te.ra Amerika Syarikat di Okinawa, Jepun giat dijalankan. Tetapi kerja sebegini sudah menimbulkan kemarahan penduduk tempatan kerana tanah tersebut mengandungi sisa tu.la.ng ten.te.ra Jepun dan Amerika Syarikat serta orang awam yang terbu.n.uh semasa Perte.mp.uran Okinawa yang berlangsung dari April hingga Jun 1945.

Menurut Takamatsu Gushiken, ketua Gamafuya (penggali gua), tanah yang diambil dari dua lokasi di selatan Okinawa dipercayai mengandungi fragmen tu.la.ng ten.te.ra dan orang awam yang terbu.n.uh dalam lokasi pertem.pu.ran paling sengit semasa operasi di Okinawa. Dia sudah menemui 300 set rangka dalam tempoh 40 tahun termasuk rangka milik beberapa ten.te.ra AS.

Perkara ini cuba dibangkitkannya dengan Kementerian Pertahanan Jepun tetapi tidak dilayan oleh pihak kerajaan. Gushiken menyifatkan sekiranya kerja ini diteruskan walaupun sudah mengetahui kandungan tanah tersebut, ia dianggap satu pengkhianatan kepada mereka yang telah tiada. Tambahnya lagi, penggali-penggali sukarelawan menemui fragmen gigi dan tu.la.ng di kawasan berkenaan dipercayai milik warga emas Okinawa yang terbu.n.uh dalam tempoh tersebut.

Bagaimanapun, sebarang usaha penggalian tidak dapat dilaksanakan kerana ia kini dikawal oleh pihak berkuasa. Kebanyakan yang ma.ti semasa Pertem.pu.ran Okinawa meletus ma.ti di medan pe.ra.ng tetapi ada juga yang memilih mengambil nyawa mereka sendiri secara beramai-ramai. Mereka memilih sama ada terjun dari kawasan tebing tinggi atau mele.tu.pkan diri secara berkumpulan dengan gr.en.ad. Mengikut data rasmi kerajaan Okinawa, terdapat 2,800 individu yang masih tertanam sekitar pulau itu.

Ramai orang awam Okinawa mengambil nyawa mereka sendiri kerana takut dengan dakwaan pihak Jepun bahawa ten.te.ra AS akan mero.g.ol dan membu.n.uh mereka sekiranya ditemui.

Berdasarkan rancangan pihak kerajaan, sebuah pangkalan ten.te.ra AS baru akan dibina di Henoko yang terletak di timur laut Okinawa. Tanah-tanah yang sedang diambil ini dirancang agar menjadi sebahagian daripada kawasan tebus guna tanah untuk membina landasan pesisir laut pangkalan baru itu. Bagaimanapun, permit baru terpaksa dipohon Tokyo pada awal bulan ini selepas pemeriksa mendapati kawasan tambak untuk landasan berkenaan perlu diperkukuhkan sebelum sebarang pembinaan diteruskan.

Menteri Pertahanan Jepun, Nobuo Kishi memberi jaminan sekiranya sisa tu.la.ng dijumpai semasa kerja-kerja pengambilan tanah dilakukan, ia akan diberi penghormatan sewajarnya. Bagaimanapun, Gushiken tidak mempercayai jaminan Kishi. Ketua sukarelawan penggali itu menambah sisa tu.la.ng sukar ditemui semasa pemeriksaan visual dan kebanyakannya sudah menjadi sebahagian daripada tanah bahagian selatan Okinawa.

Projek pangkalan ten.te.ra AS di Henoko ini sememangnya mendapat tentangan daripada penduduk Okinawa atas pelbagai sebab. Pertama, ia akan merosakkan keindahan alam sekitar terutama kawasan pesisir laut Henoko itu sendiri. Kedua, ia sama sekali langsung tidak mengurangkan kehadiran ten.te.ra AS di Okinawa yang menjadi sebahagian daripada tuntutan mereka kepada kerajaan pusat.

Menerusi isu sisa tu.la.ng ini juga, ia turut mengundang persoalan sama ada Jepun akan mematuhi akta mereka sendiri atau tidak. Mengikut undang-undang yang diluluskan pada 2016, kerajaan wajib mengumpul sisa tu.la.ng milik ten.te.ra dan orang awam di teater Pasifik mereka semasa Pe.ra.ng Dunia Kedua (WWII) dan mengembalikannya kepada waris-waris keluarga mereka.

Bagi Gabenor Okinawa, Denny Tamaki, perkara ini bukan isu remeh-temeh. Selepas melawat tapak tanah yang dicadangkan untuk kegunaan tebus tanah itu, beliau memberitahu akhbar Mainichi Shimbun kerja ini harus dihentikan serta-merta. Jika tidak, ia dianggap satu pengkhianatan kepada penduduk Okinawa dan waris-waris yang terkesan dengan Pertem.pu.ran Okinawa.

RUJUKAN:

McCurry, J. (2021). Soil to build new US airbase on Okinawa ‘contains remains of w.a.r de.ad’. The Guardian.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.