Wujudkah sebenarnya Sumpahan Tidak Terampun (STT) ini? Penulis katakan, bukan sahaja ianya wujud, malah diamalkan pada zaman sekarang dengan berleluasa. Izinkan penulis untuk menjelaskannya.

Pendapat penulis, STT adalah alegori yang digunakan oleh J.K. Rowling sebagai satu cara beliau mengkritik sistem hvkvman m4t1 (capital punishment) yang dilaksanakan di US. Sebagai seorang liberal, J.K.Rowling adalah pengkritik tegar hvkvman m4t1 yang dilaksanakan di beberapa buah negara.

STT digunakan sebagai satu cara untuk Rowling mendeklarasi moral high ground beliau terhadap isu hvkvman terhadap p3nj3nayah. Sebagai warganegara Britain (yang undang-undang hvkvman m4t1nya telah dimansuhkan) [1] , beliau memang tidak setuju dengan pelaksanaan hvkvman m4t1 di US.

Tengok sajalah dalam novelnya, kalau ahli sihir di Britain disabitkan kesalahan j3n4yah, mereka akan ditempatkan di Azkaban sedangkan kalau ahli sihir Amerika seperti dalam Fantastic Beast, mereka akan dihvkvm m4t1 [2].

Apakah bukti yang mengatakan STT ini adalah hvkvman m4t1? Ok, pertama sekali kita kena faham apa itu STT. STT ini adalah tiga sumpahan serangkai yang sangat merbah4y4 sehingga diharamkan penggunaannya secara meluas.

Kalau nak guna, ahli sihir perlu dapat persetujuan daripada Kementerian Sihir. Sumpahan tiga serangkai itu ialah yang pertama Imperio, menjadikan pengguna sihir boleh mengawal gerakan yang terkena sihir, yang kedua Crucio yang dapat meny3ks4 m4ngs4, dan yang terakhir sihir yang membvnvh iaitu Avara Kedavra.

Jadi, apa kena mengena dengan hvkvman m4t1? Baiklah. Di US, setiap negeri mempunyai protokol  berbeza dengan cara pelaksanaan hvkvman m4t1. Antara hvkvman m4t1 yang dijalankan ialah hvkvman gantung, kerusi elektrik dan suntikan. 28 daripada negeri-negeri di US menggunakan suntikan sebagai cara menjalankan hvkvman m4t, seperti di Texas, Lousiana dan Missisippi. Bagi yang menggunakan hvkvman ini, ada tiga protokol piawai iaitu :-

  1. Suntikan Anastetik

Suntikan ini betujuan untuk menidurkan penj3n4yah. Secara umumnya, suntikan ini berisiko rendah dan selamat. Suntikan ini boleh dibandingkan dengan jampi Imperio kerana kesan terhadap orang yang terkena sama seperti kesan d4d4h pelalian. Ini dibuktikan apabila Harry Potter menggambarkan kesan jampi itu digunakan terhadapnya.

Dikatakan apabila terkena jampi ini, seolah –olah seperti terkena pelepasan daripada sebarang obligasi, menjadikan orang yang terkenanya mudah dikawal oleh orang yang menggunakan jampi ini [3].

  1. Suntikan Paralitik

Suntikan ini menyebabkan anggota badan kita menjadi kaku, sama seperti jampi Imperio dalam Harry Potter. Dalam keadaan suntikan ini, d4d4h/ubat yang disuntik ke dalam badan penjen4y4h akan mengakibatkan semua otot dalam badan dalam tahap ‘extreme relaxation’, jadi kebanyakan otot dalam badan tidak boleh bergerak [4].

Sebabnya, selepas penjn4yah terkena suntikan anastetik, tubuh badan mereka masih boleh bergerak dan boleh mengakibatkan isu yang serius kepada penjenayah apabila ubat/d4d4h ketiga disuntik nanti. Di sini kita boleh lihat, suntikan yang paling penting dalam hvkvman ini ialah suntikan 1 dan 2.

  1. Suntikan Initiasi

Suntikan terakhir ialah Initiasi, dimana suntikan ini bertujuan untuk mem4tikan penjen4y4h. Namun, bukan semudah yang disangka untuk menghantar mereka ke 4lam b4rz4kh. Suntikan terakhir akan menghasilkan cardiac arrest, iaitu kegagalan jantung untuk berfungsi secara tiba-tiba [5].

Berbeza dengan s3r4ngan jantung (heart 4tt4ck), cardiac arrest ini boleh menyebabkan kem4t1n dengan tiba-tiba. Inilah hvkvman m4t1 yang digunakan oleh US melalui suntikan dengan harapan hvkvman ini tidak meny3ks4 penj3n4yah seperti hvkvman g4ntvng dan kerusi elektrik. Namun kata kuncinya ialah ‘jika dijalankan dengan betul.

’ Jikalau cuai, ketiga-tiga suntikan boleh mengakibatkan 4z4b s3ks4 kepada penj3n4yah. Jika suntikan 1 tidak cukup dos dan penjenayah tidak lena dengan lengkap, suntikan 2 akan menyebabkan mereka tidak boleh bergerak dalam jaga.

Bayangkan, anda tidak boleh bernafas kerana otot anda kaku, dan anda tidak boleh berkata-kata kerana otot suara anda kaku. Jadi, bila disuntik ubat ketiga, dah la tidak boleh bernafas, tidak boleh berkomunikasi dengan orang seperti gerak jari atau kelip mata, suntikan ketiga akan mengakibatkan kem4t1an yang meny3ks4kan.

Sumpahan Tidak Terampun dalam Siri Harry Potter

J.K. Rowling cuba menggambarkan hvkvman m4t1 melalui suntikan ini dengan sihir Crucio dan Avara Kedavra. Jika suntikan berjalan lancar, maka Avra Kedavra, m4t1 dengan cepat dan ringkas.

Tambahan pula, dikatakan terdapat dua cara Avara Kedavra diaplikasikan kepada pihak lawan, sama ada ny4w4 dicabut dengan pantas atau anggota badan tidak bergerak sekaligus mengakibatkan pihak lawan kaku dan m4t1 [3].

Tapi jika cuai, jadilah macam sumpahan Crucio yang akan meny3ks4 orang terkenanya. Dalam cerita Goblet of Fire, STT ini didemonstrasikan di hadapan pelajar Hogwarts oleh Guru Pertahanan Ilmu Hitam yang baru, Mad-Eye Moody.

Ketika beliau tunjukkan jampi yang pertama iaitu Imperio, kebanyakan pelajar dalam kelas begitu suka hati dan terpegun dengan jampi itu. Ada yang takut, ada yang ketawa ketika Mad-Eye Moody menggunakan jampi itu keatas labah-labah miliknya.

Ini menunjukkan jampi itu tidak mendatangkan bah4y4 yang tinggi kepada orang ramai, sama seperti suntikan anastetik yang digunakan secara meluas dalam pemb3d4han.

Namun apabila beliau gunakan jampi yang kedua, semua kecut. Hermoine sampai menjerit kerana tidak tahan melihat labah-labah itu dis3ks4 dan Neville sampai trauma dibuatnya. Walaupun hanya sebagai demonstrasi, tapi mereka gentar dengan jampi itu kerana seksaan yang diberikan.

Ini menggambarkan situasi hvkvman m4t1 yang sepatutnya ringkas dan selamat menjadi sesuatu yang meny3ks4kan. Selain itu, antara syarat jampi Crucio ialah pengguna haruslah memiliki kebencian yang membara, kerana jampi ini terlalu k3j4m dan tidak berhati perut.

Realitinya, antara sebab hvkvman m4t1 dibantah oleh liberal ialah tidak ada sebarang bukti kajian tentang kaitan antara hvkvman m4t1 dengan kejayaan cegahrintang terhadap j3n4yah, maknanya ada hvkvman m4t1 tidak membuktikan penurunan kadar j3n4yah [6].

Tambahan pula, hvkvman m4t1 dianggap membazirkan duit cukai rakyat kerana pelaksanaan metod hvkvman m4t1 lebih mahal daripada hvkvman p3nj4ra [7]. Mungkin kerana itulah J.K. Rowling begitu lantang mengkritik US dalam novelnya.

RUJUKAN:

  1. P. Knox, “D34Th penalty UK – when was it abolished, was treason punishable by d34th and when was the last ex3cVtion?,” thesun.co.uk, 3 December 2018. [Online]. Available: [Accessed September 2020].
  2.  J. Shamsian, “J.K. Rowling doesn’t know how to write about America,” insider.com, 10 October 2016. [Online]. Available: https://www.insider.com/jk-rowling-america-wizards-2016-10. [Accessed September 2020].
  3.  Harry Potter Theory, “History of UNFORGIVABLE Curses and Why They’re Unforgivable – Harry Potter Explained,” youtube.com, 13 May 2020. [Online]. Available: https://www.youtube.com/watch?v=Ijv4eQEpv04.
  4. J. Whitlock, “Paralytic Drgs Explained,” verywellhealth.com, June 2020. [Online]. Available: https://www.verywellhealth.com/paralytic-drgs-explained-3157132. [Accessed September 2020].
  5.  heart.org, “Causes of Cardiac Arrest,” www.heart.org, [Online].[Accessed 28 September 2020].
  6.  Amnesty International, “DOES THE D34TH PENALTY DETER CR1M3?,” amnesty.org, [Online]. Available: https://www.amnesty.org/download/Documents/48000/act500062008en.pdf. [Accessed September 2020].
    [7] ACLU, “THE CASE AGAINST THE D34TH PENALTY,” aclu.org, [Online]. Available:  [Accessed September 2020].

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.