Siraman Air Kencing Wanita Mesir Penyumbang Kehijauan Bumi Mesir

524

Sebuah helaian manuskrip yang ditemui oleh ahli Egyptologi dikenali sebagai ‘The Papyrus Calsberg’ berusia 3,500 tahun yang lalu (1400 SM) mengandungi beberapa panduan dalam ilmu botani, astronomi dan perubatan telah memuatkan isi-isi kandungan yang menarik diketahui umum.

Penemuan ini diteliti oleh ilmuwan dari Universiti Copenhangen, Denmark.

Mengikut salah satu teks yang dimuatkan di dalam manuskrip berkenaan adalah berkaitan untuk mengetahui samada wanita tersebut mengandung ataupun tidak.

Para wanita yang ingin mengetahui tanda-tanda kehamilan ataupun mengetahui apakah jantina bakal zuriat yang bakal dilahirkan, mereka akan melakukan sebuah aksi yang boleh dikatakan menyumbang kepada kesuburan ekosistem dan kehijauan di tanah Mesir pada suatu ketika dahulu.

Mereka akan meletakkan sebuah guni yang berisi benih pokok barli ataupun benih gandum di rumah masing-masing. Untuk mengetahui samada mereka hamil atau tidak, seseorang wanita tersebut akan membuang air kecil dan air kencingnya akan disiram secara berirama syahdu ke dalam guni yang berisi benih gandum dan barli tersebut.

Setiap hari guni ini tidak disiram air biasa, tetapi dengan air kencing. Ya, hancing yang pekat dan tidak bercampur dengan zat yang lain.

Pertama, jika guni berisi benih gandum dan barli tersebut bertunas maka ia dipastikan perempuan tersebut hamil.

Kedua, jikalau guni yang berisi benih gandum itu bertunas, maka diyakini bayi yang dilahirkan berjantina perempuan dan jika benih barli bertunas maka ia bayi berjantina lelaki.

Ye ke penulis ni? Tulis kisah pasal kencing yang kencing kita.

Tidak.

Mengikut data rasmi dari Institut Kesihatan Antarabangsa, teori ini dikaji dan dibuktikan secara saintifik pada tahun 1963 dalam Medical History, bahawasanya kaedah ini menghampiri 70% ketepatannya.

Baca di sini: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC1034829/?page=1

Kaedah ini diteruskan oleh tamadun Yunani dan Rom setelah kejatuhan tamadun Mesir Kuno. Walaupun kaedah ini digunapakai dan dibuktikan oleh ilmuwan, tetapi janganlah para wanita Malaysia mengaplikasikan amalan ini dalam budaya masyarakat majmuk kita.

Baik, begitulah antara serba sedikit ilmu yang sesuai diceritakan, dibacakan dan disampaikan kepada semua masyarakat Malaysia. Jika mahu mengencing, maka kencinglah dengan bergaya dan membawa manfaat kepada seluruh umat.

RUJUKAN:

1. A Timeline of Pregnancy Test, The Office of NIC History.

2. 8 Historical Methods of Detecting Pregnancy oleh Linda Rodriguez Mcrobbie.

3. The Pyramid Builders of Ancient Egypt: A Modern Investigation of Pharaoh’s oleh Rosalie David (halaman 130).

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.