Sejarah dan lagenda berkongsi leluhur sama, iaitu sesuatu peristiwa yang sudah berlalu.

Ada satu perbezaan yang memisahkan dua perkara utama ini. Sejarah merakamkan sesuatu kejadian berasaskan fakta dan pendapat yang berasas.

Manakala lagenda pula menceritakan kisah silam yang tidak dapat disahihkan, juga mungkin ditokok-tambahkan. Mitos pula terlalu simbolik hingga hilang asas fakta, contohnya mitos Yunani seperti Zeus, Poseidon dan Hades.

Kisah mitos mungkin mengarut. Tetapi lagenda jauh sekali sebuah mitos. Kerana banyak bangsa sebenarnya kaya dengan sejarah dan lagenda, menyumbang pada kebudayaan yang boleh dikongsi budaya-budaya lain.

British contohnya ialah sebuah bangsa yang sangat kaya dengan dua perkara ini. Dari segi lagenda, British mempunyai Daol Grenn yang dikongsi budaya lain.

Daol Grenn ialah sebuah sejarah yang diselit dengan lagenda (juga mitos). Pada dasarnya, Daol Grenn ialah sebuah meja berbentuk bulat, yakni tempat persidangan para kesatria dibawah Raja Arthur.

Setiap bahasa dalam United Kingdom mempunyai definisi tersendiri mengenai Daol Grenn, seperti Ford Gron dan Moos Krenn.

Tetapi Round Table sebenarnya mempunyai nilai begitu mendalam, bahawasanya semua yang bersidang di situ mempunyai darjat sama.

Round Table sudah lama hilang daripada lebaran sejarah, barangkali angkara Raja Margh daripada Cornwall yang bermaharajalela selepas kemangkatan Raja Arthur. Ironinya, Arthur dan Margh mempunyai titik persamaan secara peribadi.

Kerana Arthur berkahwin dengan Guinevere (mungkin daripada Wales) – manakala Margh pula berkahwin dengan Isolde daripada Ireland.

Dan kedua-dua isteri ini menjalinkan hubungan luar nikah dengan orang lain. Isolde bermain kayu tiga bersama anak saudara Margh sendiri, iaitu Tristan.

Guinevere rela mendampingi Mordred hingga melahirkan dua orang anak. Tidak lupa juga, hubungan su.lit antara Guinevere dengan Sir Lancelot du Lac, teman rapat lagi setia Arthur sendiri.

Kesatria Atau Perampas

Semua orang yang membesar dengan lagenda British tentu sekali pernah mendengar nama-nama seperti Arthur, Lancelot dan Guinevere.

Tetapi sejauh manakah kebenaran kisah-kisah yang diceritakan ini? Kalau bergantung pada lagenda, memang Guinevere berkelakuan sangat sum.bang. Walau bagaimanapun, lagenda diturunkan melalui mulut orang yang mudah sangat menyelitkan sesuatu untuk merancakkan cerita.

Tengok saja mitos Yunani, sampai dewa-dewi bercur.ang antara satu sama lain dengan manusia biasa.

Dewi Hera dikatakan sangat murka apabila Zeus menid.uri Puteri Alcmene yang melahirkan Heracles. Sangat pelik apabila seorang dewa kaki syah.wat – dan dewi pula kaki cemburu.

Zeus siap menid.uri Danaê, yang kemudian melahirkan Perseus. Lebih menggaru kepala, Zeus mempunyai bapa bernama Kronos. Bapa Kronos pula ialah Uranus.

Berdasarkan mitos Yunani, Kronos telah mem.otong kema.luan Uranus – dan kemudian mencampakkannya ke dalam laut. Buih daripada organ tersebut melahirkan dewi Aphrodite pula.

Inilah masalah dengan lagenda, penuh dengan kisah-kisah pelik yang berpandukan syah.wat. Tidak peliklah jika Guinevere ditimpa nasib yang sama, padahal mungkin semasa hidup sangat suci orangnya.

Namun kalau benar Guinevere berkelakuan sebegitu, jelas sekali Lancelot bukan seorang sahabat yang baik.

Morgana dan Raja Arthur melihat lukisan Lancelot dan Guinevere

Lancelot menempa tempat dalam siri lagenda ini melalui siri penulisan seorang penyair Perancis bernama Chrétien de Troyes. Hasil kerja Troyes dipetik penulis-penulis lain, di sekitar England dan Perancis.

Para sarjana hari ini tidak mempedulikan lagenda, kerana mereka hanya ingin mengetahui tentang sejarah Lancelot. Tetapi mereka agak hairan kerana Troyes tidak langsung menghuraikan bahagian asal-usul, seolah-olah semua sudah tahu tentang Lancelot ketika beliau menulis.

Jadi ini bermakna Troyes tidak menciptakan watak Lancelot. Sebaliknya Lancelot benar-benar wujud. Untuk mengenal pasti sejarah pra-Troyes, sejarawan cuba menyingkap asal-usul nama Lancelot.

Guinevere dan Lancelot

Mereka menghubungkan Lancelot dengan seorang wira berlagenda pan-Eropah. Hubungan ini membangkitkan teori, bahawa Lancelot berasal daripada leluhur Jerman.

Kerana nama Lancelot ialah “pride” dan “cloak” dalam bahasa Jerman Kuno ialah “Wlancloth”… bersamaan dengan Vinoviloth daripada suku Goth yang kemudian berpindah ke Binchester, England.

Teori Vinoviloth ini sudah berlarutan selama satu abad sebenarnya. Satu lagi teori menarik melibatkan budaya Perancis. Bahawa Lancelot berasal daripada Anguselaus, salah satu watak dalam kisah Geoffrey daripada Monmouth.

Anguselaus pula ialah nama Inggeris bagi Unguist, yakni seorang putera bagi Raja Pictish Keenam. Apabila diterjemahkan ke bahasa Perancis barulah terjadi Lanselaus (sangat sama dengan Lancelot).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.