Singapura: Kanser Malaysia Sampai Ke Kaki

2,362

Tahukah anda dalam perbahasan rang undang-undang berkaitan Gagasan Malaysia pada Oktober 1961, PAS muncul sebagai satu-satunya parti di parlimen yang menolak kaedah pembentukan Malaysia.

PAS tiada masalah dengan penyertaan Wilayah Borneo, tetapi wakil-wakil parti tersebut tidak bersetuju dengan penyertaan Singapura. Bagi mereka, penyertaan Singapura akan menganggu gugat kepentingan Melayu yang menjadi tonggak negara. Malahan wakil PAS memberi amaran bahawa ia (penyertaan Singapura) akan menjadi kanser dan akan menyebabkan tubuh badan Tanah Melayu menderita kerananya.

Tidak lama selepas pembentukan Malaysia, Lee Kuan Yew menunjukkan belang sebenar.

Pertama, beliau kekal menggunakan gelaran ‘Perdana Menteri Singapura’ dalam lawatan ke luar negara sehinggakan ada negara menganggap Lee dan Tunku adalah setaraf. Tunku kecil hati.

Kedua, Lee Kuan Yew mengisytiharkan kemerdekaan Singapura secara unilateral pada 31 Ogos 1963 dan mengkritik Tunku secara terbuka kerana menganjakkan tarikh pembentukan Malaysia pada tarikh tersebut kepada 16 September 1963.

Ketiga, PAP menentang UMNO – Perikatan secara terbuka dalam pilihanraya Singapura sehingga menyebabkan semua calon UMNO kalah kepada PAP. Sebagai tanda protes, ahli2 UMNO membakar patung Kuan Yew.

Keempat, Singapura sentiasa mempersoalkan keputusan kerajaan Pusat dan lebih banyak membuat keputusan sendiri dalam isu ekonomi negeri. Contohnya isu cukai pelabuhan dan Bank Of China.

Kelima, Lee konsisten mencabar kedudukan istimewa bangsa Melayu dan menganggap bahawa Melayu adalah pendatang daripada Indonesia [1]

Akhirnya pada 9 Ogos 1965, Singapura dikeluarkan daripada Persekutuan Malaysia. Salah satu kata-kata Tunku yang diingati ketika itu adalah ,”kanser sudah sampai ke kaki”

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Pulau Duyong Kuala Terengganu

RUJUKAN:

[1] Lily Zubaidah Rahim, Dilema Singapura: Peminggiran Politik dan Pelajaran Masyarakat Melayu, 2004, ms 20

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.