Nampak gaya Parti Tindakan Rakyat (PAP) semakin menggigil angkara kekalahan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018 demikian hari. Entah kenapa perkara tersebut sering didendangkan seolah-olah parti pemerintah di Singapura pun boleh tewas juga. Dari luar, kaliber Lee Hsien Loong dilihat lebih agung daripada parti pemerintah lama Malaysia. Namun perkara tersebut sebenarnya di luar kepentingan Malaysia. Lee Kuan Yew mati pun tidak memberikan sebarang kesan kepada Malaysia. Namun legasi beliau yang mencerminkan intelektual dan teknokrasi telah dicemari sebuah halaman bernama “Fabrications About the PAP” (FPAP).

Isunya sekali lagi menyentuh tentang Lapangan Terbang Seletar. Perlu diulaskan semula yang Seletar ialah milik Singapura. Namun Pasir Gudang ialah milik Malaysia. Dan FPAP pula sedang menegakkan benang yang dibasahi air dari Malaysia (no pun intended).

1. Isu Jarak 2 Kilometer

Hal kecil.

Anthony Loke Siew Fook tidak salah pun apabila beliau memetik jarak dua kilometer sebagai perantaraan. FPAP pun tidak salah dengan hujah bahawasanya jarak tersebut ialah antara dua persisiran semata-mata, bukanlah antara Lapangan Terbang Seletar dan Pasir Gudang.
Cuma yang hairan bin ajaibnya, garisan yang FPAP letakkan sebenarnya berada jauh daripada landasan.

Jika diteliti, penanda pertama bermula di sekitar Pejabat Penguatkuasa Imigrasi dan Pemeriksaan. Perlu ditanya, kenapa penanda ini dengan gila bermula dari situ? Apakah semua pesawat yang berlepas dari Seletar menggunakan teknologi VTOL? Mohon penjelasan. Maklumlah kami rakyat Malaysia tak pandai sangat (sarcasm intended).

2. Siapa letak kren 3 kilometer di lautan?

Soalan sebegini sebenarnya mencalarkan imej Singapura sebagai negara yang dipopulasikan rakyat bijak pandai. Kalian sepatutnya lebih cerdik daripada rakyat Malaysia (sarcasm intended). Namun pembela parti pemerintah Singapura nampak sah bengap semacam. Cuba fikir di luar kotak sejenak.

Tiga kilometer daripada landasan terletak di kawasan sempadan air. Maka matematiknya sangat mudah:

3 km = 54 meter tinggi
6 km = 145 meter tinggi

Jarak antara landasan dan persisiran Pasir Gudang ialah 3.42 km, bermakna pada jarak ini sebuah pesawat yang mendarat perlu berada pada ketinggian 70 meter (kita boleh lonjakkan pada paras 100 meter tinggi pun – tiada masalah). Kawasan ini merupakan zon perindustrian pesat bagi Pasir Gudang. Bermakna, Malaysia mesti mempunyai jentera untuk mengendalikan urusan di situ. Tidak kisahlah jika situasi sekarang memerlukannya atau tidak – isunya bukanlah tertakluk kepada situasi semasa sahaja.

Memanglah tidak logik bagi sebuah kren industri untuk beroperasi di laut. Namun FPAP tidak sepatutnya mengetepikan satu hakikat. 420 meter daripada tiga kilometer yang dibisingkan merupakan zon perindustrian. Sebuah kren boleh sahaja mencecah ketinggian 70-80 meter (dalam lingkungan penerbangan). Maka FPAP tidak layak untuk mempersoalkan tentang faktor keselamatan. Laluan ini sudah mendedahkan banyak risiko.

3. Mana bangunan 145 meter di Pasir Gudang pada jarak enam kilometer daripada landasan?

Hanya kerana satu perkara tidak dapat dilihat, FPAP sudah bertanya. Malaysia pun boleh tanya soalan sama: mana otak FPAP? Sekali lagi takkan Malaysia perlu fokus kepada situasi semasa semata-mata, sedangkan fungsi sebuah negara sebenarnya sangatlah berpanjangan? Penggunaan sistem ILS akan memberikan kesan yang besar kepada Pasir Gudang.

Bangunan setinggi 145 meter dalam teknologi infrastruktur semasa merupakan suatu perkara yang sangat biasa. 145 meter sebenarnya rendah sedikit sahaja daripada Kompleks DayaBumi yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Kuala Lumpur pada tahun 1985.

Pertanyaan FPAP telah menafikan hak Malaysia untuk membangunkan Pasir Gudang pada perkadaran yang sepatutnya. Usahlah FPAP lupa bahawasanya sempadan kalian hanyalah Singapura. Pasir Gudang ialah milik Johor.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.