Anda terlalu banyak menghabiskan masa bermain telefon pintar? Menggunakan komputer dalam masa yang lama? Tugas harian melibatkan tangan dan mesin gegaran? Mempunyai simptom iaitu rasa kebas bila melakukan ujian mengesan sindrom ini?

Awas dengan risiko penyakit ini.

Pernahkah anda terbangun malam atau awal pagi sekitar jam 2- 3 pagi akibat rasa tidak selesa atau kebas pada bahagian tangan?  anda merasa kebas di bahagian tangan iaitu pada ibu jari, jari telunjuk dan sebahagian daripada jari manis?

Jika jawapan anda “ya”, anda mungkin mempunyai masalah Sindrom Carpal Tunnel.

Sindrom Carpal Tunnel adalah satu keadaan dimana berlaku tekanan secara berpanjangan kepada saraf Median (Median Nerve) di pergelangan tangan seseorang.  Saraf Median pada pergelangan tangan terhimpit dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilahkan sebagai Cumulative Trauma Disorders.

Carpal Tunnel adalah saluran sempit yang dikelilingi oleh tulang dan ligamen di sebelah telapak tangan anda. Apabila saraf Median ditekan, ianya akan menyebabkan termasuk rasa kebas, kesemutan/ berdenyut dan rasa lemah/kelesuan di tangan dan pergelangan. Tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median.

Dalam kes-kes yang kronik, otot pada pangkal ibu jari akan mengecut (thenar muscle atrophy’) and kekuatan ibu jari juga akan merosot (abductor muscle weakness). Ini menyebabkan pesakit mungkin mengalami masalah untuk menggunakan tangan di mana sudu, garpu, senduk dan sebagainya jatuh semasa pesakit menggunakannya ( Khoo Y.K, 2013).

Punca dan Penyebab

Majoriti kes sindrom ini disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tangan tidak sihat, tekanan berlebihan ( perbuatan menekan pada permukaan keras) dan penggunaan mesin melibatkan getaran.

Contoh postur tidak baik dan menyebabkan tekanan pada saraf median

Apa-apa yang menekan atau mengganggu saraf median di ruang terowong karpal boleh menyebabkan sindrom ini. Fraktur/kepatahan pada pergelangan tangan menyempitkan terowong karpal dan merengsa/iritasi saraf, begitu juga dengan pembengkakan dan keradangan yang disebabkan oleh rheumatoid arthritis.

Kebiasaannya, tidak ada hanya satu penyebab sindrom carpal tunnel. Gabungan faktor yang berisiko menyumbang kepada perkembangan keadaan sindrom ini. Faktor kesihatan dan gayahidup juga menjadi penyumbang kepada risiko sindrom ini seperti pengambilan nikotin, garam yang tinggi dan obesiti.

Masalah hormone pembesaran, proses penuaan yang menyebabkan ‘Osteoarthritis’ dan masalah penyakit metabolic seperti kencing manis dan gout juga mempengaruhi risiko penyakit ini. Ia dua kali ganda lebih kerap berlaku kepada wanita berbanding lelaki dan dalam 80 peratus kes dan pesakit berusia lebih daripada 40 tahun.

Rawatan dan fasa penyembuhan

Pertamanya, pesakit perlu berhenti melakukan sesuatu proses kerja yang menyebabkan tekanan pada saraf. Sekiranya dia masih perlu bekerja, pemakaian splint membantu untuk mengurang tekanan pada saraf semasa melakukan kerja-kerja. Penggunaan splint pada pergelangan tangan untuk mengehadkan pergerakan dan mengurangkan tekanan pada saraf median.

Jika penyakit ini dapat dikesan lebih awal, ianya boleh dirawat tanpa proses pembedahan. Keadah fisioterapi seperti terapi wax, Urutan Transverse friction, senaman yang mengikut saranan pakar fisioterapi seperti nerve gliding exercises boleh mengurangkan sindrom ini pada peringkat awal.

Sekiranya pesakit tidak bertindak balas terhadap proses rawatan diatas, suntikan steroid akan diberikan untuk mengurangkan keradangan pada bahagian saraf median yang telah terhimpit.

Pembedahan mungkin perlu dilakukan apabila splinting dan fisioterapi tidak berjaya atau terdapat ketumbuhan di dalam pergelangan tangan pesakit. Ia melibatkan prosedur dimana pesakit akan membuat luka pada bahagian pergelangan tangan pesakit untuk memotong ‘transverse carpal ligament’ dan seterusnya membebaskan saraf ini dari terus terhimpit.

Boleh ikut dalam gambar ini untuk menguji adakah anda mempunyai simptom sindrom ini.

Sekiranya anda banyak menggunakan anggota pergelangan tangan dalam kehidupan seharian, merasakan nyeri dan kebas selepas melakukan ujian diatas, adalah baik untuk rujuk pada doktor.

Saya juga sarankan anda untuk lakukan aktiviti senaman regangan melibatkan pergelangan tangan semasa dan selepas melakukan kerja.

Boleh rujuk laman web KKM untuk senaman regangan yang disarankan. http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-di-dalam-carpal-tunnel-syndrome-cts/

RUJUKAN:

  1. Khoo Yoong Khean. (2013). Sindrom “Carpal Tunnel’ – Dr Ahmad Mahyuddin, The Malaysian Medical Gazette.
    retrieve from https://www.mmgazette.com/sindrom-carpal-tunnel-dr-ahmad-mahyuddin/
  2. Khoo Yoong Khean. (2013). Carpal Tunnel Syndrome – Dr Mohamed Faizal Sikkandar. The Malaysian Medical Gazette.
    retrieve from https://www.mmgazette.com/carpal-tunnel-syndrome-dr-dr-mohamed-faizal/
  3. Mohd Naqiuddin bin Johar. (2015). Rawatan Fisioterapi Di Dalam Carpal Tunnel Syndrome (CTS), MyHealth Portal.
    http://www.myhealth.gov.my/rawatan-fisioterapi-di-dalam-carpal-tunnel-syndrome-cts/
  4. William Morrison. (2019). Carpal Tunnel Syndrome, Healthline Website.
    retrieve from https://www.healthline.com/health/carpal-tunnel-syndrome

 

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.