Apabila Tariq bin Ziyad berjaya menawan seluruh Sepanyol dan penaklukannya ke atas Sepanyol bermula dari Pertempuran Guadelete, maka ianya adalah detik permulaan kepada sinar tamadun Islam mula menyapa kawasan sepanjang Sememanjung Iberia. Buat pertama kalinya, sinar Ilmu mula bercambah seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan, sesuatu yang anda tidak akan melihatnya di Eropah selepas detik kejatuhan Rom dan Yunani.

Baik, saya disini ini menerangkan tentang bagaimana sinar keilmuan mula bercambah di Sepanyol yang hari ini, kebanyakan antara kita sudahpun melupakannya. Lupanya umat Islam pada sinar tamadun yang menyapa bumi Sepanyol adalah sama tidak tumpah seperti lupanya orang Melayu hari ini pada keagungan Srivijaya mereka yang lepas. Bahkan keagungan umat Islam di zaman keemasan mereka adalah sezaman dengan zaman keemasan bangsa Melayu iaitu Srivijaya.

Rasanya kita dah terlalu cukup meneroka keagungan Srivijaya, tetapi kita seperti ketinggalan untuk berbicara zaman keemasan tamadun keemasan agama kita. Kalau sebelum ini kita berbicara tentang keagungan Abbasiyah dengan Baghdadnya, sekarang kita bicara pula tentang Umaiyyah dengan Cordoba ini.

Tamadun Islam harus bersyukur kerana mempunyai ramai pemimpin hebat yang memerintah tamadun mereka. Oleh kerana asas Islam ialah ilmu, maka pemimpin-pemimpin tamadun Islam tidak pernah ketinggalan memastikan bahawa ilmu ialah keutamaan dalam empayar-empayar mereka. Sebagaic ontoh di Sepanyol, Khalifah al-Hakim II telah mendirikan tiga buah sekolah berhampiran dengan Masjid Agung Cordoba sderta 24 buah sekolah lagi di pinggir kota Cordoba. Sekolah ini menawarkan pendidikan percuma kepada para penuntutnya.

Perkembangan institute pendidikan ini kemudiannya membawa kepada penubuhan-penubuhan universiti yang sangat terkenal terutamanya Universiti Cordoba yang dibina oleh Khalifal Al-Hakim II. Ketika itu, hanya ada dua universiti di dunia yang mampu menandingi Universiti Cordoba iaitu Universiti Al-Azhar di Mesir dan Universiti Nizamiyah di Baghdad. Ketiga-tiga univerisiti agung ini ialah di bawah empayar umat Islam dan ianya setaraf seperti Oxford, Havard dan juga Cambridge seperti hari ini.

Bahkan Cordoba bukan satu-satunya universiti yang dibina oleh Dinasti Umaiyyah di Sepanyol. Bandar-bandar lain seperti Granada, Sevillem, Xativa, Denia, Malaga, Almeria, Valencia, Toledo dan Badajoz Ialah antara bandar-bandar yang menjadi pusat lahirnya banyak IPT yang hebat-hebat di seluruh bumi Sepanyol. Seluruh universiti ini tidak terbuka untuk umat Islam sahaja, bahkan dicatatkan pelajar dari seluruh bumi Eropah dan bangsa Yahudi turut belajar di dalamnya sehinggakan banyak cendekiawan hebat lahir di kalangan bangsa Yahudi.

Kalau Abbasiyah boleh berbangga dengan kewujudan Baitul Hikmah, Umaiyyah di bumi Sepanyol boleh berbangag dengan kewujudan Perpustakaan Diraja Cordoba. Perpustakaan ini dibina oleh Khalifah Amir Abdul Rahman II pada zaman awal pemerintahannya. Perpustakaan ini dikatakan mempunyai kira-kira 400 – 600 ribu buah naskah buku di dalamnya dari segala bidang. Bahkan bukan raja sahaja mempunyai kesedaran ilmu, tetapi turut dimiliki oleh rakyat jelata seperti seorang wanita yang bernama Aisyah binti Ahmad Ibn Qassim yang mempunyai koleksi peribadi buku terbanyak di bandar itu.

Seorang rahib dari Jerman mengatakan bahawa Cordoba ketika itu ialah “mutiara dunia” yang bermaksud kerana ketika dia sampai ke sana, kota itu mempunyai 70 buah perpustakaan besar bersama 3000 buah masjid yang dibina di serata tempat. Dikatakan bahawa tiada mana-mana kota Kristian pada waktu itu mempunyai perpustakaan seagung umat Islam seperti mana di Cordoba, apatah lagi mahu dibandingkan dengan Darul Hikmah di Baghdad.

Kebanyakan pepustakaan dan universiti menyumbang kepada lahirnya cendekiawan-cendekiawan agung dari tamadun Islam. Dalam bidang agama, ketika inilah para ulamak hebat lahir. Bidang-bidang seperti Fiqh, Tassawuf, Hadith semuanya dibincangkan dengan penuh ilmiah. Ulamak-ulamak hebat dalam pelbagai bidang seperti al-Khusanni, Abu Ayman, Ibn Hazim, Isa ibn Dinar, Ibn Abd Badr dan banyak ulamak hebat ketika zaman itu lahir.

Eropah memang benar-benar mengambil manfaat dari keagungan tamadun ilmu di Sepanyol. Sebagai contoh dalam bidang matematik, di mana dilaporkan bahawa karya seperti Ibn al-Zarqiyali, Al-Khuwarizmi, dan banyak lagi telah menjadi sumber rujukan. Antaranya ialah Leornado Fibonacci of Pisa yang telah menulis buku Liber aba’ci yang menjadi asas kepada ahli matematik di Eropah selepas belajar di Sepanyol. Pakar matematik terkenal dari Vienna iaityu George Purbach telah merujuk kepada tokoh matematik Islam seperti Ibn-Al-Zarqiyali.

Bidang astronomi pula mencatatkan karya karangan Abi Ma’syar dan Khuwarizm ditermeahkan ke dalam Bahasa Latin seperti Aderald of Bath dan John Of Seville. Para ilmuwan Islam di Sepanyol dicatatkan telah mencipta banyak alat astronomi terkenal dan antaranuya ialah astrolab. Janir Ibn Affah dikatakan telah berjaya membuat cerapan terhadap Planet Musytari dan Zuhal. Al-Zaqarli dicatatkan telah menciptakan alat-alat astronomi yang sangat tepat seperti jam air yang mampu menentukan waktu sepanjang hari dan meramalkan gerhana bulan. Bukunya yang bertajuk Book Of Table telah dipelajari di seluruh eropah.

Bidang perubatan juga tidak ketinggalan diraihkan di bumi Sepanyol. Sebagai contoh, Abu al-Qassim Khalaf bin Abbas Al-Zahrawi telah menghasilkan sebuah eksiklopedia perubatan yang lengkap yang dinamakan sebagai Kitab-Al-Tasrif maakala antara peraturan am paling awal, atau kod etika dan undang-undang awal telah dibincangkan oleh Ibn Rusyd (melalui kitabnya al-Kuliyyat fi Al-Tabib) dan Ibn Hazim, jauh lebih awal-awal dari mana-mana ketamadunan di Eropah ketika itu. Sebagai contoh, Ibn Hazim yang juga merupakan seorang ulamak telah mencadangkan agar seorang doktor mestilah berambut kemas, memotong kuku dengan pendek dan berpakaian bersih. Wabak Black Death yang menyapa eropah ketika itu pula dibincangkan dengan mendalam oleh seorang tokoh bernama Ibn Khatib.

Tokoh agung dalam bidang sains kimia turut lahir di peradaban Islam di bumi Sepanyol. Siapa tidak kenal dengan nama Geber atau nama bahasa arabnya Jabir yang menemui asid sulfrik, asid nitric dan asid nitro muriatik. Abbas bin Firnas telah menemui cara menghasilkan kaca daripada Kristal, bahkan dicatatkan bahawa mampu menghasilkan guruh dan kilat rekaan di dalam makmalnya.

Dan yang paling penting ketika membicarakan topik ini, pastinya saya tidak mahu ketinggalan berbicara tentang sejarah yang menjadi forte page The Patriots. Ilmu sejarah ketika zaman ini sungguh mengasyikkan perkembangannya. Abdul Malik Ibn Habib telah menulis lebih 1000 buah kitab sejarah yang bertajuk Tarikh. Ketika ini, banyak buku-buku sejarah yang berkaitan dengan pembukaan Sepanyol ditulis oleh umat Islam.

Bidang falsafah turut menerima tempiasnya. Seorang tokoh falsafah Islam bernama Ibn Rusyd diletakkan sama taraf dengan ahli falsafah dari zaman Yunnai iaitu Aristotle apabila telah memperkenal kaya-karya falsafah Aristotle ke pada dunia barat. Lahirnya tokoh-tokoh falsafah ini berlaku ketika era pemerintahan Khalifah Al-Muntasir. Karya falsafah tokoh Islam seperti Tahafut al-Tahafut yang dinukilkan oleh Ibn Rusyd masih dipelajar sehingga ke hari ini di dunia barat.

Di atas ialah sekadar cebisan keagungan tamadun Islam di Sepanyol yang telah banyak meyumbang kepada perkembangan ilmu di Eropah. Musa dan Thariq yang memulakan penaklukan ke atas Sepanyol sebenarnya ialah seribu rahmat daripada TUHAN. Eropah hanya mampu keluar dari zaman kegemilangan apabila menerima manfaat daripada perkembangan tamadun ilmu ini. Zaman kegelapan mereka akan tetap gelap sehinggalah mereka mengutip sinar dari tamadun Islam.

Pengajarannya kita hari ini wahai umat Islam, kita harus menerima hakikat bahawa kita ketinggalan dalam banyak perkara. Kalau benar kita impikan kebangkitan semula, maka kita harus menjadi seperti bangsa eropah dan barat dahulu. Mereka tidak pernah segan untuk belajar dan menterjemahkan karya-karya kita sehingga kembali agung, begitulah kita hari ini. Mengaku bahawa tamadun kita sudah ketinggalan, dan inilah masanya kita belajar daripada mereka! Langkah pertama yang saya sarankan ialah kita mula melakukan terjemahan karya-karya agung mereka ke dalam setiap bahasa pribumi bangsa dalam umat Islam. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply