Semasa P.erang Musim Sejuk (1939-1940) tercetus antara Finland dengan Kesatuan Soviet, seorang wira Finland muncul sebagai duri dalam daging kepada pihak Soviet. Simo Hayha digeruni pihak musuh kerana bertanggungjawab memb.unuh 500 orang tentera Soviet dengan menjalankan peranannya sebagai pen.em.bak hendap.

Hayha atau Kem.atian Putih (gelaran pihak Soviet kepadanya) dilahirkan pada 17 Disember 1905 di Raujarvi, Viipuri, Finland (kini merupakan sebahagian daripada wilayah Rusia). Beliau merupakan seorang petani dan suka melakukan pelbagai hobi. Ini termasuk berski, memb.ur.u dan mene.m.bak.

Apabila P.erang Musim Sejuk tercetus, Hayha pada ketika itu berusia 33 tahun dan menyambut ulang tahunnya yang ke-34 di medan Kollaa. Dalam tempoh 98 daripada 105 hari pep.erangan, beliau merupakan sebahagian daripada Rejimen In.fantri Ke-34, Batalion Keenam. Hayha tidak sempat menghabiskan minggu terakhir pep.erangan di medan selepas mengalami kece.der.aan dan terpaksa dirawat di hospital.

Dalam tempoh tersebut, beliau menghabiskan masanya dengan menghendap dan mensasarkan pihak musuh dengan ketepatan yang menakutkan. Pada satu ketika, Hayha pernah memb.unuh 25 orang tentera Soviet dalam sehari.

Disebabkan rekodnya sebagai pene.mba.k tepat, bukan sekali pihak Soviet cuba memb.unuhnya. Misalnya, selepas berjaya men.em.bak m.ati seorang tentera Soviet, mereka membalas dengan melancarkan s.erangan m.or.tar terhadap kedudukannya. Bagaimanapun, Hayha terselamat dalam insiden tersebut tanpa sebarang kece.der.aan.

Jadi, apa rahsianya sebagai pene.mba.k tepat? Hayha memberitahu beliau tidak pernah merasa takut apabila berkhidmat sebagai askar. Malah, beliau sentiasa mencari kaedah kreatif untuk bersembunyi daripada dikesan musuh dan mengelirukan pihak lawan.

Contohnya, Hayha suka mencurah air ke dalam salji sebelum men.emb.ak dari kedudukannya. Tindakan itu dibuat bagi melindungi muncung senapang yang mengeluarkan cahaya te.mba.kan daripada dikesan pihak musuh. Hayha juga bijak memanfaatkan asap, bunyi dan t.emb.akan artileri untuk melindungi pergerakannya bila bertukar posisi.

Kebiasaannya, beliau menggunakan raifal M/28-30, raifal standard yang diberi kepada semua tentera Finland pada tahun 30-an. Walaupun dianggap sebagai senjata asas, hakikatnya Hayha mahir menggunakannya selepas bertahun-tahun menggunakannya sebagai senjata untuk memb.ur.u. Ini termasuk menetapkan sasaran sekitar 150 meter sekaligus membolehkannya mengatur semula kedudukan sekiranya perlu.

Sesiapa yang melihatnya memeriksa dan membersihkan raifalnya sebelum dan selepas operasi ketenteraan mungkin menyangka Hayha terlalu obsesif. Tetapi hakikatnya, ia perlu dilakukan lebih-lebih lagi dalam cuaca musim sejuk. Dengan suhu yang boleh mencecah -20°C pada satu-satu masa, ia boleh mengakibatkan raifal yang digunakan tidak berfungsi. Bagi pene.m.bak hendap seperti Hayha, itulah talian nyawa mereka bila berada di medan pertempuran.

Satu mitos tentang pene.mba.k hendap ialah mereka suka menggunakan pokok sebagai tempat sesuai untuk melepaskan tem.ba.kan. Tetapi bagi Hayha, ia tidak munasabah atas dua sebab: sukar mencari sasaran dan sekiranya dikesan, tiada jalan untuk melepaskan diri. Dan itu mendorongnya sentiasa bersembunyi di bawah dahan-dahan pokok yang rendah setiap kali memb.u.ru tentera Soviet.

Keupayaannya untuk mene.mb.ak turut dibantu oleh pengalaman sebagai pemb.u.ru semasa muda. Sebagai pemb.ur.u, apabila memb.ur.u haiwan yang bergantung kepada situasi, jenis haiwan dan bentuk muka bumi, Hayha perlu mempunyai pandangan yang tajam. Ini termasuklah mengesan dan mengenali sasaran. Ini kerana setiap sasaran dalam pemb.ur.uan berbeza antara satu sama lain.

Sebagai pemb.ur.u juga, Hayha mesti dapat melihat impak temb.aka.nnya ke atas sasaran. Ini kerana mana-mana sasaran, sama ada haiwan atau tentera Soviet akan cuba melarikan diri sekiranya tem.bak.an pertama tidak mengenai sasaran. Dan Hayha tahu apabila itu berlaku, ia akan melawan sehingga m.ati kecuali ia mengalami kece.de.raan parah dan tidak boleh bergerak.

Ini juga sebab keperluan membaca bentuk muka bumi itu sendiri. Dengan beradaptasi dengan pelbagai bentuk muka bumi, Hayha dapat memperbetulkan kedudukannya semasa men.emba.k dan mempunyai ruang untuk melepaskan diri di medan pert.emp.uran. Ini menjadikannya sebagai pakar bentuk muka bumi sesebuah operasi kete.nt.era.an.

Selain itu, Hayha turut diajar oleh bapanya tentang satu kemahiran penting: kemahiran mengira jarak. Caranya ialah dengan menganggar jarak sasaran sebelum dikira menerusi bilangan kaki. Dalam kebanyakan s.erangan hendap yang dibuat, anggaran yang dibuat tidak lari daripada 150 meter. Di samping itu, Hayha perlu mengambil kira kesan angin dan hujan kerana ia sudah pasti mempengaruhi te.mbak.an yang dibuat.

Melihat semua rahsia ini, tidak hairanlah mengapa tentera Soviet amat takut dengan Hayha. Menjelang hari-hari terakhir pep.era.ngan, beliau mengalami kec.ede.raan selepas terkena t.emb.akan peluru let.upan pihak musuh di Ulismaa pada Mac 1940. Akibatnya, dia jatuh koma dan hanya sedar seminggu kemudian di hospital te.nte.ra. Pada ketika itu, Finland dan Kesatuan Soviet telah memeterai perjanjian damai sekaligus menamatkan P.erang Musim Sejuk.

Disebabkan t.emb.akan tersebut terkena pada mukanya, Hayha terpaksa menjalani 26 pemb.eda.han bagi membetulkan semula rahangnya. Kece.der.aan ini juga mengakibatkan beliau mengalami kesakitan berterusan sehingga ke akhir hayatnya. Selepas tamat p.erang, Hayha kembali menjalani kehidupan solo sebagai petani dan pemb.ur.u sebelum kemudiannya dipindahkan ke Institut Kymi untuk Veteran Yang Tidak Berupaya pada 2001. Kem.atian Putih yang menjadi igauan ngeri pihak Soviet kembali menemui Penciptanya setahun selepas itu pada usia 96 tahun.

RUJUKAN:

Saarelainen, Tapio. (2017). The world’s dea.dli.est sniper: Simo Häyhä. History Extra.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.