Dalam dunia politik, sudah jadi suatu kebiasaan untuk membentangkan manifesto-manifesto yang bersifatkan luar batasan akal. Bukan Malaysia sahaja yang mengalami sindrom terlebih susu dalam teh tarik ini. Malah hampir setiap negara turut mempunyai ahli-ahli politik yang menyimpan prasangka bahawa undi lebih penting daripada integriti.

Sebagai contoh, Donald Trump sendiri bermegah dengan bukti ampuh bahawa benteng AS-Mexico tidak akan didirikan dengan dana daripada kerajaan Mexico City. George W. Bush sendiri menipu tentang simpanan WMD di Iraq demi kesejahteraan kempen dan kemandirian politiknya. Malah Ronald Reagan yang merupakan presiden paling berpengaruh di Amerika Syarikat pun mempunyai sejarah penipuan juga.

Jadi tidak peliklah apabila wujudnya segelintir ahli politik yang ingin meneruskan karier dengan janji luar biasa. Cuma apabila ditanya, siapa saja yang tidak fikirkan idea siaran EPL percuma? Semua orang mesti suka, disebabkan hiburan sepanjang tahun. Tetapi dari segi kaca mata realistik, usaha ke arah siaran EPL percuma memang tidak masuk akal.

Jika kerajaan memang nekad untuk melaksanakannya, terdapat dua laluan yang boleh digunakan. Yang pertama senang kata memang memerlukan penantian yang lama. Proses pembidaan sebegini hanya boleh dibuat pada waktu tertentu sahaja. Kriteria pembidaan ini sebenarnya berbentukkan pakej, yang mana pembida perlu membeli terus hak siaran buat tiga musim. Harganya juga begitu dahsyat iaitu £9.2 bilion (RM46 bilion), naik 8% daripada harga sebelumnya (AP, 2019).

Populasi dewasa Malaysia mencecah 22 juta. Dengan harga ini, setiap seorang rakyat ibaratkan membayar RM77 setiap bulan permainan yang ditanggung kerajaan secara sepenuhnya selama tiga musim.

Cara kedua pula menampilkan harga yang murah sedikit, kerana ibaratkan hanya membeli setompok lembu berbanding seekor. Bila bercakap tentang Liga Perdana Inggeris, bukan semua perlawanan akan disaksikan. Majoriti akan membuka siaran secara kebiasaannya untuk bersorak untuk Manchester United, Manchester City, Arsenal, Chelsea, Liverpool dan Tottenham Hotspurs, sementara perlawanan seperti West Ham United dan Norwich City misalnya akan mendapat sambutan hambar.

Maka EPL juga menawarkan pakej-pakej kecil (yang sebenarnya lebih mahal). Sebanyak tujuh pakej ditawarkan dengan jenis-jenisnya seperti hanya 32 perlawanan pada hari Sabtu, Ahad atau campuran sahaja. SkySports telahpun memenangi Pakej B-E (£9.3 juta satu siaran) yang mana BT meragut Pakej A (£9.22 juta satu perlawanan). Hanya yang tinggal untuk ditentukan ialah Pakej F dan G. Dan dalam perbandingan skala besar, EPL masih lagi mempunyai harga tambatan yang sangat murah berbanding NFL, NBA dan MLB. NFL sahaja mempunyai kos keseluruhan menghampiri £25.95 bilion untuk 8 tahun, berbanding EPL yang hanya £5.14 bilion (3 tahun sahaja).

Cara kedua ini tentu sekali akan mengundang amarah rakyat kerana jaminan politik menyentuh siaran EPL percuma. Terletak dibawah Iltizam 5, muka surat 191, untuk anak muda: kerajaan akan menawarkan siaran percuma melalui RTM semua liga sukan utama seluruh dunia, termasuk Liga Perdana Inggeris untuk pasukan diminati ramai. Bermakna UEFA Champions League, Euro dan Piala Dunia turut terbabit dalam rangkaian yang diusahakan, sekaligus melonjakkan kos perbelanjaan lagi.

Dengan erti kata lain, perbelanjaan-perbelanjaan sebegini hanya relevan jika kerajaan memandatkan ekonomi negara bercukai tinggi. Ataupun sekurang-kurangnya sumber bahan api boleh menyekutukan Malaysia dengan OPEC atau Rusia. Hakikat bahawa Malaysia masih lagi kecil dalam industri minyak dan bahan api menunjukkan tahap kemampuan kerajaan untuk mengharapkannya. Dan menjanjikan bulan dan bintang sepertimana dilakukan secara abstraknya merupakan naluri politik yang biasa.

Jika “biasa” itu yang diburui, bermakna tiada perubahan akan terhasil.

RUJUKAN:

English Premier League broadcast rights rise to $12 billion. (2019, May 21). Retrieved from https://www.usatoday.com/story/sports/soccer/2019/05/21/english-premier-league-broadcast-rights-rise-to-12-billion/39500789/

Premier League TV rights: Five of seven live packages sold for £4.464bn – BBC Sport. (2018, February 13). Retrieved from https://www.bbc.com/sport/football/43002985


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.