Siapakah Raja Sebenar Masyarakat Jepun?

0
4439
views

Jepun merupakan salah satu negara termaju di dunia. Walaupun ditimpa pelbagai musibah dan bencana besar,namun mereka pantas untuk bangkit dan teruskan hidup untuk berdaya saing dengan negara kuasa veto yang lain. Tokyo salah satu diantara kota metropolitan yang mempunyai taraf hidup yang tinggi di dunia. Walaupun begitu, ia tidak langsung mematahkan semangat penduduk tetap kota metropolitan itu.

Tidak kira sama ada golongan profesional, peniaga, penggiat seni, mahupun golongan marhaen tetap bersemangat untuk teruskan hidup. Kata-kata semangat seperti “gambatte” yg bermaksud “berusaha bersungguh sungguh ” sentiasa menjadi api yg membakar semangat rakyat Jepun yang tidak pernah kenal erti mengaku kalah.

Disebalik kemajuan teknologi dan kepesatan pembangunan di Jepun, kita sering terlepas pandang tanpa mengetahui bagaimana ia bermula?

Hakikatnya ia bermula daripada seorang “Raja”. Siapa yang dimaksudkan sebagai “Raja yang sebenar ” di Jepun. Adakah presiden Jepun itu sendiri? ataupun kerabat diraja Akihito (maharaja Jepun)? Jawapannya adalah “kanak kanak “.

Bagi masyarakat di Jepun, golongan Kanak – kanak di anggap “Raja sebenar ” kerana merekalah yang akan menjadi generasi pelapis untuk memimpin negara di masa akan datang.Oleh itu,Dasar Pendidikan Jepun banyak memberi fokus kepada golongan kanak kanak untuk membentuk mereka menjadi generasi pelapis yang mampu memajukan negara di masa
hadapan. Antaranya adalah :

1.Di Jepun kanak-kanak diajar pada awal sekolah tadika sehingga tamat sekolah tinggi dengan satu mata pelajaran yang dinamakan “Jalan ke arah Akhlak”. Pelajar akan mempelajari akhlak/etika, budaya menghormati orang, integriti dan cara berdepan dengan orang.

2. Tidak ada konsep tidak lulus/failure yang menghalang pelajar untuk naik ke level seterusnya pada awal sekolah rendah sehingga ke peringkat tiga sekolah tinggi , kerana objektif pendidikan di Jepun ialah untuk mendidik, menanamkan konsep dan pembentukan peribadi/watak, bukan sahaja pendidikan dan indoktrinasi (dictation).

Waqaf Saham

3. Walaupun Jepun merupakan salah satu negara terkaya didunia, mereka tidak mempunyai orang gaji (servants) atau pengasuh di rumah walaupun berkemampuan. Ibubapa bertanggungjawab membesarkan dan mengasuh anak anak mereka di rumah agar sentiasa mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup .

4. Mengikut budaya Jepun 80% wanita yang telah berkahwin akan menjadi suri rumah sepenuh masa untuk menguruskan rumah tangga. Manakala si suami akan bekerja untuk menyara keluarga. Duit gaji suami akan dipegang dan diuruskan oleh si isteri untuk perbelanjaan keluarga.

5. Kanak-kanak Jepun diwajibkan membersihkan kawasan sekolah mereka setiap hari selama 20 minit bersama-sama guru mereka. ia dilakukan bagi melahirkan generasi baru yang sederhana, berdisiplin dan menjaga kebersihan.

6. Kanak-kanak di sekolah diwajibkan membawa berus gigi yang telah di “disinfected”/sterilkan, dan mereka membersihkan gigi mereka di sekolah setiap kali lepas makan bagi mengekalkan kesihatan pada usia yang muda.

7. Pada awal pagi, sebelum pelajaran bermula, pelajar dikehendaki melakukan senaman ringan bagi mengelakkan pelajar mengantuk,lebih fokus dalam pelajaran dan mewujudkan gaya hidup yang sihat.

8. Di Jepun, pengusaha kantin sekolah digelar “pakar pemakanan ” kerana mereka perlu menyediakan makanan yang berkhasiat mengikut piramid makanan untuk pelajar. Setiap pekerja kantin wajib menjaga kebersihan, kesihatan dansentiasa memakai uniform khas yang disterilkan.

9. Di Jepun pekerja yang ingin bekerja di sekolah sebagai pengusaha kantin atau pengawal keselamatan sekurang kurangnya mempunyai diploma atau ijazah. Hal ini demi memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk pelajar. Mereka juga diberi gaji lumayan yang setaraf dgn kelulusan mereka.

10. Pengetua sekolah akan memakan makanan pelajarnya setengah jam lebih awal bagi memastikan keselamatan pelajar daripada risiko keracunan. Hal ini kerana pengetua menganggap pelajar adalah masa depan Jepun yang perlu diberi perlindungan.

Gambar: Obama tunduk hormat kepada Maharaja Akihito Jepun.

-Izzat Yusouf-

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.