Dalam sejarah Viking, figura Ragnar Lothbrok adalah seperti Hang Tuah dalam sejarah Melayu. Figura itu wujud, namun ia penuh dengan spesikulasi, legenda dan kontrovesi yang menyelubungi namanya. Peminat drama fiksyen sejarah di saluran History pula tentunya mengenali watak ini dengan jalan cerita penuh epik drama berangkaian terbaik yang pernah dihasilkan, yang secara peribadi menurut saya, hanya Game Of Thrones sahaja menandingi kualitinya dalam genre epik fantasi itu sendiri.

Jadi, siapakah tokoh yang didabikkan sebagai legenda ini sebenarnya? Apa yang telah dilakukan oleh Ragnar Lothbrok dalam sejarah sehingga hari ini, kita masih mendengar namanya dikaitkan dengan kemasyuran dan kehebatan? Semuanya bermula pada abad ke-9 Masihi, di Denmark, tempat peradaban Viking itu berdiri, seorang raja bernama Ragnar Sigurdsson dengan gelaran Ragnor Lothbrok yang membawa maksud “seluar (breeched) yang berbulu atau kotor”. Ini datangnya dari legenda bahawa dia kononnya memakai ular gergasi yang memancutkan bisa.

Ragnar mempunyai tiga orang isteri, Lagertha, Auslaug dan juga Thora Town-hart. Kisah Ragnar bertemu dan para isterinya lalu jatuh cinta adalah menarik untuk diperkatakan. Dari rahim tiga wanita ini nanti akan lahir anak-anak Ragnar yang mencipta nama sehebat ayahnya kelak. Salah satu kisah yang menarik mengenai isterinya ialah kisah yang melibatkan Ragnar dan Lagertha ketika Ragnar dalam misi membalas dendam untuk datuknya yang dibunuh oleh Raja Siward dari Sweden dan merampas kembali Norway dari raja ini. Salah satu daripada tawanan Raja Siward adalah Lagertha yang ditempatkan di rumah pelacuran untuk memalukan Lagertha.

Ketika dalam misi menawan kembali Norway daripada Siward, Ragnar dikatakan telah menyerbu ke dalam rumah pelacuran ini untuk menyelamatkan para wanita termasuk Lagertha. Ketika itu juga, Lagertha dikatakan bertarung bersama dengan Ragnar dalam misi melepaskan diri, sehinggakan dikatakan dalam legenda sebagai “seorang wanita dengan keberanian seorang lelaki yang berlawan tanpa rasa takut.”

Keberanian Lagertha ini membuatkan Ragnar jatuh hati pada Lagertha dan mahu memperisterikan Lagertha. Namun, untuk memiliki cinta Lagertha, bukanlah mudah untuk Ragnar. Ragnar terpaksa membunuh seekor beruang dan juga anjing ketika melindungi rumah Lagertha.

Kalau Lagertha terkenal dengan ketangkasan bertarung dan latar belakang badass, Auslaug pula ialah jelitawan yang bijaksana, juga mempunyai kuasa sakti. Auslaug dikatakan anak kepada watak legenda dalam masyarakat Norse iaitu Sigurd dan Brynhildr. Kejelitana yang dimiliki dan keturunan yang dimiliki oleh Auslaug adalah bonus pada gadis ini.

Ketika anak-anak buah Ragnar bertemu dengan Auslaug, dikatakan bahawa mereka terlupa untuk mengauli tepung untuk membuat roti kerana terpesona dengan kejelitaan yang dimiliki oleh Auslaug. Lalu khabar tentang kejelitaan gadis ini disampaikan pada Ragnar lalu mencetuskan minat Ragnar. Auslaug pun menghadap Ragnar dan berjaya melepasi ujian yang dilepaskan oleh Ragnar ke atasnya. Ragnar akhirnya melamar Auslaug untuk menjadi isterinya.

Dipendekkan cerita, selepas itu Ragnar melawat Eysteinn Beli, yang merupakan wizurai untuk Sweden ketika itu. Ketika berjumpa dengan Beli, Beli telah berjaya memujuk Ragnar untuk mengabaikan Auslaug dan berkahwin dengan anaknya. Perubahan hati Rganar ini sampai ke telinga Auslaug oleh seekor burung yang mempunyai sakti membaca hati Ragnar. Ini memaksa Auslaug mendedahkan keturunannya kepada Ragnar. Auslaug mendedahkan ayahnya ialah hero dalam mitologi Norse yang telah membunuh seekor ular gergasi bernama Fafnir.

Janji Auslaug lagi, anak lelaki mereka akan dilahirkan dengan mata ular. Ia akhirnya berlaku apabila anak lelaki antara persemendaan Auslaug dan Ragnar bernama Sigurd yang digelar Ular-Di-Mata yang lahir dengan simbol ourobors di mata kirinya – lambang ular memakan ekornya sendiri yang berasal dari mitologi Yunani yang melambangkan proses kitaran hidup dan mati.

Sebenarnya bila bercakap tentang Ragnar Lothbrok, kalian tidak akan menjumpai tokoh yang hidup dan mati berkali-kali dalam sejarah, atau sekurang-kurangnya dalam legenda Ragnar itu sendiri. Ia pada tahun 845 Masihi yang dikatakan merupakan detik di mana Ragnar mula berlayar ke dalam realiti sejarah. Pada tahun 845, Ragnar bersama dengan 120 kapal telah mengepung Paris, Perancis melalui Sungai Seine yang mengalir ke Paris.

Dalam serangan ini, Perancis kalah teruk di tangan Ragnar sehingga raja Perancis ketika itu, Raja Charles terpaksa membayar 7000. Ragnar terkenal dengan keupayaan menggunakan taktik blitzkrieg yang melibatkan serangan tiba-tiba ke atas barisan tentera musuh. Dalam versi ini, dikatakan bahawa Ragnar telah menggantung 111 orang pengganut Kristian. Selepas itu, dikatakan bahawa Ragnar telah dijangkiti penyakit yang berbahaya lalu mati selepas itu.

Dalam kisah yang lain pula,  dikatakan bahawa Ragnar telah berkeliaran di perairtan Scotland dan juga Wsteren Isles sebelum akhirnya menetap di Dublin. Dalam kisah ini, dia akhirnya mati pada tahun 852 Masihi di tangan rumpun Scandinavia yang lain du dalam pertempuran dan kisah lain pula, dikatakan bahawa dia mati kerana diseska sehingga mati.

Selain kisah Ragnar mati kerana terkena penyakit selepas menggantung 111 orang Kristian di Paris, terdapat sebuah lagi kisah yang sangat terkenal yang dikaitkan dengan kematian Ragnar itu sendiri. Ini ialah kisah bagaimana Ragnar dicampakkan ke sebuah lubang yang dipenuhi dengan ular-ular berbisa.

Selepas Ragnar dipaksa pulang selepas menjarah Paris, kapal yang dinaiki oleh Ragnar terdampar di Kerajaan Northumbria, England di mana dahulunya pernah diserang dan dijadikan tebusan selama beberapa kali oleh Ragnar. Dibakar oleh api dendam, Raja Aella dari Northumbria telah menangkap Ragnar dan melontarkannya dalam lubang yang penuh dengan ular berbisa. Kononnya selepas dilontarkan ke dalam lubang itu, Ragnar sempat bernyanyi menyatakan bahawa kematiannya akan dibalas dendam oleh anak lelakinya. Dalam versi yang lain pula, kononnya Ragnar mengatakan bahawa “entah bagaimanalah babi hutan kecil itu (nama panggilan untuk anaknya) akan mendengus kalau dia mendengar babi hutan tua ini sedang terseksa.”

Dalam versi lainnya, isteri Ragnar iaitu Auslaug telah memberikan Ragnar baju zirah yang mampu melindungi Ragnar dari bisa ular. Hanya apabila Aella berjaya menanggalkan baju zirah sakti yang dijampi oleh Auslaug itu, barulah Ragnar mampu dibunuh.

Raja Aella telah menghantar utusan untuk memaklumkan kepada anak-anak Ragnar bahawa dia baru sahaja membunuh ayah mereka. Ini membuatkan anak-anak Ragnar telah mengumpulkan Tentea Agung Viking (The Great Viking Army) yang merangkumi gabungan tentera sekitar Denmark dan Sweden lalu menyerang England dan membunuh Raja Aella pada 866 Masihi. Legasi yang ditinggalkan oleh Ragnar ialah bangsa Normandy yang 200 tahun selepas kematiannya, akan menetap di perairan Perancis yang kita kenali sebagai Normandy yang akan menyerang dan menakluk England pada terkemudian harinya.

Rujukan:
Mythologian.net (2014) Ragnar Lothbrok/Lodbrok (Vikings),The Real Story: His Life, Death, Wives and Children
Justin Pollar (2017) The Real Ragnar Lothbrok. Biography.com


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.