Baru-baru ini Elon Musk telah dimahkotakan sebagai manusia yang paling kaya di dunia. Secara tidak langsung, Elon Musk juga memegang takhta sebagai manusia yang paling kaya di Amerika Syarikat. Tapi, pernah ke kita fikir, siapa manusia pertama yang menjadi jutawan di negara Uncle Sam itu?

Kalau kita pernah menyaksikan filem King-Kong, tahukah anda, tapak Bangunan Empire State yang dipanjat oleh Kong itu sebenarnya milik manusia ini. Oh seperkara lagi, kalau anda ke Kuala Lumpur melalui Jalan Bangsar, anda akan perasan sebuah hotel 5 bintang, St Regis yang berhadapan dengan Muzium Negara. Itu sebenarnya salah satu dari warisan John Jacob Astor, jutawan pertama di Amerika Syarikat.

Bagaimana John Jacob Astor boleh menjadi jutawan?

John Jacob Astor merupakan pedagang bulu-bulu binatang. Hasil keuntungan daripada perniagaan tersebut, beliau melaburkannya di dalam beberapa pelaburan hartanah.

John Jacob Astor dilahirkan di Waldorf, Jerman pada 17 Julai 1763. Beliau dilahirkan di dalam keluarga yang miskin. Bapanya, Jacob Astor merupakan seorang penjual daging haiwan. Walaubagaimanapun, Astor tetap menerima pendidikan yang sempurna di sekolah tempatan.

John Jacob Astor

Ketika John berusia 14 tahun, beliau mula membantu bapanya menjual daging. Kemudian, beliau berkelana ke London bagi membantu abangnya selama dua tahun. Pada masa yang sama, John mempelajari bahasa Inggeris dan mengumpul wang untuk ke Amerika Syarikat.

Semasa di dalam pelayaran, kapal yang dinaiki John berlanggar aisberg. (Ironinya, cucu beliau John Jacob Astor IV juga pernah berl4ngg4r dengan aisberg ketika menaiki Titanic, dan beliau m4t1 di dalam tragedi tersebut). Kapal yang dinaiki John tersangkut selama dua bulan.

Pada suatu hari, seorang lelaki Jerman menawarkan kepada John untuk bekerja di dalam sektor perniagaan bulu-bulu haiwan. John tertarik lalu beliau memutuskan untuk menceburi bidang perniagaan bulu-bulu haiwan.

Kapal yang dinaiki John kemudian tiba di Baltimore, Maryland dan John menyambung perjalanan menuju ke New York.  Di New York, John bekerja dengan beberapa peniaga bulu haiwan untuk mencari pengalaman dan mengumpul modal untuk memulakan perniagaan. Setelah mendapat modal yang mencukupi, beliau mula mencari dan menjual sendiri bulu-bulu haiwan.

Di antara tahun 1874-1785,beliau sering berulang-alik ke Barat New York untuk mendapatkan bulu-bulu haiwan untuk tuannya dan untuk dirinya juga sendiri. Untuk mengukuhkan perniagannya, Astor telah membuat satu perjanjian persefahaman dengan sebuah firma perdagangan di London.

Dengan duit yang ada, beliau sering membeli sejumlah barangan dan barangan itu akan diberikan kepada kaum Red Indian. Sebagai balasan, kaum Red Indian memberikan John bulu-bulu haiwan yang terbaik.

John kemudian menumpukan perhatian sepenuhnya kepada perniagaan bulu haiwan kerana beliau percaya, perniagaan ini akan memberikan laba yang banyak terhadap beliau. Di antara 1790 hingga 1808, John berjaya mendapatkan bulu-bulu haiwan sejauh Mackinaw, Michigan yang terletak 886 batu dari New York.

Sebuah cek yang ditandatangani oleh John Jacob Astor

John kemudian mengembangkan perniagaannya ke wilayah Great Lakes yang terletak di sempadan Kanada-Amerika Syarikat moden pada hari ini. Selepas berjaya mencapai persefahaman dengan syarikat penjual bulu di sana, British Northwest Fur Company, John berjaya mendapatkan stok bulu haiwan dari Montreal, Kanada. Menjelang tahun 1809, John merupakan salah seorang saudagar bulu haiwan yang terkenal di Amerika Syarikat.

Selepas peristiwa “Pembelian Louisiana:” pada 1809, John mendapat geran dari kerajaan untuk menubuhkan sebuah kubu dan pelabuhan di muara Sungai Colombia. Kapal-kapal di situ akan pergi ke Eropah untuk menjual barangan bulu haiwan. Pada masa yang sama, John juga turut mendapat hak untuk menjual barangan bulu haiwan di China.

Kubu Astor di SUngai Colombia

Walaupun kubu itu akhirnya menjadi sebuah kota, perniagaan itu nampaknya gagal. John kemudian mengalihkan fokusnya untuk menguasai perniagaan bulu haiwan di seluruh rantau Amerika Utara. John menyokong penuh tindakan kerajaan Amerika Syarikat untuk syarikat asing bertapak di dalam perniagaan bulu haiwan di sana.

Oleh itu, menjelang 1820an, John merupakan satu-satunya pedagang yang menjual bulu haiwan bagi wilayah Amerika Utara. John juga berjaya menguasai kesemua wilayah Great Lakes dan sebahagian besar Tanah Besar Mississippi. Pada masa yang sama, John menumpukan perhatian untuk menjual barangan dari Eropah dan China. John turut terlibat di dalam penyeludupan c4ndu ke China.

Pada tahun 1834, John mengambil keputusan untuk bersara dari bidang perniagaan. Beliau turut menjual segala pemilikannya di dalam syarikat dan melaburkannya di dalam sektor hartanah di sekitar New York City dan Manhattan.

Manhattan kini. Sebahagian besar tanah di Manhattan dimiliki olej John Jacob Astor.

Di dalam bidang kemasyarakatan, Astor juga merupakan salah seorang dari ahli Freemason. Beliau pernah dilantik sebagai Bendahari Agung Grand Lodge Mason Of New York. Pada 29 Mac 1848, beliau kembali ke negeri cacing pada usia 84 tahun.

Di saat pemergiannya, Astor dinobatkan sebagai jutawan pertama di Amerika Syarikat. Beliau meninggalkan sejumlah harta beranggaran sebanyak 20 Juta US Dollar. Jika dikira pada nilai hari ini, hartanya dianggarkan berjumlah 650 Juta US Dollar.

Sebuah keratan mengenai kekayaan keluarga Astor

Kekayaan John tidak terhenti begitu saja, cicitnya, John Jacob Astor IV juga merupakan salah seorang lelaki terkaya di dunia dan beliau merupakan lelaki terkaya yang mavt di dalam tragedi Titanic. Sehingga ke hari ini, keturunan Astor banyak terlibat di dalam sektor perniagaan, korporat dan industri berat di rantau Amerika Syarikat.

RUJUKAN:

John Jacob Astor Biography. (n.d.). Retrieved January 13, 2021, from https://www.notablebiographies.com/An-Ba/Astor-John-Jacob.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.