Keh4ncuran Perpustakaan Agung Iskandariah diratapi sebagai salah satu kehilangan terbesar dunia purba. Hal ini kerana perpustakaan tersebut menyimpan hampir sejuta dokumen yang dikumpulkan dari Assyria, Greece, Parsi, Mesir, India dan banyak lagi tamadun agung yang wujud pada masa itu. Walaupun sehingga kini tiada sebarang tinggalan arkeologi dapat ditemui, rekod tentang kewujudannya banyak tersimpan dalam catatan-catatan sejarah purba.

KOTA ISKANDARIAH SEBAGAI PUSAT KEILMUAN

Iskandariah, salah sebuah bandar terkemuka di dunia purba, ditubuhkan oleh Alexander Agung sejurus selepas beliau berjaya menakluki Mesir pada tahun 332 Sebelum Masihi. Selepas kemangkatannya di Babylon pada tahun 323 SM, Mesir diambil alih oleh salah seorang orang kanannya, iaitu Ptolemy. DI bawah pemerintahan Ptolemy, kota Iskandariah membangun pesat sehingga berupaya menggantikan kedudukan Memphis sebagai ibu kota Mesir.

Walau bagaimanapun, tiada dinasti yang mampu berdiri lama tanpa sokongan daripada rakyat jelata. Keadaan sebegini cukup difahami oleh raja-raja Dinasti Ptolemy. Oleh kerana itu, raja-raja awal dinasti berkenaan berusaha untuk mengukuhkan kekuasaan mereka dengan melaksanakan pelbagai cara, antaranya seperti penggunaan gelaran firaun, memperkenalkan kultus Serapis yang dicampuri dengan pengaruh Yunani-Rom, dan menaungi bidang keilmuan (ini juga salah satu cara untuk memperagakan kekayaan kerajaan). Naungan terhadap bidang keilmuan inilah yang kemudiannya mendorong kepada penubuhan Perpustakaan Agung Iskandariah.

Kurun berganti kurun, Perpustakaan Iskandariah meraih kemasyhuran sebagai salah sebuah perpustakaan paling besar dan paling signifikan di dunia purba. Ramai pemikir ulung, saintis, ahli matematik, dan penyair dari seantero datang mengunjungi perpustakaan tersebut sekaligus mendorong kepada berlakunya pertukaran ilmu.

Sebanyak 700 000 lembaran mahupun manuskrip memenuhi rak-rak yang ada di dalam perpustakaan tersebut. Namun, segalanya musnah dalam sebuah tragedi – tragedi yang dianggap paling besar dalam dunia akademik. Tragedi ini secara efektif menghilangkan nama Perpustakaan Iskandariah dari lembaran sejarah dan sejarahwan sehingga kini masih belum berupaya mengenal pasti punca sebenar berlakunya bencana ilmu itu.

Perpustakaan Agung Iskandariah

TEORI 1: JULIUS CAESAR

Mungkin, salah satu catatan paling menarik tentang keh4ncuran Perpustakaan Iskandariah datang daripada catatan penulis-penulis Rom. Menurut mereka, perpustakaan itu secara tidak sengaja dih4ncurkan oleh Julius Caesar semasa berlakunya pengepungan ke atas Iskandariah pada tahun 48 SM. Plutarch sebagai misal, menulis sebagaimana berikut:

“Semasa musuh cuba melangsaikan armadanya (Julius Caesar), beliau terpaksa menghindarkan bahaya dengan menggunakan senjata api dan api ini kemudiannya tersebar hingga ke limbungan dan marak memb4kar perpustakaan agung itu.” [Plutarch, The Life of Julius Caesar, 49.6]

Walau bagaimanapun, catatan ini agak meragukan kerana Musaeum (atau Mouseion) di Iskandariah, yang lokasinya betul-betul di sebelah perpustakaan tidak pula mengalami sebarang kerosakan, sebagaimana yang disebutkan oleh Strabo kira-kira 30 tahun sesudah berlakunya pengepungan itu. Apapun, Strabo sendiri tidak langsung menulis perihal Perpustakaan Iskandariah dan hal ini dilihat oleh sebahagian pihak sebagai menyokong dakwaan bahawa Caesar bertanggungjawab di atas keh4ncurannya.

Pun begitu, memandangkan Perpustakaan Iskandariah bersambung dengan Musaeum dan Strabo sememangnya ada menulis tentang Musaeum, maka besar kemungkinan perpustakaan tersebut masih wujud pada era Strabo. Beliau mungkin sengaja tidak menyebut perihal Perpustakaan Iskandariah kerana berasa tidak perlu memandangkan beliau sudah pun menulis tentang Musaeum.

Mungkin juga kerana perpustakaan itu sudah tidak berfungsi sebagai pusat keilmuan sepertimana sebelumnya (dan kemungkinan ini seterusnya menuding kepada faktor pemotongan bajet). Selain itu, ada pula ilmuwan yang mengandaikan bahawa apa yang dih4ncurkan oleh Julius Caesar bukanlah perpustakaan, sebaliknya gudang-gudang tempat menyimpan manuskrip yang berada berhampiran pelabuhan.

TEORI 2: PENGANUT KRISTIAN

Kemungkinan kedua yang menjadi penyebab kepada keh4ncuran Perpustakaan Iskandariah adalah penganut Kristian. Pada tahun 391 Masihi, Maharaja Theodosius mewartakan sebuah titah yang secara rasmi mengharamkan sebarang amalan pagan. Oleh kerana itu, Serapeum atau Kuil Serapis yang terletak di Iskandariah dih4ncurkan dan diubah menjadi Gereja Kristian.

Diandaikan banyak dokumen penting telah musnah disebabkan perubahan ini. Memang benar, kuil ini menyimpan kira-kira sepuluh peratus dari jumlah keseluruhan dokumen yang ada dalam simpanan Perpustakaan Iskandariah. Walau bagaimanapun, hipotesis ini secara tidak langsung menyimpulkan bahawa bangunan yang dih4ncurkan itu bukanlah sebuah perpustakaan, sebaliknya kuil.

Malahan, tiada sebarang sumber kontemporar yang merekodkan perihal mana-mana perpustakaan pada era ini. Oleh kerana itu, tiada bukti kukuh untuk menyabitkan penganut Kristian kurun ke-4 Masihi sebagai punca keh4ncuran Perpustakaan Iskandariah.

TEORI 3: MUSLIM

Kemungkinan terakhir yang diutarakan oleh sejarahwan adalah umat Islam, atau secara lebih mengkhusus, Khalifah ‘Umar al-Khattab. Menurut sebuah kisah, ‘Amru ibn al-‘As (gabenor di Mesir) ditanya oleh seseorang tentang buku-buku yang tersimpan dalam sebuah perpustakaan diraja. ‘Amru kemudian mengutus surat kepada ‘Umar bagi mendapatkan khidmat nasihat. Khalifah ‘Umar membalas:

“Jika buku-buku tersebut bertepatan dengan al-Qur’an, kita tidak memerlukannya. Jika ia bertentangan dengan al-Qur’an, lupuskannya.”

Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya terdapat dua keraguan dalam kisah ini. Pertama, kisah ini hanya menyentuh tentang pelupusan buku dan bukannya struktur perpustakaan itu sendiri. Kedua, kisah ini ditulis oleh seorang Kristian dari Syria sekali gus kisah ini berkemungkinan direka bagi memburukkan imej Khalifah ‘Umar.

MISTERI YANG KEKAL MENJADI MISTERI

Malangnya, lingkungan arkeologi tidak berupaya memberikan sumbangan ketara dalam merungkai misteri ini. Pertama, lembaran papyrus agak sukar ditemui di Iskandariah, di mana hal ini mungkin didorong oleh faktor cuaca yang tidak sesuai dengan pemeliharaan bahan organik itu.

Kedua, puing runtuhan Perpustakaan Iskandariah itu sendiri tidak pernah ditemui. Hal ini mungkin disebabkan oleh keadaan bandar Iskandariah yang masih dihuni dan ahli-ahli arkeologi hanya dibenarkan untuk menjalankan kerja-kerja ekskavasi yang bertujuan menyelamatkan sesebuah tapak (bukannya meneroka sesebuah tapak).

Sememangnya mudah bagi kita untuk meletakkan tanggungjawab ke atas seseorang atau sekumpulan manusia sebagai punca keh4ncuran perpustakaan teragung dunia purba itu. Namun, jika dilihat daripada suatu sudut yang berbeza, wujud kemungkinan berlakunya senario yang lebih sederhana iaitu perpustakaan ini mungkin tidaklah h4ncur disebabkan oleh keb4karan. Akan tetapi, ia ditinggalkan.

Seandainya salah satu tujuan pembinaan perpustakaan ini adalah untuk memperagakan prestij dan kekayaan Dinasti Ptolemy, maka kemundurannya juga mungkin ada kaitan dengan keruduman ekonomi. Memandangkan Dinasti Ptolemy sememangnya mengalami kejatuhan secara bertahap selama beberapa kurun, maka wujud kemungkinan keadaan itu turut menjejaskan Perpustakaan Iskandariah sehingga lama-kelamaan, signifikasinya dibayangi oleh kota Rome yang mengambil-alih kedudukan sebagai pusat dunia purba yang baru.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (2 Jun 2019). Who Destr0yed the Great Library of Alexandria? Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/ancient-places-africa-history-important-events/destruction-great-library-alexandria-001644


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.