Musim “primary” pilihanraya presiden (pilpres) tahun 2020 sudah bermula di US. In case korang tak biasa dengan politik US, primary ialah sebahagian daripada proses pilpres US.

Selepas setahun berkempen, ahli parti Democrat dan Republican di setiap negeri masing-masing akan mengadakan pemilihan untuk menentukan siapa yang mereka rasa layak sebagai calon presiden (capres) yang muktamad.

Pemilihan ini dipanggil “primary” (kalau yang kecil dipanggil “caucus”). Selepas pemilihan dibuat di semua 50 negeri dan juga Washington DC (ibu negara US), calon yang dapat undian tertinggi akan dicalonkan sebagai capres (presidential nominee).

50 negeri US.

Proses ni memakan masa 5 bulan. Primary tahun 2008 menyaksikan persaingan sengit antara Hillary Clinton dan Barack Obama. Tahun 2016 pula antara Clinton dan Bernie Sanders.

Disebabkan Trump masih layak untuk satu penggal, jadi tiada pencabar kepada Trump untuk Republican primary tahun ini. Maka fokus media sekarang ialah Democrat yang sedang mencari-cari capres yang mampu menewaskan Trump pada 3 November nanti.

Biasanya aura capres dah boleh nampak dalam dua primary pertama. Primary Democrat tahun 2008, Obama menang Iowa, Clinton menang New Hampshire.

Tahun 2016, Clinton menang Iowa, Sanders menang New Hampshire. Primary Republican tahun 2016, Trump dapat no. 2 di Iowa dan menang New Hampshire.

Selepas ni primary akan menyusul di Nevada (22 Februari) dan South Carolina (29 Februari), diikuti oleh “Super Tuesday” (3 Mac) di mana 14 negeri akan mengadakan primary secara serentak.

Kalau tak perform juga selepas Super Tuesday dah boleh berundur diri dan say goodbye kepada jawatan presiden.

Kalau berdasarkan dua primary yang diadakan setakat ini, Sanders lah capres Democrat gayanya. Kat Iowa dapat no. 2 (kalah tipis kepada Pete Buttigieg), kat New Hampshire menang.

 

Cuma masalah dengan Sanders ni dia seorang “democratic socialist” (disebabkan orang US tak suka perkataan sosialis, Sanders juga dipanggil “progressive”).

Dia janjikan pendidikan percuma, cukai lebih tinggi ke atas orang kaya, dan menentang perjanjian perdagangan bebas seperti TPP.

Jadi taikun-taikun Wall Street yang merupakan penyumbang dana utama Democrat tak minat dengan dia.

Sebab itu dari awal lagi bos-bos Democrat lebih cenderung mengangkat Joe Biden, bekas naib presiden di zaman Obama. Tapi Biden ni walaupun veteran politik dan bekas naib presiden, karakternya boring nak mampus.

Dah banyak kali Biden cuba nasib nak jadi capres tapi semua tak berjaya sebab tak ada orang nak undi dia.

Dan untuk kali ini pun Biden dah basically boleh say goodbye. Iowa dapat no. 4, New Hampshire pun dapat no. 5 je. Elizabeth Warren punya dasar dan Sanders lebih kurang, tapi orang lebih suka Sanders.

Bukan seksis, cuma Warren punya muka tu garang nak mampus macam orang berhutang $5 trilion dengan dia, macam mana nak tunaikan janji hapus hutang pengajian pelajar universiti. Tengok muka dia lagi stress daripada tengok Trump.

Buttigieg dan Amy Klobuchar pula memang tak dikenali, nama pun berbelit-belit nak sebut. Malah Buttigieg pun tak dapat sambutan di kalangan “snowflakes” dan “social justice warrior” (SJW) yang mendominasi Democrat.

Euww.

Buttigieg tu gay, kahwin dengan lelaki tapi golongan ini kata dia “tak cukup gay” sebab masuk tentera (lambang “masculinity” yang sangat dibenci oleh SJW feminis). Nak gay macam mana lagi aduh.

Dan Buttigieg suka bagi ceramah Kristian, kira gay beriman lah, lagilah snowflakes yang anti-agama bertambah triggered.

Jadi sekarang ramai Democrat yang tak suka Sanders bergantung harapan kepada Michael Bloomberg. Bloomberg lambat buat pengumuman nak bertanding, jadi dia tak take part dalam sesi primary awal-awal ini, nanti Super Tuesday baru dia masuk.

Bloomberg ialah bekas Datuk Bandar New York dan bilionaire terkenal, pengasas Bloomberg News. Harta peribadi $60 bilion, 20 kali ganda daripada Trump ($3 bilion).

Tapi pilpres bukan lawan siapa lebih kaya, kalau tak dah lama Bill Gates bertanding.

 

Nak menang pilpres US kena ada personal branding dan positioning. Trump boleh menang bukan semata-mata kaya tapi dia tau crowd apa yang dia nak tarik.

Dia tau ramai pengundi atas pagar terdiri daripada blue-collar workers yang tak puas hati dengan dasar ekonomi liberal yang didukung oleh dua-dua Democrat dan Republican.

Dia pun tahu golongan konservatif memerlukan seorang ikon yang cukup mulut laser dan hati kering untuk langgar budaya “political correctness” snowflakes dan SJW.

Maka Trump memposisikan diri sebagai seorang populis yang nasionalis dari segi ekonomi dan konservatif dari segi nilai.

Bloomberg pula jenis skema dan tipikal, bergaul dengan elit-elit saja. Gaya pun terlalu bossy macam bos tunggu pencen yang korang jumpa dalam office.

Pengalaman, pengaruh, network semua ada, cuma tak ada karakter dan karisma yang boleh mencetuskan movement macam Obama dan Trump atau Sanders (Sanders ni idola orang muda-mudi, pendidikan percuma kot).

Jadi Democrat sekarang memang cacamarba habis. Nak cabar Trump jauh sekali. Kemungkinan Trump untuk sambung lagi 4 tahun jadi semakin tinggi.

Kalau korang masih risau Trump akan cetuskan WW3 buat dunia huru hara, eloklah simpan stok Maggi bermula dari sekarang.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.