Siapa Sebenarnya Yang Tertindas Di Tanah Melayu

1,213

Saya memang tak suka sangat nak cakap pasal isu perkauman. Sebab saya tahu akhir sekali, saya sendiri akan terpalit. Kita semua rakyat Malaysia yang hidup dalam pelbagai kaum. Kecuali, isu tersebut mempertikaikan tentang kedudukan sesuatu bangsa terutama bangsa saya sendiri.

Walaupun ada kempen BMF. Saya tak pernah terjebak pun dengan kempen tersebut.

Tapi, kalau UiTM disentuh dan menuduh bahawa kaum-kaum bukan-Bumiputera tertindas akibat penubuhan UiTM. Saya memang tak boleh duduk diam. UiTM tempat saya belajar dan dengan pendidikan yang saya habiskan di UiTM yang isi perut saya sekarang ini.

Persoalannya: Siapakah yang tertindas di Malaysia ini?

Penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu bermula dari tahun 1880 hingga kemuncak dalam lingkungan tahun 1940. Penghijrahan adalah akibat daripada bermula peperangan saudara di China antara Chiang Kai-Shek(Blok Sosialis) dan Mao Zedong (Blok Komunis) dari tahun 1927 – 1950.

Peperangan tersebut telah mengakibatkan ramai rakyat di China mati dan terpaksa berhijrah ke negara-negara lain demi menyelamatkan diri masing-masing

Tanah Melayu (Sekarang: Malaysia) antara negara yang menerima penghijrahan orang Cina apabila British memerlukan buruh dalam aktiviti perlombongan.

# Gambar 1
Jumlah penghijrahan orang China ke Tanah Melayu dari tahun 1992 adalah seramai 912,861 orang. Tahun 1926 (setahun sebelum perang saudara) di China adalah tahun teramai Tanah Melayu menerima orang China ke Tanah Melayu iaitu seramai 228,285 orang.

Kebanyakan mereka ini ditempatkan di kawasan-kawasan perlombongan yang sekarang ini merupakan bandar-bandar yang besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh.

Walaupun mereka telah berhijrah ke Tanah Melayu ketika itu. Mereka masih mengirimkan duit ke China untuk saudara-saudara mereka di sana.

# Gambar 2
Mengikut anggaran pengiraan yang dibuat oleh Bank of China. Jumlah wang yang dikirim adalah hampir 2.09 juta yuan (Lebih kurang RM 1.2 juta untuk sekarang ini).

Jumlah paling tinggi adalah pada tahun 1932 iaitu sebanyak 320,000 yuan. Wang-wang ini dikirim oleh buruh-buruh China kepada keluarga mereka di China demi kelangsungan kehidupan mereka yang sedang berperang antara saudara ketika itu.

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

British yang merupakan penjajah di Tanah Melayu telah menjalankan dasar ‘pecah dan perintah’ ke atas kaum-kaum di Malaysia ketika itu. Orang Melayu diletakkan di ceruk-ceruk kampung. Buruh-buruh China ditempatkan di kawasan-kawasan perlombongan. Buruh India diletakkan di ladang-ladang getah.

Aktiviti-aktiviti ekonomi yang dilakukan oleh orang-orang Melayu ketika itu adalah perikanan dan pertanian. Nilai ekonomi dalam pertanian dan perikanan lebih rendah berbanding aktiviti perlombongan dan perladangan.

Bayangkan dari tahun 1922 kaum Cina sudah menerima ‘keistimewaan’ hidup di bandar. Menerima pelbagai fasiliti dan kemudahan yang British bina ketika itu. Menikmati pendapatan yang lebih lumayan dalam perlombongan.

Kalau nak kira keistimewaan yang diterima oleh kaum Cina. Kaum Cina menerima ‘keistimewaan’ lebih lama daripada kaum Melayu dengan hidup di bandar-bandar besar. Sekarang ini, populasi di bandar-bandar besar seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Georgetown dan lain-lain mempunyai bilangan kaum Cina yang lebih ramai daripada kaum Melayu.

Kalau kita kira tempoh masa siapa yang lebih lama menikmati ‘keistimewaan’. Orang Cina lebih lama menerima keistimewaan selama 98 tahun. Tempoh masa orang Melayu menerima keistimewaan apabila UiTM(Ketika itu RIDA) ditubuhkan pada tahun 1956 hingga sekarang 2020 adalah 64 tahun.

Keistimewaan yang diterima oleh kaum Cina adalah lebih lama iaitu 98 tahun dengan hidup di bandar. Pastinya kehidupan di bandar lebih banyak memberikan pendapatan lumayan berbanding di kampung.

Anak-anak orang Melayu ingin mendapatkan pelajaran di UiTM supaya dapat bersaing di bandar-bandar besar di tanah air sendiri pun dipertikaikan.

Tempoh keistimewaan
Orang Cina | 2020 – 1922 = 98 tahun
Orang Melayu | 2020 – 1956 = 64 tahun

Persoalannya yang perlu dijawab? Siapa yang lebih ‘istimewa’?

Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda jawab sendiri.

RUJUKAN:

T.K.D Wong., K.C. Cheong., K.H. Lee. (2018) The Chinese Oversea in Malaysia in an Era of Change. Universiti of Malaya Press.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.