Sebuah tanah perkuburan yang dipercayai merupakan makam milik Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin telah ditemui bersama dengan beberapa lagi kubur yang dipercayai milik Sultan Kedah ke-19 Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II dan permaisurinya, Tunku Puteri Almarhum Tunku Ishak, ditemukan di Anak Bukit yang dipercayai berusia sekitar 239 tahun.

Siapakah Sultan Muhammad Jiwa II dalam sejarah ini sebenarnya? Kenapa penemuan makam beliau sangat besar dalam sejarah? Perkenalkan secara ringkas dalam artikel ini, beliau merupakan, kalau tidak keterlaluan, salah satu daripada sultan terbaik dalam sejarah Kedah yang dapat dijejak sekurang-kurangnya ke 1136 lagi.

Kenapa saya dakwakan beliau sebagai sultan yang terbaik? Selain daripada raja Melayu paling lama bertakhta di atas takha dalam sejarah Melayu sendiri, dan antara paling lama di dunia selama sekitar 68 tahun, beliau merupakan seorang penakluk yang hebat.

Memerintah pada tahun 1710 hingga 1778 dan beliau membuka dua kota pemerintahan iaitu di Kota Setar dan Anak Bukit, empayar Kedah ketika itu boleh dijejak ke sempadan Siam dan Burma hari ini dari Pulau Ujong Salang (JunkCeylon/Puket) ke Tongka, Takuapa, Ranong di kawasan Segenting Kra hingga ke Pulau Dua (Victoria Point), Mergui, Tavoi dan Martaban (Moulmein) di Tenggara Burma. Sudah tentu, perluasan kuasa ini adalah sudah tentu hasil usaha salah seorang orang kanan Sultan Muhammad Jiwa iaitu Tunku Anjang yang telah dilantik sebagai “Raja Laut” dengan gelaran “Maharaja Di Raja Segera.”

Sampai sini sahaja penjelasan ringkas mengenai raja hebat Kedah ini, InsyaALLAH pada masa yang akan datang, kita akan membaca maklumat yang lebih mendalam mengenai raja hebat orang Melayu ini!

Bacaan Lanjut:

  1. Mior Ahmad Noor Mior Hamzah (2002) Kesultanan Kedah: Satu Pengenalan Ringkas Wilayah Dan Jiran-jirannya. 

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply