Pagi 18 April merupakan detik masa yang agak penting buat operasi Amerika Syarikat. Pakar-pakar kriptoanalisis telah memecahkan penyulitan dokumen musuh tentang Laksamana Isoroku Yamamoto. Beliau didapati mempunyai perancangan teliti untuk melonjakkan semula semangat Jepun setelah tewas di Guadalcanal pada tangan Amerika Syarikat. Maka beliau mengambil keputusan untuk berada di Pasifik Selatan. Namun perjalanan beliau telahpun diketahui musuh. Meskipun diberikan amaran oleh komander tempatan, Yamamoto tetap menaiki kapal Mitsubishi G4M.

Kapal tersebut terhempas setelah diserbu 16 jet P-38 di Bougainville. G4M yang hanya mempunyai enam jet Zero tidak berjaya diselamatkan. Dan pemergian Yamamoto memberikan kesan besar kepada semangat Jepun. Inilah kali terakhir Amerika Syarikat bertindak terhadap nyawa pegawai tertinggi dalam hierarki sebuah negara – 18 April 1943; setelahnya, meskipun bertelagah dengan Kesatuan Soviet, Lubnan, Cuba, Vietnam dan banyak lagi. Malah pada tahun 1986 pun, Amerika Syarikat tidak berjaya menyer4ng di Libya yang sasarannya ialah Muammar Gaddafi.

Disebabkan itulah pembvnvhan Mejar Jeneral Qasem Soleimani di Baghdad merupakan suatu tindakan drastik yang tiada presiden sejak Franklin D. Roosevelt sehingga Barack Obama inginkan. Membvnvh seorang jeneral yang merupakan ketua besar bahagian bertanggungjawab dalam operasi sulit dan luar wilayah boleh mendatangkan musibah juga. Namun Soleimani meskipun mempunyai wajah ceria jauh sekali seorang yang suci dalam debu. Pada Mac 2007, beliau sudahpun dimasukkan dalam senarai individu untuk disekat berdasarkan Majlis Keselamatan PBB Resolusi 1747.

Beberapa tahun kemudian, sekatan ditambahkan terhadapnya yang turut tergolong nama Bashar al-Assad. Nama beliau pun disenaraikan sebagai seorang pengg4n4s yang salah disisi undang-undang bagi seorang Amerika untuk bekerjasama dengannya. Namun uniknya sama seperti Os4m4 bin L4d3n, Amerika Syarikat sendiri pernah bekerjasama dengan Soleimani semasa menentang T4l1b4n dan kemudiannya ISIL (Blake, 2019).

Kem4tian Soleimani sangatlah penting buat Amerika Syarikat dan Iraq pun sebenarnya. Sejurus sahaja jen4z4hnya dikenalpasti dengan mendapati sebentuk cincin, seluruh dunia bergegaran. Pasaran saham dan juga harga bahan api global pun diganggu juga. Apabila Ali Khameini mengisytiharkan tiga hari perkabungan, ribuan rakyat Iran membanjiri jalanan untuk membantah pembvnvhan ini dengan Hezbollah berazam untuk memb4l4s d3nd4m (Turak, 2020).

Jelas sekali nilai sosok tubuh Soleimani dihargai Iran dan sekutunya. Walaupun operasinya sulit, beliau memberikan komitmen 20 tahun kepada Angkatan Ketenteraan Iran. Akses dan kepakaran diperolehi daripada pengalaman ini membuatkan dirinya seperti selebriti pun, apabila beliau dikenalpasti sebagai perancang tegar Iran terhadap proksi-proksi ISIL di Tanah Syam. Maka apa yang dikenali sebagai “aktiviti sulit” oleh Iran walaubagaimanapun diherdik sebagai “kegiatan haram” oleh pentadbiran Donald Trump, selepas ser4ng4n terhadap kedutaan Amerika Syarikat di Iraq.

Soleimani boleh dikatakan lebih utama bagi Amerika Syarikat berbanding Os4m4 sendiri. Beliau diberikan kepercayaan mutlak oleh Khameini.

Seorang inilah mempunyai akses besar di Iran, yang mana “kegiatan haram”nya boleh mencetuskan masalah diplomasi dan kedaulatan pun. Maka Soleimani dengan kesulitan dikuasainya senang kata seorang tuan boneka/pembidak catur. Pangkat dan darjat ketenteraannya bagi Iran adalah sama dengan Mark A. Milley (Pengerusi Ketua Turus Bersama (JCS)) dan Gina Haspel (Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA)).

Maka Amerika Syarikat memulakan tahun dengan pembvnvhan jauh lebih bermakna daripada tahun lepas apabila mereka membvnvh Abu Bakar al-Baghdadi. Dimana Obama hanya mempunyai seorang nama (Os4m4), Trump sekarang telah mendominasi dengan dua nama berdasarkan kepentingan strategik. Soleimani sebenarnya lebih berbahaya berbanding Hassan Rouhani sendiri, yang mana jawatannya telah meragut 600 nyawa Amerika di Iraq sejak 2003 (Rempfer, 2019).

Soleimani memastikan hubungan pasukan Quds (Iran) bersama kumpulan-kumpulan proksi lain berada dalam keadaan mapan, dengan menguruskan logistik, nasihat dan urusan ketenteraan. Karisma membuatkannya seorang agen kekacauan di mana-mana beliau beroperasi. Pengaruh Iran di Iraq boleh dikatakan mempunyai tandatangannya. Pengaruh Iran di Syria pun begitu juga. Jarinya berada pada banyak butang yang melancarkan segala perkara.

Maka jika penggantinya Esmail Ghaani gagal mengikuti kemahirannya, senang kata kepala Iran telahpun dip3ngg4l Trump.

RUJUKAN:

Blake, A. (2020, January 3). When the United States and Qasem Soleimani worked together. Retrieved from https://www.google.com/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=3&cad=rja&uact=8&ved=2ahUKEwin2q7O9evmAhWLILcAHS48AvUQFjACegQIAxAB&url=https%3A%2F%2Fwww.washingtonpost.com%2Fpolitics%2F2020%2F01%2F03%2Fwhen-united-states-qasem-soleimani-worked-together%2F&usg=AOvVaw3z2cT0IF6xrebXxU7T3I8o

Rempfer, K. (2019, April 4). Iran (disaringkan) more US troops in Iraq than previously known, Pentagon says. Retrieved from https://www.militarytimes.com/news/your-military/2019/04/04/iran-(disaringkan)-more-us-troops-in-iraq-than-previously-known-pentagon-says/

Turak, N. (2020, January 3). ‘The puppet master is d34d’: Iranian Gen. Qasem Soleimani’s power, and why his d34th is such a big deal. Retrieved from https://www.cnbc.com/2020/01/03/who-was-iranian-general-qasem-soleimani-and-why-his-(disaringkan)-matters.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.