Siapa Pengganti Shinzo Abe?

867

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Shinzo Abe letak jawatan sebagai PM Jepun pada Jumaat lepas atas faktor kesihatan. Parti pemerintah iaitu Parti Demokratik Liberal (LDP) sekarang perlu memilih presiden parti yang baharu sebagai PM sehingga PRU seterusnya (perlu diadakan sebelum Oktober 2021).

Abe memang ada penyakit usus yang kronik. Malah kali pertama Abe letak jawatan (September 2007) pun atas sebab yang sama, padahal baru setahun jagung jadi PM waktu tu.

Lepas berehat 5 tahun baru dia buat comeback memimpin LDP menang PRU 2012 dan jadi PM ever since, mencatat rekod sebagai PM Jepun yang paling lama memerintah.

Tapi mungkin sebab stress pasal COVID keadaan dia makin teruk sampai muntah darah dalam pejabat, so terpaksalah berundur.

Peletakan jawatan Abe tak akan membawa kepada PRU disebabkan LDP masih pegang majoriti parlimen. Berbeza dengan Peristiwa 2.24 Malaysia di mana bukan saja PM letak jawatan malah parti komponen keluar dari blok kerajaan, menyebabkan kehilangan majoriti.

Peletakan jawatan Abe tak akan membawa kepada PRU disebabkan LDP masih pegang majoriti parlimen. Berbeza dengan Peristiwa 2.24 Malaysia di mana bukan saja PM letak jawatan malah parti komponen keluar dari blok kerajaan, menyebabkan kehilangan majoriti.

PRU yang seterusnya perlu diadakan sebelum Oktober 2021. Jadi PM baharu ni bertahan setahun saja. Pemilihan akan diadakan sebelum 15 September, so by hujung September dah ada kabinet baharu.

Setakat ini dah ada 4 orang mengumumkan akan bertanding dalam pemilihan presiden LDP: Shigeru Ishiba (bekas setiausaha agung LDP), Fumio Kishida (bekas menteri luar), Yoshihide Suga (ketua setiausaha kabinet, menteri paling kanan) dan Hakubun Shimomura.

TPM Aso tak bertanding. Dah tua sangat. Lagi pun dia dah pernah rasa jadi PM pada 2008-2009, so pandai-pandai lah bagi peluang kat kohai (junior). Dan sebab Aso lah LDP kalah PRU 2009, so orang LDP tak berapa kenan dengan Aso.

Ikon belia, Shinjiro Koizumi (anak mantan PM Junichiro Koizumi, mentor Abe) pun tak bertanding. Sebab dia sedar diri muda sangat (39 kat Jepun kira muda jagung), bagi lah senpai (senior) jalan dulu. Kalau gelojoh kang orang perli anak papa.

Itu kelebihan orang Jepun, tak kira tua muda semua pandai bawak diri. Yang tua tak berlagak tua, yang muda tak berlagak muda.

Kalau di peringkat akar umbi, Ishiba adalah calon paling popular. Sebelum ni dia dah 2 kali cabar Abe untuk jawatan presiden (2012 dan 2018), tapi dua-dua kali pun kalah.

Sebab politik ni bukan pasal populariti semata-mata tetapi juga melibatkan kepentingan. Tu beza antara Akademi Fantasia dan politik. Dalam LDP ada banyak kumpulan kepentingan atau “habatsu” atau factions. Kau nak jadi pemimpin parti kena dapat sokongan majoriti faction.

Faction terbesar ialah Seiwa Seisaku Kenkyukai, diikuti oleh Shikokai yang dipimpin oleh Aso, Heisei Kenkyukai yang dipimpin oleh Wataru Takeshita, Kochikai yang dipimpin oleh Fumio Kishida dan Shisuikai yang dipimpin oleh Toshihiro Nikai.

Factions ni dah wujud sejak penubuhan LDP pada tahun 1955. Kau masuk LDP kau kena join salah satu faction, then kau akan naik bawah faction. Lepas kau jadi pemimpin faction, baru faction akan pertaruhkan kau jadi pemimpin LDP.

Nampak rigid tapi itulah budaya politik orang Jepun sejak zaman dulu lagi. Samurai kena ikut seorang daimyo sampai mati.

Bukan LDP je tapi parti-parti lain pun ada faction. Orang menyampah dengan ahli politik yang lompat-lompat parti dan tukar-tukar faction macam Yuriko Koike sebab anggap tak ada loyalty. Abe dari faction Seiwa. Ayahnya pun dari faction yang sama, so bila Abe join politik dari dulu orang dah jaga dia elok-elok groom dia jadi pemimpin.

Dan Abe boleh jadi PM dengan begitu lama pun sebab kebolehannya untuk mengimbangi kuasa antara factions dalam LDP. Dia tak pentingkan faction sendiri je, tapi dia kawtim dengan faction lain, so semua orang happy dengan Abe.

Ishiba pula lone ranger, tak ikut faction lama tapi buat faction baharu bernama Shuigetsukai. Tapi ahli faction setakat 20 orang je, pengaruh kurang.

Suga (bukan Suga BTS) pun tak ada faction, lebih kepada teknokrat. Tapi disebabkan dia adalah right-hand man Abe selaku menteri paling kanan, maka factions yang sokong Abe akan beri undi kepada Suga, terutamanya yang merupakan Nikai yang merupakan Setiausaha Agung parti.

Dalam keadaan Jepun masih berdepan dengan krisis COVID dan ekonomi, Suga dilihat orang yang paling sesuai untuk meneruskan legasi Abe.

Plus Suga ada hubungan baik dengan Komeito, parti rakan LDP dalam parlimen. Pemilihan Suga akan dapat memperbaiki dan memperkukuhkan muafakat LDP-Komeito yang makin shaky bagi menghadapi PRU 2021. Jadi, berdasarkan analisis yoko-yoko aku, chansu (chance) Suga untuk jadi PM Jepun yang baharu adalah paling tinggi, diikuti oleh Kishida.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.