Siapa Pencetus Idea Tubuh Pustaka P.Ramlee?

1
3108
views

Sekitar tahun 1983 setelah 10 tahun pemergiannya, P.Ramlee seolah-seolah masih hidup dan ianya dapat dirasakan oleh segenap lapisan masyarakat pada ketika itu. Namanya terus menjadi sebutan. Filem lakonaan dan arahannya terus ditayangkan di kaca televisyen.

Masyarakat ketika itu masih lagi kagum dengan kebolehan dan ketokohan yang ada pada P.Ramlee. Begitu juga dikalangan kanak-kanak pada ketika itu yang tidak pernah mengenal atau berjumpa dengan P.Ramlee tetapi boleh terpesona apabila menonton filem P.Ramlee dan menghafal dialog-dialog di dalam filem P.Ramlee. Perkara ini masih lagi berlarutan sehingga ke hari ini jika tidak masakan ada dikalangan anak muda hari ini memberi nafas baru kepada karya-karya P.Ramlee. Ini bermakna kepekaan terhadap P.Ramlee masih subur dikalangan generasi muda masa kini.

Oleh kerana nama P.Ramlee itu tidak mampu untuk dilupakan dan ianya sangat sinonim dengan masyarakat berbilang bangsa di dalam negara pada ketika itu, Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan untuk mengabadikan nama P.Ramlee sebagai satu simbol ingatan bagi mengenangkan jasanya. Dengan pendekatan itu maka lahirlah “Jalan P.Ramlee”, “Auditorium P.Ramlee” dan juga “Pawagam P.Ramlee”.

Apabila perkara ini dilihat sangat membantu untuk memelihara nama P.Ramlee supaya ianya dapat dikenali kepada generasi akan datang, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan dibawah kepimpinan Encik Anwar Ibrahim (sekarang Datuk Seri), telah mengambil daya usaha menubuhkan Pustaka Peringatan P.Ramlee yang telah dilancarkan pada 27 Febuari 1984. Idea asal penubuhan Pustaka Peringatan P.Ramlee ini datangnya dari Encik Anwar Ibrahim sendiri yang telah mengarahkan Arkib Negara Malaysia menjadi seketeriat perlaksanaan projek Pustaka Peringatan P.Ramlee ini.

Oleh kerana pencetus idea sehingga tertubuhnya Pustaka Peringatan P.Ramlee ini datang dari Encik Anwar Ibrahim sendiri dan sebagai Menteri yang dipertanggungjawabkan memelihara nilai kebudayaan bangsa Melayu secara khusus dan masyarakat Malaysia secara amnya, P.Ramlee adalah objek yang paling penting dan sangat berkaitan dengan pendirian Encik Anwar Ibrahim. Menurut beliau, sebagai rakyat Malaysia kita harus memberi penghormatan kepada P.Ramlee di atas sumbangan dan jasanya di dalam industri seni filem dan muzik. Kerana P.Ramlee tidaklah dinilai sebagai seorang pelakon dan penyanyi semata-mata tetapi saya (Anwar Ibrahim) memandang beliau dari sudut yang lebih besar. Atas sebab itu Encik Anwar Ibrahim telah mengarahkan institusi-institusi perfileman seperti SENIMAN dan PAPITA serta ahli keluarga P.Ramlee memberi kerjasama kepadaa Arkib Negara untuk merealisasikan usaha ini.

Waqaf Saham

Sekarang sudah 33 tahun Pustaka Peringatan P.Ramlee tersergam indah dan kadang kala sunyi sepi di Jalan Dedap. Individu yang menjadi pencetus idea penubuhannya juga sudah tidak lagi menjadi pemimpin di dalam kerajaan. Tetapi bagi saya usaha ini bukanlah usaha seorang pemimpin yang hanya melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Menteri sahaja, tetapi sebagai satu rasa dan jiwa seorang anak jati negeri kepada tokoh yang berasal dari negeri yang sama.

Sumber :

P.Ramlee Seniman Agung (1986) – ABI

Filem Melayu Dahulu Dan Sekarwng (1987) – ABI

Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here