Sebelum kedatangan prasarana digital seperti Facebook dan WhatsApp, orang ramai tidak kira usia – pucuk muda dan tangkai tua – menjalinkan cinta dengan menggunakan layangan surat. Ada yang berpuisi. Ada yang bersyair. Entah ada yang cakap terus tanpa berlapik.

Surat cinta mewarnai kalam kasih dunia ini. Sains di sebalik surat cinta menceritakan banyak tentang selok-belok psikologi seseorang yang dilamun perasaan. Sebab selalunya orang yang tulis surat cinta sudah lama jatuh hati.

Pendam punya pendam – empangan pun bertakung tinggi. Maka apabila tiba masanya, jiwa pun tertumpah dalam bentuk cecair biru atau hitam pada kertas. Dengar kata ada yang tulis surat cinta punya feeling sampai kertas pun terκoγaκ (sebab cinta kena tolak macam korang yang masih single ni).

Tetapi pernah fikir tidak? Dari mana datangnya idea tulis surat cinta. Sejarah di sebalik surat cinta memang sangat luas. Asal-usulnya menongkah jauh merentasi zaman, lebih jauh daripada pengasasan negara-negara moden.

Malah Empayar Rom pun belum timbul lagi ketika itu. Kota Troy masih bagaikan kampung sahaja. Nun jauh sekitar 5,000 tahun dahulu, kitab Bhagavatha Purana menceritakan kisah cinta Puteri Rukmini dengan Raja Krishna.

Rukmini meminta bantuan seorang pengutus berkasta Brahmin yang bernama Sunanda. Kiranya Sunanda menjadi perantara antara dua merpati sejoli ini. Catatan mendapati peristiwa ini berlaku sekitar 5,000 tahun lalu.

Walau bagaimanapun, cinta Rukmini dan Krishna adalah mitologi (mythology)… bukannya sejarah (history).

Krishna sendiri adalah jelmaan (avatar) dewa Hinduisme yang kelapan. Jadi pengamatan sejarah harus menggunakan unsur-unsur sejarah. Namun tiada salah kalau bercerita sediit sebanyak tentang Rukmini dan Krishna.

Kisahnya begini. Rukmini adalah jelmaan Lakshmi, yang berpasangan dengan Vishnu. Baginda dikatakan seorang manis rupawan yang juga beriman dan pandai. Kira beauty with brain senang cakap.

Rukmini sudah jatuh cinta pada Krishna, yang terkenal kerana menjatuhkan dua raja yang jahat. Cinta ini direstui ibu bapanya.

Tetapi abangnya pula tidak setuju (kerana bersekutu dengan salah seorang raja jahat). Abangnya mahu pasangkan Rukmini dengan orang lain. Maka surat cinta Rukmini adalah suatu usaha gigih untuk membebaskan diri daripada belenggu abangnya (Saran, 2014).

Melihat Daripada Aspek Sejarah

Mesir Purba mengamalkan gaya cinta yang agak terkµtµk kalau banding dengan cara hidup sekarang. Agama-agama Ibrahim sekarang ini menegah perkahwinan antara abang dan adik dengan  larangan keras.

Tetapi zaman Mesir Purba dulu, perkara ini adalah normal. Akhenaten (1353 S.M. – 1334 S.M.) adalah firaun yang menghentikan penyembahan dewa-dewi yang banyak. Baginda mengimarahkan ajaran mirip tauhid yang berpaksikan Tuhan bernama Aten. Tidak pasti kenapa baginda bertukar piagam.

Sekadar makluman, pertukaran ini tidak bertahan lama… kerana firaun-firaun susulan menghentikan tauhid Atenisme dan merαηαpkan segala monumen yang ada kena mengena dengan Akhenaten.

Akhenaten dan Nefertiti.

Perkahwinan Akhenaten dengan adik kandung sendiri (Hawass, 2010) dikurniakan zuriat iaitu Tutankhamun, yang sekarang terkenal sebagai Firaun Tempang. Jadi Tutankhamun adalah anak Akhenaten senang cakap.

Tutankhamun kemudian berkahwin dengan Ankhesenamun, juga anak Akhenaten dengan isteri lain. Harap maklum yang Tutankhamun ada terlalu banyak masalah kesihatan (Markel, 2010). Baginda pergi buat selamanya ketika berusia 18 tahun, meninggalkan Ankhesenamun dalam kesunyian.

Ankhesenamun pun mengutuskan surat kepada seorang raja dalam kalangan bangsa Hittite. Baginda merayu raja ini, “utuskanlah seorang putera. Renung kecantikan beta dalam pakaian kain linen yang dibasahkan.”

Penulisan ini dipercayai surat cinta paling tua dalam sejarah… meskipun bukan pada seorang jejaka idaman. Ankhesenamun kemudian berkahwin dengan pengganti Tutankhamun yang bernama Ay. Masalahnya, Ay ini pula dipercayai datuk Ankhesenamun sendiri. Rumit…

RUJUKAN:

Hawass, Z., et al. (2010). Ancestry and Pathology in King Tutankhamun’s Family. The Journal of the American Medical Association. 303.

Markel, H. (2010, February 17). King Tutankhamun, modern medical science and the expanding boundaries of historical inquiry. JAMA. 303 (7): 667-668.

Saran, R. (2014). Lord Krishna: Gods & Goddesses in India. Diamond Pocket Books.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.