Nama sebenarnya ialah Syed Ali bin Syed Mohammed. Lahir di Singapura pada 2 Februari 1933. Mula bergiat dalam dunia filem pada tahun 1953. Filem pertama beliau ialah Kampung Nelayan arahan Jaafar Wiryo yang diterbitkan oleh Keris Films.

Nama “Fiji” di hujung nama Ali diberikan oleh P. Ramlee ketika sedang berlakon dalam filem Pancha Delima. Mengikut pada pendapat P.Ramlee, rambut kerinting Ali Fiji tidak ubah seperti orang Fiji. Ali Fiji dilahirkan dari keluarga seni. Bapa dan ibunya adalah pelakon bangsawan. Manakala bapa saudaranya ialah seniman Babjan, yang juga bekas pelakon bangsawan dan seterusnya aktif berlakon sebagai pelakon pembantu di era kegemilangan filem Melayu.

Ali Fiji mula berlakon sebagai “Chorus Boy” dan penari, tetapi lama-kelamaan beliau diberi peranan sebagai pelakon tambahan yang berdialog dan berkarakter. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Ali Fiji kerap kali berlakon sebagai “stand in” kepada P.Ramlee. Ini disebabkan bentuk badan beliau dan rambut kerintingnya tidak ubah seperti P Ramlee di zaman kurus. Di dalam filem Penarek Becha, jika kita lihat dari sudut kamera yang jauh, ketika Amran sedang mengayuh becanya, figura itu sebenarnya adalah Ali Fiji yang mengambil tempat P.Ramlee.

Watak Ali Fiji yang paling menyerlah sekali adalah sebagai Bayen di dalam filem Ibu Mertua Ku. Selepas studio Jalan Ampas ditutup, Ali Fiji telah berhijrah ke Kuala Lumpur. Beliau pernah membuka sebuah syarikat Ali Fiji Productions. Semasa di Singapura, Ali Fiji pernah berkahwin dengan Zainon Fiji, tetapi mereka telah bercerai semasa Ali Fiji berada di Kuala Lumpur.

Ali Fiji meninggal dunia pada 16 September 1996 di Kuala Lumpur. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Al Fatihah.

RUJUKAN:

Erti Yang Sakti – Tun Ahmad Sarji

Kacha Permata – Jamil Sulong

Dato’ Ahmad Fauzee Samad

Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.