Pada tarikh 16 Julai 2019, laut Terengganu dikunjungi oleh pasangan paus pembunuh berdekatan Pelantar Dulang Petronas, Kerteh. Menurut rekod daripada Rantau Abang Fisheries Research Institute (FRI), penampakan paus pembunuh di laut Terengganu adalah kes pertama dan penuh bersejarah. Semestinya netizen teruja akan kehadiran haiwan yang hanya kita dalam lihat pada dokumentari tiba-tiba muncul di perairan kawasan Malaysia. Jadi, mari kita berkenalan dengan haiwan mamalia laut ini.

Paus pembunuh atau Orca (Orcinus orca) adalah paus bergigi yang berada dalam keluarga lumba-lumba dan antara spesies mamalia yang mempunyai populasi tertinggi. Terdapat pelbagai jenis diet paus walaupun ia adalah karnivor. Sesetengah paus memakan ikan, mamalia laut lain seperti anjing laut dan spesies dolphin lain. Anak paus juga paus pembunuh menjadikannya sebagai sajian, maka paus pembunuh adalah pemangsa apex, pemangsa tertinggi apabila tiada spesies lain menjadikan pemangsa ini sebagai mangsa.

Nama paus pembunuh atau Killer Whale sebenarnya berasal daripada budaya tamadun Barat kerana mereka mengenalinya sebagai paus yang menakutkan dan mengancam nyawa manusia. Kegerunan terhadap haiwan ini muncul akibat daripada penulis Rom bernama Pliny the Elder yang menerangkan tentang paus pembunuh ini:

“Orcas (the appearance of which no image can express, other than an enormous mass of savage flesh with teeth) are the enemy of [other kinds of whale]… they charge and pierce them like warships.”

Namun mentaliti orang Barat terhadap paus ini berubah sejak 1960-an atas usaha-usaha para saintis dan ekologis untuk membuktikan bahawa paus pembunuh bukan pemakan manusia seperti  mereka sangkakan. Jika ada kes serangan paus ini terhadap manusia, motifnya hanyalah salah anggap paus pembunuh yang melihat sesiapa yang lalu di hadapannya sebagai makanan dan tidak ada kes haiwan ini meragut nyawa manusia.

Paus ini dipanggil sebagai spesies kosmopolitan, bermaksud ini adalah spesies yang menjadikan seluruh dunia sebagai habitatnya. Tidak kisah di kawasan Khatulistiwa, latitud tinggi seperti Hemisfera Utara atau Selatan, dan kawasan kutub seperti Artik atau Antartika. Paus pembunuh tetap berada di seluruh perairan dunia kecuali kawasan Laut Baltik dan Laut Hitam disebabkan mustahil paus pembunuh berada di kawasan tersebut kerana kekangan geografi.

Sebanyak 50 ekor paus pembunuh direkodkan pernah kelihatan di Lautan Hindi. Pada tahun 2008, 2 ekor paus pembunuh ditemui di Teluk Parsi. Pada tahun 2015, laut Sri Lanka dikunjungi oleh paus ini. Paus pembunuh juga pernah kelihatan di Lautan China, Lautan Afrika dan Papua New Guinea.

Walaupun spesies paus ini merata-rata di hampir seluruh perairan dunia, namun populasi sebenar paus ini masih tidak diketahui. Dianggarkan bahawa populasi paus ini sebanyak 50,000. 25,000 ekor paus direkodkan berada di kawasan Antartika, 8,500 ekor paus berada di kawasan tropika Pasifik, sekitar 2,250 hingga 2,700 ekor paus berada di kawasan timur laut Pasifik dan sekitar 500 – 1,500 ekor paus berada di Norway.

Paus pembunuh ialah spesies mamalia yang teramat sosial. Pada musim memburu, paus pembunuh berkomunikasi dengan paus spesies sama menggunakan suara vokal mereka. Paus pembunuh juga mempunyai otak kedua terberat dalam kalangan spesies mamalia laut selepas spesies sperma yang mempunyai otak terberat dunia. Paus ini boleh dilatih dan memahami apa manusia ajarkan. Tambahan lagi, paus pembunuh mampu mengajar generasi kemudian dengan cara-cara memburu dan meniru suara vokal mereka.

Kehadiran paus pembunuh banyak memberi pengaruh budaya kepada orang asal. Salah satu contoh ialah kaum asal di kawasan pinggir pantai barat laut Pasifik. Kaum Haida menganggap bahawa paus pembunuh ialah haiwan berkuasa di lautan dan dalam mitologi paus ini tinggal di kawasan perumahan dan kota di bawah lautan. Dikatakan paus ini menggunakan tubuh manusia apabila berada di kota mereka dan manusia yang lemas di lautan akan tinggal bersama komuniti paus selamanya.

Bagi kaum Kwakwaka’wakw, paus pembunuh ialah raja di dasar lautan dengan menjadikan singa laut sebagai hamba dan ikan lumba-lumba sebagai pahlawan. Dikatakan paus pembunuh ialah jelmaan para ketua puak yang telah meninggal dunia. Sementara bagi orang Yupik yang tinggal di kawasan Siberia, paus pembunuh ialah serigala pada musim sejuk kerana mereka percaya paus pembunuh bantu mereka dalam memburu walrus.

Mengikut International Union for Conservation of Nature (IUCN), status konservasi paus pembunuh adalah Data Deficient, bermaksud Kekurangan Data. Tidak bermaksud paus ini hampir pupus atau terancam. Sebabnya ada dua atau lebih spesies paus pembunuh yang masih dikaji secara mendalam selain kekaburan untuk mengetahui jumlah populasi sebenar paus ini.

Namun, sesetengah negara melabelkan paus pembunuh sebagai terancam kerana kekurangan makanan di kawasan perairan, kehilangan habitat, pencemaran, tangkapan untuk pameran akuarium dan ancaman para nelayan yang menganggap paus ini sebagai perosak. Pada akhir tahun 2005, paus pembunuh yang tinggal di kawasan perairan British Columbia dan Washinton dilabel sebagai spesies terancam dalam U.S. Endangered Species List.

RUJUKAN:

1. Carwardine, Mark (2001). Killer Whales. London: BBC Worldwide Ltd

2. Ford, John K. B. (2002). “Killer Whale”, pages 669–675 in the Encyclopedia of Marine Mammals, Academic Press

3. Ford, John K. B.; Ellis, Graeme M.; Balcomb, Kenneth C. (2000). Killer Whales (Second ed.). Vancouver, BC: UBC Press

4. Hoyt, Erich (August 1984). “The Whales Called “Killer””. National Geographic. Vol. 166 no. 2. pp. 220–237

5. NMFS (2005). “Conservation Plan for Southern Resident Killer Whales (Orcinus orca)”. Seattle, U.S.A.: National Marine Fisheries Service (NMFS) Northwest Regional Office. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Comments are closed.