Ketika saya berada di bangku sekolah, saya amat teruja dengan Shuttle angkasa yang dikendalikan oleh Amerika Syarikat. Buku teks sains sekolah mesti menyebut pesawat angkasa ini, dan agak tidak adil kerana pada waktu itu kurang maklumat mengenai kapal angkasa lain seperti Soyuz dari Russia.

Pengorbit Shuttle adalah kenderaan angkasa lepas yang sangat agung. Tapi yang paling saya tidak dapat lupakan apabila mengetahui musibah yang berlaku keatas 7 orang angkasawan yang merupakan krew shuttle Columbia musnah ketika kemasukan semula ke atmosfera setelah selesai misi STS-107 pada Februari 2003. Bayangan insiden Challenger pada tahun 1986 juga kembali menghantui komuniti sains angkasa lepas.

Saya masih ingat lagi imejan bagaimana pesawat angkasa lepas tersebut berkecai menjadi pecahan bebola api, dan bagaimana bangkai pesawat tersebut ditemui di ladang-ladang sekitar Texas.

Waktu insiden tersebut boleh dikatakan waktu merudumnya teknologi angkasalepas.

Tapi cukup darihal insiden tragis tersebut.

Artikel ini akan membawa anda mengenal apa itu Shuttle.

Bentuknya seperti sebuah pesawat, dengan pelancarannya ke orbit memerlukan dua roket pendorongan dan satu tangki bahan api luaran yang berwarna oren yang sangat ikonik benar-benar menggagumkan. Di dalam filem, didalam buku teks sekolah jelas shuttle ini adalah ikon angkasalepas.

Namun era Shuttle telah pun berakhir pada tahun 2011 dan ia adalah disebabkan usianya yang sudah lanjut malah khidmatnya melangkaui jangka hayat asal kerana telah menabur bakti sejak penghujung era perang Dingin lagi.

Ujian penerbangan orbital sistem pengangkutan angkasa lepas ini bermula pada tahun 1981 yang memperlihatkan Shuttle pertama Enterprise menjadi pelantar ujian pelancaran, penerbangan ke orbit dan pendaratan.

Hasil dari kejayaan Enterprise telah melahirkan 4 kenderaan angkasa lepas orbital yang berfungsi sepenuhnya yakni Columbia, Challenger, Discovery dan Atlantis. Menggantikan Challenger yang musnah ketika pelancaran adalah Endeavour menjadikan sejumlah 5 pesawat orbital lengkap dengan kompleks roket pendorongan dan tangki bahan api.

Program shuttle asalnya datang dari keperluan militer angkatan udara AS yang memerlukan satu sistem pengangkutan angkasa lepas guna semula yang mampu membawa beban bayar berupa satelit pengintipan, selain pada masa sama dapat melakukan tugasan pemintasan satelit komunikasi atau satelit pengintipan musuh di orbit, pengeboman dan pengintipan udara.

Ini menghasilkan konsep X-20 dibawah kelolaan firma Boeing namun ia tidak direalisasikan.

Idea ini berterusan di perbaiki dan diuji dibawah program X kendalian NASA sejak era 50an hinggalah kehendak politikal AS berjaya menyalurkan dana bagi membangunkan program Shuttle yang mana ia menjadi sistem pengangkutan angkasa lepas yang trampil untuk dekad berikutnya.

Shuttle ini sepanjang hayatnya selama 30 tahun berkhidmat dalam segmen angkasa lepas telah melaksanakan pelbagai misi di orbit, dari menempatkan teleskop angkasa Hubble dan teleskop X-ray Chandra di orbit, melakukan misi selengaraan dan baikpulih satelit, pelancaran prob tanpa pemandu antara planet atau satelit, melaksanakan kajian dan eksperimentasi saintifik dengan modul Spacelab dan Spacehab dan di dekad akhir hayatnya sebagai pengangkut modul-modul stesen angkasa lepas antarabangsa, sebagai “standby” bagi operasi menyelamat krew ISS, sebagai pengangkut kargo bagi kegunaan kajian saintifik, selengaraan dan baikpulih stesen angkasa ISS sehingga penerbangan akhir shuttle Atlantis pada tahun 2011.

Shuttle angkasa ini sebenarnya merujuk kepada kompleks pesawat angkasa lepas, sistem roket pendorongan bahan api pepejal (SRB), tangki bahan api luaran dan bukan pesawat pengorbit semata-mata.

Ketiga-tiga kompleks ini membentuk shuttle angkasa, yang mana roket pendorongan bahan api pepejal dan tangki bahan api luaran yang dicantumkan bersama dengan pesawat angkasa pengorbit digunakan sebagai pemacu yang akan meluncurkan ia ke angkasa lepas melawan tarikan graviti Bumi.

Dengan kemampuan mengorbit sehingga 600km dari permukaan bumi, Shuttle ini diluncurkan ke angkasa dengan bantuan dua roket pendorongan yang mana kompleks ini melibatkan pengunaan dua SRB yang mampu menghasilkan kuasa tujahan berjumlah 12 500kN pada setiap satunya yang membakar bahan api roket pepejal ammonium perchlorate selama 124 saat, digandingkan dengan 3 roket pendorongan pada pesawat pengorbit yang menjana tujahan dengan pembakaran bahan api oksigen dan hidrogen cecair yang di bekalkan dari tangki bahan api luaran, menghasilkan tujahan berjumlah 5250kN selama 480 saat yang mampu mencecah kelajuan 7743 meter per saat.

Apa yang sangat menarik adalah, Shuttle ini mempunyai kembar komunisnya yang mendiami Kesatuan Soviet dan dipanggil Buran dengan kompleks roket tujahan Energiya. Walaubagaimanapun nasib Buran tidak sebaik Shuttle kerana programnya terhenti sebaik berlakunya kejatuhan komunisme Soviet dan pengakhiran Buran serta roket Energiya nya lebih buruk dan sadis.

Dengan berakhirnya era pengunaan Shuttle, misi ke angkasalepas, terutamanya ke stesen angkasa antarabangsa diambil alih oleh Soyuz, dan perlahan-lahan kapal angkasa generasi baharu mula diperkenalkan.

Kini menggantikan Shuttle adalah Soyuz yang sangat murah dari segi kos pengoperasian, dan kapal angkasa keluaran syarikat komersial seperti Dragon yang dihasilkan oleh SpaceX dan Cygnus yang dihasilkan oleh Orbital Science Corporation (OSC), Orion, HTV dan ATV dan lain-lain kenderaan angkasa lepas generasi baharu.

Namun kesemuanya tidak dapat menandingi shuttle sehingga hari ini.

FJ

dokumentari oleh NASA mengenai shuttle

laman rasmi NASA dengan tumpuan pada sejarah program shuttle sepanjang 30 tahun perkhidmatannya

http://www.nasa.gov/mission_pages/shuttle/main/index.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

A Seaman is not only a Navigator, but also a Merchant and a Soldier. "Through the seas we are strong. Jalesveva Jayamahe." 1. Diploma Nautical Studies, ALAM (2009). 2. Combined Mate and Master, A1MC, ALAM (2014). 3. COC Class 3, MARDEP Malaysia.

Leave A Reply