Antara pahlawan yang paling digeruni dalam sejarah Jepun ialah pasukan polis rahsia Shinsengumi, pahlawan p3dang profesional yang berkhidmat sebagai unit khas bagi shogun Tokugawa sepanjang 1863 hingga 1869. Sepasukan lelaki yang erat ini telah melakukan keganasan terhadap ahli politik di jalanan Kyoto dengan kesempurnaan dan kek3jaman, dan akhirnya dijuluki sebagai Serigala Mibu.

Maksud sebenar disebalik nama Shinsengumi ialah “Pilihan Kor Baru,” yang mencapai puncak terkenalnya kej4hatan mereka di tahun-tahun akhir era feudal Jepun, iaitu semasa tempoh Bakumatsu.

Sepanjang ketika itu, berlakunya perebutan kuasa sesama penguasa shogun Tokugawa-sebuah gabungan panglima perang yang mahukan perdagangan dengan negara-negara barat-dan kehendak para penguasa imperialis Jepun untuk memusatkan kuasa di bawah kekuasan Empayar Meiji.

“Apabila Komander Perry [Matthew] datang bersama senapang-senapang besarnya (1853-4) dia telah menemui sebuah kerajaan yang sudah goyah menanti rebah…. Shogun tersebut telah memberikan hasil kepada permintaan Perry dan para wakil kuasa luar-England, Perancis, Russia-yang bersama-sama mengikuti kereta api Perry, dan memberikan kebenaran untuk membuka pelabuhan Yokohama, Hakodate dan beberapa pelabuhan yang lain kepada perdagangan dan residen luar,” merujuk kepada sebuah sejarah 1895 oleh Josephus Nelson Larned.

Para penguasa lain di Jepun sangat membenci kehadiran orang-orang asing dan berharap untuk menghapuskan sistem feudal shogun demi reformasi. Kehidupan bagi kasta-kasta yang kurang bernasib baik adalah amat sukar di bawah kediktatoran rejim Tokugawa; sebagai contoh, para petani menghadapi undang-undang yang mengatur ukuran-ukuran saiz rumah yang tepat dan bahan-bahan dan warna yang dibenarkan seperti mana pemakaian mereka. Populariti sokongan beralih kepada Empayar Meiji, yang juga dikenali sebagai Mutsuhito pada 1860-an. Puncak keg4nasan berlaku pada 1868, apabila konflik saudara yang juga dikenali sebagai P3rang Boshin meletus.

“Pengembara samurai dan ronin (ahli samurai yang kurang mahir atau pengamal profesional seni bela diri) dari berbeza puak bersatu di ibu kota barat (Kyoto), telah merancang pelbagai plot dan plot tindak balas untuk menjatuhkan kerajaan Tokugawa,” menurut kepada sebuah artikel Japan Daily Mail yang bertarikh 11 Januari 1890. Artikel tersebut menerangkan polis rahsia Shinsengumi sebagai “sebuah badan yang hebat dan ronin yang tidak bertanggungjawab [telah digunakan] untuk meningkatkan lagi kegelisahan.”

Terma “ronin” secara betulnya menerangkan mengenai majoriti ahli-ahli Shinsengumi. Status sosial adalah tidak relevan bagi skuad ini-keahlian secara amnya ditentukan melalui skil pert4rungan. Akibatnya, kebanyakan ahli Shisengumi adalah para pahlawan veteran atau lelaki rendah yang telah mencapai tahap kemahiran pedang tertinggi dan juga seni bela diri yang lainnya.

Asalnya tempat berlindung mereka di Mibu, pasukan ini telah melaksanakan pelbagai duti sebagai pasukan elit unit khas untuk shogun. Shinsengumi telah digunakan sebagai ahli penyiasat dan pembVnuh, dan dikerahkan sebagai pasukan kejutan di medan pert3mpuran. Para lelaki ini boleh dibezakan melalui warna uniform mereka-terutamanya jaket haori biru terang dengan corak bergerigi di lengan mereka. Shinsengumi dibekalkan dengan helmet ringan dan surat berantai. Ketika di puncak kekuasaan, pasukan ini memiliki hampir ratusan ahli.

Selepas melawat Jepun pada 1853, Komander Perry menulis “ahli perisik ada di mana-mana, termasuk juga pada maharaja; sebuah polis rahsia universal, boleh bertahan disebabkan kerana ia menekan semua pihak secara sama rata.”

Disebabkan aktiviti-aktiviti disebalik tabir mereka, Shinsengumi telah menerima reputasi yang kontroversi. Menurut buku Stephen Turnbull, “Katana: The Samurai Sword,” kumpulan ini telah terlibat dalam peny3ks4an. Ahli Shinsengumi dipercayai bertanggungjawab atas kejadian insiden Ikedaya, sebuah pembVnuhan beramai-ramai ahli poltik pembangkang yang terkenal di sebuah tempat penginapan di Kyoto pada Julai 1864.

Seorang lelaki yang sempat melarikan diri semasa peristiwa tersebut ialah aktivis anti-shogun, Kido Takayoshi. Beliau sedang menginap disebuah bangunan berdekatan apabila beliau terdengar suara-suara luar yang terpinga-pinga kepelikan di jalanan.

Menurut saksi-saksi yang melihat berdasarkan artikel yang diterbitkan oleh Japan Daily Mail pada 11 Januari 1890, Kido “secara diam-diam telah meninjau melalui salah satu shoji (pintu rumah tradisional Jepun) yang menghadap jalan tersebut, beliau lihat terdapat mata-mata lembing dan perarakan oleh beberapa orang pahlawan melalui rumah tersebut…. untuk turut serta dalam keriuhan di jalanan, mereka telah mengenal pasti rakan-rakan mereka yang berkumpul di  Ikedaya dan dikejutkan dengan sebuah badan m4yat ahli lembing yang badannya dip0tong tanpa belas ihsan dan tak terkecuali… mereka telah menemui badan rakan-rakan mereka yang cacat bertebaran di merata tempat,  tikarnya berlumuran dengan d4rah.”

Salah seorang komander terbaik Shinsengumi ialah Hijikata Toshizo dari Hino. Lahir sebagai seorang petani, Hijikata sangat berkemahiran dalam ilmu gaya p3dang, Tennen Rishin Ryu dan telah mencapai pangkat mandat yang tinggi sebagai naib komander Shinsengumi dalam perkhidmatan shogun-prestasi yang amat luar biasa memandangkan beliau dari status sosial yang rendah.

Personaliti yang penuh teka-teki, Hijikata telah menjadi sangat terkenal atas keterampilannya yang tampan dan tenang. Menghormati pencapaian pert3mpuran sepanjang hidupnya, Hijikata diidolakan oleh para wanita untuk sekian abad lamanya setelah kem4tian beliau-hari ini, sebuah muzium yang dikelola oleh keluarga beliau di perkampungannya, telah menarik minat pengunjung seramai 16000 orang setahun, yang 60 hingga 70 peratus darinya ialah wanita. Kebanyakan peminat wanita Hijikata ialah remaja, 20-an dan 30-an. Muzium tersebut mengkreditkan populariti beliau dalam permainan video, filem dan budaya pop.

Hijikata telah memperkenalkan budaya yang tegas kepada Shinsengumi dan dituduh  menjatuhkan hukuman yang k3jam keatas ahlinya yang melanggar peraturan dengan melaksanakan upacara bVnuh diri. Walaubagaimanapun, menurut ahli keluarga beliau, dia “memiliki sifat keperimanusiaan dan sangat baik terhadap orang di sekelilingnya.”

Kekuatan personaliti Hijikata menjadi bukti kepada tercetusnya P3rang Boshin, apabila Shinsengumi dikerahkan di barisan hadapan dalam pelbagai pert3mpuran. Pada ketika itu, Hijikata sangat terkenal dengan kumpulan-kumpulan yang beliau ketuai.

“Sepanjang pep3rangan..semasa beliau di posisi ketua, beliau faham bahawa orang-orang telah mengikutinya kerana karisma, maka beliau tonjolkan sisi kemanusiaannya,” menurut saudaranya, Hijikata Megumi. “Para tentera tersebut sangat mengagumi Toshizo, seperti bayi mengagumi bondanya.”

P3rang Boshin mempersembahkan sebuah pertembungan budaya, teknologi dan idea. Pert3mpuran ini ditentang dengan senj4ta samurai abad pertengahan dan pist0l-pist0l dan artil3ri buatan barat. Keputusan akhirnya ialah rejim shogun tewas dan meningkatnya kekuasaan Maharaja Jepun-sebuah sistem empayar yang berpusat kekal sehingga 1940-an. Pasukan polis Shinsengumi-para pahlawan dari pihak yang kalah-telah dimusnahkan.

Hijikata telah memutuskan untuk m4ti disebabkan kekalahan tersebut. Setelah selamat dalam beberapa siri pert3mpuran dan terluka, dia telah dit3mbak m4ti pada Mei 1869 semasa pert3mpuran Hakodate-pert3muan berd4rah ten3tra laut yang dilengkapi sen4pang Gatling dan kapal p3rang wap. Sebelum kem4tian beliau, Hijikata telah menulis sebuah sajak yang menyeramkan: “Walaupun badanku mungkin reput di Pulau Ezo, semangatku akan menjaga para dewaku di timur.”

Benar seperti apa yang beliau jangkakan, segala tinggalan komander Shinsengumi yang terkenal tidak pernah dipulihkan. P3dang beliau, walaubagaimanapun, telah diserahkan semula kepada ahli keluarganya. P3dang suci tersebut-bernamakan si pembuatnya, Izumi no Kami Kanesada-telah dipamerkan dan dihormati semasa upacara tahunan di Hino.

RUJUKAN:

Fletcher, Z. (2020, May 16). Wolves of Mibu: Japan’s Shinsengumi Police. Retrieved September 17, 2020, from https://www.historynet.com/wolves-of-mibu-japans-shinsengumi-police.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pena, wadah intelek agama, bangsa dan watan.

Comments are closed.