Shinigami: Mitos Dewa Maut Masyarakat Jepun

0
1730
views

Dalam setiap kepercayaan agama pastinya ada kewujudan dewa maut ataupun malaikat maut. Bagi penganut agama Islam, malaikat Izrail dikenali sebagai malaikat pencabut nyawa yang melakukan tugasnya mengikut ‘Kun Fa Ya Kun’ Allah swt. Di dunia Barat, tugas mencabut nyawa manusia dimonopoli oleh sesosok makhluk dari alam baka yang dinamakan Grim Reaper.

Dalam artikel kali ini akan diceritakan serba ringkas asal-muasal kemunculan Dewa Kematian kepercayaan Shinto bagi masyarakat Jepun iaitu Shinigami.

PESANAN: Kesemua penerangan yang dinyatakan di dalam penulisan ini merupakan dasar dari kepercayaan agama Shinto. Hanya untuk pembacaan untuk menambah ilmu pengetahuan sahaja.

KEMUNCULAN SHINIGAMI.

Untuk peminat animasi atau komik Death Note mahupun Bleach, pasti perkataan Shinigami tidak asing lagi bagi mereka. Watak Dewa Kematian, Ryuk di dalam animasi Death Note yang tugasnya adalah untuk mencabut nyawa manusia yang namanya tertulis di dalam ‘Buku Kematian’.

• Bagi masyarakat Jepun dahulu, tidak wujud istilah dewa kematian merupakan suatu sosok yang menakutkan kerana mereka menganggap kematian ini adalah salah satu kitaran hidup manusia dan tugas dewa kematian hanyalah untuk melancarkan kitaran semulajadi ini.

• Shinigami terbina dari hasil gabungan dua dasar kosa kata Jepun iaitu Shi bermaksud Kematian dan Kami bermaksud Tuhan.

Dan gabungannya menjadi, Tuhan Kematian.

• Dalam kepercayaan tradisional Jepun iaitu Shinto, penganutnya mempercayai kewujudan Shinigami yang tugasnya bukan untuk merampas nyawa manusia seperti yang kita lihat dalam animasi Death Note, melainkan tugas Shinigami hanyalah mengundang manusia ke alam baka apabila waktu kematian manusia itu telah tiba.

• Dari catatan sejarah, watak Shinigami muncul sebagai dewa kematian setelah budaya Jepun bertembung dengan peradaban Barat dalam sekitar abad ke-18 atau abad ke-19.

Kepercayaan agama Kristian yang membawa kewujudan makhluk Grim Reaper sebagai dewa kematian membuatkan masyarakat Jepun khususnya penganut agama Shinto menjadikan Shinigami sebagai dewa kematian.

Waqaf Saham

• Di dalam catatan klasik buku bergambar yang bertajuk Tosajin Yawa karya Takehara Sunshen yang diterbitkan pada tahun 1841 M, ada menyebutkan perkataan Shinigami. Tetapi di dalam buku ini, Shinigami bukan dinyatakan sebagai dewa kematian, melainkan ianya dianggap sebagai jiwa orang yang telah mati.

Selain Shinigami, digambarkan juga beberapa hantu atau syaitan di dalam catatan tersebut iaitu:

1. Limbo.
2. Tadari.
3. Hitodama.
4. Migawari.
5. Kima-kakushi.
6. Kitsune (Syaitan Musang).
7. O-Iwa.
8. Mujina.

• Mengikut legenda, sebelum si mati itu diambil nyawanya oleh Shinigami, perwatakan si mati akan berubah menjadi baik dan jujur seperti manusia yang baru lahir di dunia ini. Tanda-tanda yang lain adalah, bayang-bayang milik si mati itu akan hilang sedikit demi sedikit. Setelah waktu si mati itu telah tiba, maka Shinigami akan datang mewujudkan dirinya dan hanya si mati yang dapat melihat penampilan fizikal Shinigami.

Shinigami mempunyai sebuah buku yang tercatat di dalamnya nama-nama manusia dan waktu kematian yang telah ditetapkan olehnya.

• Agama Shinto juga mempercayai kewujudan Dewa dan Dewi (Kami) yang lain diantaranya:

1. Amaterasu Omikamu – Dewi Matahari.
2. Tsukuyomi – Dewa Bulan.
3. Saritahiko Okami – Dewa Bumi.
4. Hachiman – Dewa Perang.
5. Izanagi dan Izanami.

Izanami dipercayai sebagai Shinigami pertama kerana dialah yang memperkenalkan kewujudan kematian di dunia ini.

• Secara asasnya dalam agama Shinto, Kami yang disembah hanya ada tiga jenis iaitu:

1. Menyembah alam semulajadi seperti batu, gunung, sungai dan lain-lain.

2. Menyembah roh para moyang. Selalunya sosok seorang Shogun atau bangsawan yang berpengaruh akan disembah oleh saudara maranya dan penduduk setempat yang mengenalinya.

3. Menyembah roh tentera yang mati atau terkorban di dalam peperangan.

• Walaupun negara Jepun merupakan negara sekuler dan majoriti rakyatnya yang tidak mempercayai kewujudan Shinigami, tetapi berkat masyarakatnya yang dididik untuk menghormati penganut agama Shinto, maka Shinigami disenaraikan sebagai sebahagian daripada budaya peradaban bangsa Jepun.

– TAMAT –

Sumber rujukan: Ancient Origin, Shinigami: The Grim Reaper of Japanese Folklore, 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.