Jika orang Barat berbangga dengan ketokohan watak fiksyen ciptaan Sir Arthur Conan Doyle iaitu Sherlock Holmes yang terkenal dengan kegeniusan beliau dalam menyiasat & memecahkan kod-kod rahsia dalam siasatan jenayah pembunuhan atau sebagainya, kita orang Islam juga patut berbangga dengan kewujudan seorang tokoh qadhi yang terkenal pula dengan kecerdikannya yang menjadi buah mulut bangsa Arab pada zaman itu.

• Namanya ialah Iyas bin Muawiyah bin Qurrah al-Muzanni.

Berketurunan Bani Umayyah.

• Lahir pada tahun 46H di daerah Yamamah, Najd.

• Pada suatu hari, Iyas berserta keluarganya berpindah ke Basrah & memulai kehidupan yang baru di sana.

• Sejak kecil Iyas telah menuntut ilmu dengan para ulama di Basrah & sering berulang alik dari Damaskus untuk menadah ilmu dari para sahabat & para tabiin di sana.

• Beliau juga pernah menuntut ilmu hisab dari seorang gurunya yang berbangsa Yahudi.

Gurunya ini pernah mendoakan kematian Iyas pada waktu muda setelah melihat kebijaksaan Iyas mengalahkannya dalam suatu perdebatan.

• Tetapi Iyas malah hidup sehingga tumbuh membesar dengan sihat & kebijakannya tidak terbatas itu pun telah menjadi buah mulut pada zaman itu.

• pada zaman pemerintahan Khalifah Marwan bin Hakam, anaknya, Abdul Malik bin Marwan telah mengunjungi Basrah & bertemu dengan Iyas yang pada waktu itu masih dalam berumur 19 tahun.

Dalam kisah ini, Abdul Malik bin Marwan melihat Iyas bin Muawiyah menjadi pemimpin sedangkan di belakangnya terdapat 4 orang Qurra ( penghafal Quran ) yang sudah berjanggut lebat & berpakaian rasmi berwarna hijau. Lalu Abdul Malik berkata:

“Celaka benar orang-orang berjanggut ini, apakah di sini (Basrah) tiada orang tua yang boleh memimpin sehingga pemuda ini menjadi pemimpin di kalangan mereka ?”.

Abdul Malik bertanya kepada Iyas:

” Berapa umurmu wahai pemuda? “.

Iyas yang mendengar pertanyaan ini terus menoleh kepada Abdul Malik & menjawab :

” Umurku sama seperti umur Usamah bin Zaid yang dilantik sebagai panglima perang oleh Rasulullah & di dalam pasukan itu Abu Bakar as-Siddiq & Umar al-Khattab berjalan di belakang Zaid bin Usamah (rela dipimpin)”.

Abdul Malik mendekati Iyas & berkata:

” Semoga Allah swt memberkatimu wahai anak muda “.

• Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz, Iyas telah dilantik & diangkat sebagai qadhi di Basrah oleh Adi bin Arthah setelah mendapat perintah dari khalifah.

• Daripada banyak kisah, saya akan menyelitkan salah satu dari kisah Iyas menyelesaikan masalah dengan kecerdasannya.

Di Basrah, terdapat seorang lelaki yang warak & disanjung tinggi oleh masyarakat setempat sehingga beliau diberikan kepercayaan untuk menyimpan atau memegang barang apabila penduduk setempat di situ hendak keluar dari Basrah dalam waktu jangka masa yang lama.

Ada seorang lelaki yang baru pulang dari perjalanan yang jauh & terus pergi menemui lelaki itu untuk meminta kembali barang yang diamanahkan kepadanya. Lelaki yang diamanahkan itu tidak mengaku menyimpan barang milik lelaki itu. Setelah berlaku pertengkaran & lelaki yang diamanahkan itu tidak mengaku maka si lelaki yang menjadi mangsa ini berlalu & menemui Iyas. Lelaki ini menceritakan segalanya & Iyas terus bertanya:

“Adakah lelaki itu tahu kau datang menemui aku?”

Lelaki itu menjawab tidak & Iyas terus membalas kembali : “Pulanglah, besok aku akan memanggil kau kembali “.

Setelah itu Iyas memanggil lelaki yang diamanahkan itu & bertanya kepadanya:

“Aku mendengar kau amat dipercayai oleh masyarakat setempat & sering menjadi orang yang diamanahkan untuk menyimpan harta mereka. Jadinya aku mahu melantik kau sebagai wali ke atas anak-anak yatim untuk mengurus & menyimpan harta milik anak-anak yatim ini. Adakah kau bersetuju?”.

Lelaki yang diamanahkah itu terus menerima perlantikan dari Iyas bin Muawiyah. Iyas pun berkata lagi: “Kau datang pada hari lusa & bawakan orang-orang untuk mengangkut harta anak-anak yatim ini.”

Keesokan harinya, lelaki yang menjadi mangsa itu datang & menemui Iyas. Lalu Iyas berkata: “Pergilah kau menemui lelaki yang diamanahkan itu sekali lagi & mintalah harta kau kembali daripadanya. Jika dia masih mengingkari maka kau ugutlah dia akan melaporkan hal ini pada qadhi Iyas.”

Lelaki itu menemui semula lelaki yang diamanahkan itu & meminta kembali hartanya buat kali kedua, tetapi lelaki yang diamanahkan itu masih mengelak & memberi berbagai alasan. Lelaki yang menjadi mangsa ini terus mengugut untuk melaporkan hal ini pada Iyas. Lelaki yang diamanahkan ini berasa takut & terus menyerahkan harta lelaki itu kembali dengan alasan dia terlupa & baru mengingati.

Setelah mendapatkan hartanya kembali maka lelaki itu datang menemui Iyas & mengucapkan terima kasih.

Pada keesokan hari seperti yang dijanjikan lekaki yang diamanahkan itu datang menemui Iyas dengan membawa beberapa orang lelaki untuk mengangkut barangan. Iyas menemuinya & memberitahukan segalanya kepada lelaki yang diamanahkan itu & berkata: “Celakalah kamu wahai musuh Allah, kau menjadikan agama untuk menipu!”.

• Iyas bin Muawiyah wafat pada umur 76 tahun & dimakamkan di Basrah.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Leave A Reply