Shell Shock Syndrome: Trauma Askar Perang

813

Shell-shock syndrome adalah sejenis kumpulan gejala-gejala yang dialami seseorang askar yang terlibat dalam peperangan di mana mereka mulai masalah daripada segi fizikal dan mental. Sindrom ini telah wujud sejak daripada zaman perang dunia pertama lagi, dan beberapa sumber lain mengatakan sindrom ini wujud dalam askar yang terlibat dengan peperangan yang lebih lama lagi seperti American Civil War dan Peperangan Napoleon.

Sindrom ini mendapat pelbagai nama lain seperti Bullet Wind, Soldiers’ Heart Syndrome, Gulf War Syndrome, Battle Neurosis, Battle Fatigue, War Syndrome dan selepas perang dunia kedua, sindrom ini dinamakan sebagai Combat Stress Reaction (COSR).

Diagnosis Post-Traumatic Stress Disorder (PTSD) dikatakan berbeza dengan COSR memandangkan durasi untuk mendiagnos pesakit PTSD memerlukan masa seseorang itu menghadapi gejala-gejalanya lebih daripada sebulan manakala COSR menyerang individu secara akut (acute).

Nama Shell Shock Syndrome ini adalah berdasarkan kajian seorang doktor yang bernama Dr Charles Myer (gambar) pada tahun 1917 yang merupakan seorang pakar di dalam bidang psychology. Mengikut teori yang dikeluarkan, Dr Charles menyatakan bahawa untuk sesetengah askar yang duduk begitu hampir dengan letupan artileri, atau berdekatan dengan laluan peluru senapang dan pistol, akan terdapat perubahan dari segi tekanan udara di mana boleh mengganggu serta mengubah komposisi di dalam seseorang askar. Kiranya, exploding shell will shock a soldier’s mind.

Antara gejala yang dialami seseorang pesakit termasuklah sakit kepala, nightmares, buta, hilang ingatan, degupan jantung yang tidak sekata, kemurungan, kegelisahan, insomnia, terketar-ketar dan restlessness. Ada yang begitu teruk, di mana dia hanya duduk di atas katil tidak bergerak dan tiada respon apabila dipanggil, tetapi, saat dia terdengar perkataan ‘Bom”, dia terus berlari untuk menyembunyikan dirinya di bawah katil.

Walau bagaimanapun, pihak tertinggi askar tidak mengiktiraf gejala yang dipanggil shell shock ini hanya kerana teori-teori yang dikeluarkan tidak dapat dibuktikan kebenarannya. Ada beberapa askar yang dihukum penjara dan terpaksa menghadapi court martial akibat penyakit yang mana, pada orang atasan hanyalah pura-puraan dan alasan untuk tidak menjadi seorang askar yang perlu menghadapi peperangan, yang sering kita tahu amat bahaya, dan boleh menyebabkan kecederaan dan kematian jika tidak bernasib baik.

Apapun, saat peperangan dunia ke-2, masih ramai askar menghadapi sindrom ini. Di saat kemajuan teknologi dalam bidang perubatan yang mana mulai mengiktiraf sakit mental dikalangan askar yang terlibat dalam peperangan. Cumanya, terminologi shell shock diharamkan penggunaannya kerana teori dan hipotesis yang dibuat oleh Dr Charles tidak dapat dibuktikan.

Pelbagai rawatan digunakan untuk merawat mangsa-mangsa ini seperti memberikan kejutan elektrik, psychotherapy tetapi teknik ini tidak begitu memberansangkan. Akhirnya, para doktor berpendapat bahawa apa yang lebih penting adalah pencegahan dengan cara membuat pemilihan anggota-anggota tentera dengan begitu terperinci, di samping memulakan latihan ketenteraan dalam jangka masa yang lebih panjang agar tentera-tentera ini betul-betul bersedia daripada segi fizikan dan yang lebih penting lagi adalah mental. 

Pada zaman moden ini, U.S. Defense Advanced Research Projects Agency (DARPA) membelanjakan sebanya 10 juta USD bagi membuat kajian terhadap kesan otak seseorang manusia yang pernah terdedah pada letupan berdekatan dengannya. Mereka mendapati otak seseorang itu normal dan masih boleh berfungsi sejurus selepas letupan itu, tetapi untuk jangka masa yang panjang, mereka mendapati bahawa terdapat keradangan yang kronik pada bahagian otak mereka.

Untuk rawatan pula, beberapa orang doktor mulai memberikan rawatan yang sama dengan pesakit yang mengalami PTSD. Akhir kata, kebanyakkan kajian ini masih belum siap seratus peratus di mana terdapat banyak persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini. Apa pun, inisiatif DARPA ini mengubah hampri kesemua durasi dan teknik latihan di dalam angkatan tentera mereka demi mencegah perkara-perkara ini daripada berlaku,

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.