Dalam Liga Perdana Inggeris, terdapat banyak kelab yang termasyhur hanya pada nama.

Dinamisme bola sepak telah berubah ke tahap dimana kelab popular dalam kejatuhan pun masih berupaya untuk hidup.

Manchester United yang mengharungi tahun-tahun terbantut selepas era Sir Alex Ferguson masih lagi boleh mendapat tajaan-tajaan mewah seperti Chevrolet dan Adidas.

Bercakap tentang Manchester United, ada banyak kelab lagi menggunakan perkataan “United” pun seperti Newcastle dan West Ham.

Tetapi kelab yang julung kalinya menggunakan perkataan ini ialah Sheffield United. Ditubuhkan pada 1854, kelab ini diberikan gelaran “The Bl4des” disebabkan status bandar Sheffield sebagai pengeluar alat dapur.

Kegemilangan Sheffield United mungkin telah lama dilupakan. Hanya selama 30 tahun antara 1895 dan 1925 sahaja Sheffield United mengimbau kemanisan kuasa bolasepak. Jika bukan juara, mesti tempat kedua.

Zaman paling gelap Sheffield United bermula pada tahun 1975 apabila mereka tanpa henti tersingkir ke liga-liga bawahan.

Jatuhnya Sheffield United ke Divisyen Keempat pada tahun 1981 seolah-olah menandakan kesudahan bagi gergasi agung ini.

Tetapi Sheffield United bangkit semula dengan kejuaraan berturut-turut di dua musim seterusnya. Namun langit belum cerah kerana menjelang 1994 masalah kewangan pula melanda sekaligus menghalangkan potensi pengukuhan skuad.

Sungguhpun begitu musim 2002-2003 menyaksikan kejayaan paling baik dalam dekad tersebut. Tiga tahun kemudian Neil Warnock mengembalikan mereka ke Liga Perdana Inggeris.

Nasib mereka tidak menentu sehinggalah 3 September 2013. Disahkan bahawasanya pada masa itu Putera Abdullah bin Musa’ad al-Saud membawa konsortium Saudi untuk membeli Sheffield United dengan saham 50 peratus.

Janji Putera Arab ini ialah modal besar yang baharu. Azam baharu Sheffield United adalah untuk kembali ke Liga Perdana Inggeris dalam tempoh lima tahun.

Pada tahun 2014 Sheffield United dipetik media sebagai pembvnuh gergasi sehingga tiba di Wembley. Status bawahan mereka tidak menjadi penghalang untuk tewaskan Aston Villa dan Fulham.

Abdullah akhirnya mendapat baki 50-peratus melalui notis pelepasan (jika kedua-dua pihak tidak lagi ingin bekerjasama). Dan pada September 2019, Abdullah ialah pemilik mutlak Sheffield United.

Maka bagi skuad yang telah teruk dibin4sakan kegagalan, kedudukan Sheffield United bagi musim 2019/2020 amatlah memberangsangkan.

Selepas 35 perlawanan, Sheffield United menimba 54 mata dengan hanya lima mata untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah. Kekalahan Sheffield United sebenarnya sama dengan Manchester City pun.

Kejutan-kejutan besar berlaku dalam banyak perlawanan. Sheffield United membelasah Chelsea dan Tottenham Hotspurs dengan jaringan tiga gol.

Jaringan tiga gol yang sama juga menafikan kemenangan Manchester United ke pencapaian seri. Malahan, Sheffield United juga menewaskan Arsenal pada 22 Oktober 2019.

Tidaklah melampau untuk mengatakan bahawa Sheffield United menikmati pengembalian mereka ke persada Inggeris.

Mereka tidak langsung dianggotai nama-nama besar yang mana pengurus Chris Wilder ialah pengatur utama.

Ego sesiapa pun tidak menjadi penghalang. Disebabkan itulah Sheffield United boleh menimbal semula s3r4ngan pantas Manchester United untuk seri 3-3 (Johnston, 2019).

Sheffield United juga menggunakan haluan berlainan berbanding Fulham. Selepas dinaikkan ke Liga Perdana Inggeris, Fulham mengeluarkan perbelanjaan £100 juta untuk disingkirkan semula. Wilder pula mengawal perbelanjaan dalam pasaran perpindahan, memilih Oli McBurnie, Lys Mousset dan Callum Robinson.

Susunan taktik Wilder berkiaskan seperti Sir Alex Ferguson, dimana “the right players” akan memberikan keputusan lebih baik daripada “the best players”.

Dan dimana Leicester City meniti kejayaan dengan pemain-pemain betul, Sheffield United sedang menuju haluan yang sama.

10 tahun lepas, siapa akan percaya jika sebuah kelab daripada bawahan dengan percubaan pertama dalam Liga Perdana Inggeris akan menjadi juara?

RUJUKAN:

Johnston, N. (2019, November 24). Sheffield United 3-3 Manchester United. BBC. Retrieved from https://www.bbc.com/sport/football/50449170

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.