Moving Forward As One

Severus Snape: Lambang Cinta Sejati

2,445

Kenapa aku suka sangat dengan babak dalam novel Harry Potter ni?

Kepada yang tak tahu, ini ialah watak yang paling dibenci dalam novel Harry Potter, Snape yang disangka sebagai pengkhianat. Tapi rupa-rupanya ialah orang Dumbledore yang paling setia. Dan semuanya kerana seorang gadis.

Simbolik kepada babak dalam kisah Harry Potter ni sangat powerrr. Snape, yang asalnya merupakan pembenci Muggle, memegang ideologi persis Nazi di mana menganggap keturunan ahli sihir darah tulen itu lebih mulia daripada keturunan darah campur, apatah lagi ahli sihir keturunan Muggle yang merujuk kepada ahli sihir yang takde darah ahli sihir pun dalam badan dia.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Sebab ini dia sertai Lord Voldermort, percaya kepada visi dan ideologi fasis Voldermort ni. Tapi dalam diam, Severus Snape menyayangi seorang gadis bernama Lily Potter. Lilly ni mewakili semua benda yang Snape lawan. Lily mewakili perkara yang bertentangan dengan ideologi seorang Snape.

Tapi Snape walau mencintai Lily, dia masih tak dapat buang ideologi yang dia pegang, dia masih tak dapat terima hakikat bahawa ideologinya itu salah sehinggalah idola, mentornya yang membawa ideologi kebencian yang dia pegang mengambil nyawa Lily Potter, satu-satunya wanita yang dia sayang.

Waktu itu baru Severus Snape sedar bahawa apa yang dia pegang selama ini salah. Dia meratapi pemergian Lily pada waktu malam Lily pergi. Dia menyesal pada setiap pilihannya. Dan pada malam itu juga, seorang Snape bertekad untuk menuntut bela ke atas kem.atia.n Lily.

18 tahun kemudian, ketika pertemuan antara Severus dan Dumbledore. Ada satu babak di mana Dumbledore memberitahu anak Lily dengan orang lain, iaitu Harry Potter sendiri terpaksa m.ati. Snape kecewa, kerana walau kita nampak yang dia bencikan Harry, dia sebenarnya dah timbul rasa care pada Harry.

Dumbledore terkejut.

Dan kemuncaknya, ketika ditanyakan oleh Dumbledore apakah selama ini dia masih tak pernah move on daripada Lily, Snape menayangkan Patronusnya yang menyerupai Patronus Lily iaitu seekor Rusa Betina.

Bentuk Patronus watak setiap ahli sihir.

Yang tak baca novel, korang kena tahu setiap ahli sihir memiliki Patronus tersendiri. Patronus ni digunakan untuk melawan makhluk jahat bernama Dementor, yang suka menghisap kegembiraan orang sampai boleh jadi gila.

Juga perlu tahu, untuk menghasilkan Patronus, sebuah mantera yang merupakan mantera paling suci, tulus, bagi melawan makhluk dari kegelapan yang memakan kegembiraan, bukan semua ahli sihir mampu melafazkan manteranya.

Ketika bertemu Voldermort.

Dalam Death Eater itu sendiri, hanya Snape sahaja yang mampu membuatnya. Pernah ada satu kisah, seorang ahli sihir jahat cuba membuat mantera ini, tetapi tongkatnya memancarkan ulat-ulat maggot yang terlalu banyak sebelum ulat itu memakannya hidup-hidup.

Nak hasilkan Patronus ni kena jerit mantera tertentu (“Expecto Patronum”), sambil membayangkan perkara paling mengembirakan. Nanti akan ada cahaya berbentuk haiwan tertentu mewakili mereka, hasil daripada mantera. Dan setiap ahli sihir memiliki haiwan berbeza KECUALI…

Kalau dia betul-betul jatuh cinta pada ahli sihir yang lain, dan betapa Patronus awalnya akan berubah seiras dengan Patronus orang yang dia cintai. Dalam kes Snape, dia menjawab soalan Dumbledore dengan menayangkan Patronusnya berbentuk seekor Rusa Betina sambil menjawab…

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

“Always.”

Dan terus lagu Bon Jovi, Always menjadi lagu rasmi betapa setianya seorang Snape kepada Lily walau Lily memilih lelaki lain, dan ada anak bersama lelaki itu. Cinta seorang Snape tak m.ati bersama m.atinya Lily walau lebih 18 tahun berlalu.

Dan kenapa mantera hasil dari memori terindah ini mampu berubah menjadi bentuk lain kerana dipengaruhi cinta. Emosi paling kuat untuk melawan ketakutan, kebencian yang diwakili oleh Dementor.

Dan betapa cinta ialah memori paling indah seorang manusia, sehinggakan bentuk mantera berasaskan memori terindah hanya akan berubah kerana sebuah cinta.

Dan betapa kisah Snape ini jugak mengajar kita, bahawa sebenci mana pun ideologi yang dibawa oleh seseorang, seberapa tekad dan nekadnya mereka, tetapi terkadang…

Cinta mampu memadamkan semua kebencian. Cinta terkadang mengatasi prinsip dan jugak ideologi. Disangka pengkhianat, tetapi dialah yang paling setia dalam perjuangan menentang Voldermort dan ideologi fasisnya, dan semuanya kerana cinta.

Ruangan komen telah ditutup.