Novel bersiri Harry Potter menonjolkan beberapa watak menarik yang sangat mengagumkan dengan sifat-sifat tersendiri, termasuklah sifat yang tersembunyi. Albus Dumbledore yang cerdik, Harry Potter yang berani atau Draco Malfoy yang licik, mereka semua pandai mengekspresikan watak tersebut dalam bentuk lakonan apabila filem ini dibuat.

Namun, tiada yang sangka kehebatan pelakon mendiang Alan Rickman dalam melakonkan semula watak Severus Snape sangat cemerlang dan patut dipuji.

Severus Snape ialah anak tunggal kepada Tobias Snape, seorang Muggle dan Eileen Prince, seorang ahli sihir wanita. Dengan itu, Snape berketurunan Half-Blood, separuh berdarah alhi sihir, separuh berdarah Muggle.

Snape dikenali dengan sifatnya yang bengis dan garang, serta suka menolak markah rumah pelajar. Beliau ialah guru rumah Slytherin dan juga seorang guru posyen sebelum berpindah ke jawatan guru Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam pada novel Harry Potter and Half-Blood Prince.

Beliau juga merupakan bekas Death Eater sebelum memasukinya semula di dalam perancangan hendak membunuh Albus Dumbledore yang menjadi satu-satunya penghalang Lord Voldemort untuk menguasai dunia sihir.

Pembunuhan Snape terhadap Albus Dumbledore mendatangkan kemarahan ramai ditambah emosi sedih Harry Potter melihat pengetua kesayangannya itu mati dengan tragik sekali-sihir Avada Kedavraa.

Namun, J.K Rowling selaku penulis novel ini mengejutkan dunia apabila membuat ‘plot twist’ bahawa Severus Snape mempunyai kaitan dan pertalian dengan ibu Harry Potter, Lily Evans dan pembunuhan Albus Dumbledore hanyalah satu helah bagi menyelamatkan Draco Malfoy dari dibunuh.

Dan dia mempunyai quote terkenal dalam kalangan peminat Harry Potter, Always.

Persoalannya sekarang, adakah Severus Snape ini jahat ataupun baik?

Sejak dari novel pertama lagi, kita melihat Harry diselamatkan oleh Snape sebanyak 2 kali pada ketika perlawanan Quidditch diadakan. Kali pertama, apabila Snape mencuba menjampi penyapu terbang agar kembali seperti sediakala selepas disihir oleh Profesor Quirell sebelum jubahnya dibakar oleh Hermione Granger. Kali kedua, Snape menjadi seorang pengadil dalam perlawanan dalam memastikan perkara sama tidak berulang lagi.

Snape juga menghantar sihir Patronus dalam membantu Harry Potter mencari pedang Godric Gryffindor dalam membantunya menghapuskan loket Salazar Slytherin yang merupakan salah satu Horcrux Voldemort.

Meskipun begitu, tidak dapat kita nafikan bahawa Snape juga seorang guru yang berperangai buruk.

Dia sering membuli Harry Potter dan kawan-kawannya.

Yang paling teruk ialah Neville Longbottom. Neville Longbottom diketahui kerana sangat takut akan neneknya. Namun, dalam Prisoner Of Azkaban ketika Profesor Remus Lupin mengajar subjek Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam berkenaan Boggart, menunjukkan sebaliknya.

Boggart merupakan makhluk yang akan menggambarkan ketakutan kita yang paling mendalam. Yang paling kita takutkan. Ron sememangnya takut akan labah-labah, dan itulah yang ditunjukkan oleh Boggart.

Bagi Neville Longbottom, penulis ingatkan memang akan keluar neneknya. Rupa-rupanya dia paling takutkan ialah Profesor Snape.

Agak pelik bagi seorang remaja sepertinya takut akan seorang guru sebagai ketakutan paling mendalam. Namun, di dalam novel ada babak di mana Snape seperti ingin mengugut Neville dengan menitiskan beberapa posyen kepada kodoknya, Trevor yang amat Neville sayangi.

Berdasarkan dua hujah ini, peminat Harry Potter masih bertelagah sama ada Snape ini jahat, baik atau seimbang antara keduanya.

Dikatakan, Snape sangat membenci Harry kerana kebenciannya kepada James Potter, ayah Harry yang membulinya di zaman sekolah itu diseimbangkan dengan kasih dan cintanya kepada Lily Evans, ibu kepada Harry Potter.

Pada pendapat kalian, Snape ni jahat ataupun baik sebenarnya?

Artikel dikirimkan oleh MYpotterhead untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.