Moving Forward As One

Seven Deadly Sin – 7 Dosa Besar Dalam Agama Kristian

3,955

Semua agama mempunyai konsep perhitungan yang menjadi perkara utama selepas Hari Pengakhiran. Ketika itu masa sudahpun tamat. Tiada markah baru boleh diberi, melainkan dalam bentuk syafaat di sisi Islam. Ganjaran pahala akan berlawanan dengan bebanan dosa berdasarkan timbangan neraca Yang Maha Adil. Apabila bercakap tentang konsep keadilan, semua tahu bahawa dosa ada skalanya. Seorang pencuri roti tidak mungkin dihukum dalam neraka sama yang menempatkan pemimpin rasuah atau pengamal syirik.

Dalam sisi Islam, ada aras dosa kecil dan dosa besar. Antara dosa besar dalam agama Islam adalah seperti berikut:

  1. Menyekutukan Allah
  2. Sihir
  3. Membunuh orang tanpa haq
  4. Memakan harta anak yatim
  5. Memakan riba
  6. Lari daripada medan pertempµran.
  7. Menuduh wanita mukminah baik berbuat zina
  8. Derhaka Terhadap Ibu Bapa

Jadi golongan yang mengamalkan dosa-dosa besar ini perlu fikir panjang. Golongan yang tidak mengamalkannya (tetapi selamba buat dosa lain) pun kena fikir juga, sebab tiada istilah pertandingan dalam dosa. Dosa tetap dosa. Walaupun berat, timbangan tetap ada.

Kalau dalam agama Kristian, ada sedikit kelainan. Syafaat Kristian bersifat lebih menyeluruh. Pemergian Nabi Isa (as) telah merawat hubungan antara manusia dengan Tuhan. Namun Kristian tetap ada Tujuh Dosa Besar yang dirasmikan.

Nafsu-Lust (Luxuria)

Nafsu boleh menjadi kejatuhan di sisi Kristian. Sesiapa saja yang menuruti nafsu dianggap telah mengbadikan diri kepada Syaitan.

Dan ia tidak semestinya berkaitan syahwat seperti rogol dan zina. Apa-apa saja pasal nafsu seperti dahagakan wang akan dikira sekali. Golongan ini akan ditiup taufan kuat dalam neraka – simbolik dengan kelakuan mereka (taufan tidak terkawal).

KerakusanGluttony (Gula)

Dosa ini lebih tertumpu pada makanan kalau ada unsur pembaziran. Ada lima petanda untuk seorang Kristian guna sebagai panduan, 1) makan terlalu mewah, 2) makan dengan sikap was-was sampai ditengok habis semuanya, 3) makan terlalu banyak, 4) makan terlalu cepat dan 5) makan terlalu tamak.

Dalam semua petanda, perkara kelima dianggap paling berat. Kerana ia ada kaitan dengan Luxuria dan Avaritia.

Ketamakan-Greed (Avaritia)

Dalam urusan harian, unsur tamak haloba mengundang dosa paling besar. Sikap ini dianggap sebagai masalah hati yang menyebabkan segala masalah di dunia. Sekecil-kecil kecurian hingga sebesar-besar rompakan.

Sekecil-kecil penipuan hingga sebesar-besar pemerdayaan. Apa-apa saja yang mencelakakan orang lain dianggap satu sikap tamak, dibuat hanya orang yang bertuhankan kebendaan.

Tidak Khusyuk (Sloth)

Dosa ini rumit untuk dirumuskan. Skopnya sangat luas dengan mental dan fizikal seorang manusia. Sesiapa yang tidak dapat berlaku khusyuk dalam urusan harian boleh mengundang dosa.

Sikap malas ambil tahu.

Kerana ia menggalakkan cara hidup serba lembap. Keadaan bosan dikira sebagai menolak tujuh berkat daripada Roh Kudus, sekali gus memperlahankan perjalanan seseorang ke arah Syurga.

Amarah-Wrath (Ira)

Marah adalah sikap manusia. Walau bagaimanapun, kemarahan tidak terkawal bagaikan orang gila dan pendendam akan menggalakkan kecederaan dan pembunuhan. Marah merupakan punca provokasi dan kehancuran.

Dan ia takkan sejuk walaupun orang kedua sudah lama meninggal dunia. Ada beberapa manifestasi dalam dosa Ira ini, contohnya kebencian terhadap manusia dan penyalahgunaan dadah (marah pada diri sendiri). Orang yang marah berdosa kerana telah menjadi hamba diri sendiri.

DengkiEnvy (Invidia)

Agaknya tidak perlu ulas panjang untuk faham kenapa dengki membawa musibah. Dengki adalah punca segala kejatuhan. Ia memutuskan pertalian silaturahim antara jiran. Malah suami isteri pun boleh bercerai angkara dengki.

Abang adik boleh berbunuh-bunuhan kerana dengki, contohnya hubungan Abel dan Cain.

Dalam al-Kitab, dengki mendapat satu rumusan yang sangat jelas: “dengki Sang Iblis menyebabkan azab kepada dunia.”

Kesombongan-Pride (Superbia)

Inilah dosa paling dilaknat dalam agama Kristian, kerana berpunca daripada enam dosa di atas. Sikap sombong memang terkutuk dalam semua agama.

Pembinaan Menara Babel ialah contoh Pride.

Dan kesombongan kerana agama dianggap kesombongan paling teruk, bagaikan jerat Sang Iblis yang tidak puas bertipu daya. Tindakan yang dibuat berdasarkan perbuatan sombong takkan sesekali membawa sebarang manfaat kepada umat manusia… apatah lagi diri sendiri.

Ruangan komen telah ditutup.