Dunia Hollywood telah banyak memfilemkan situasi-situasi genting tetapi jarang disebut antara 1914 hingga 1918. Lambakan kreativiti P3r4ng Dunia Pertama boleh dikatakan bersepah dengan filem-filem agung.

Walaupun tidak banyak seperti P3r4ng Dunia Kedua, War Horse berdiri teguh sebagai antara filem yang seronok ditonton.

Tetapi pada 25 Disember 2019, Sam Mendes telah mengarahkan filem 1917 dengan slogan begitu menarik perhatian: “Masa Ialah Musuh”.

Filem 1917 ditenun dengan sudut-sudut fiksyen berdasarkan latar belakang benar yang diriwayatkan datuk pengarah iaitu Alfred Mendes (1897-1991). Dalam filem ini, Jerman telah membuat pengunduran strategik untuk memastikan angkatan British terciduk.

Jerman juga telah memotong talian telefon. Menyedari realiti ini, Jeneral Erinmore (Colin Firth) mengutuskan William Schofield (George MacKay) dan Thomas Blake (Dean-Charles Chapman) untuk menyampaikan mesej kepada Colonel Mackenzie (Benedict Cumberbatch).

Jauh dari pengkalan sementara British, Mackenzie sedang bersiap siaga untuk melancarkan s3r4ngan dengan 1,600 orang (yang sebenarnya sedang masuk ke rahang Jerman).

Dan filem tersebut memaparkan Blake dan Schofield dalam perjuangan menentang masa dan barisan kukuh Jerman. Tanpa elemen klise romantik tidak bertempat, 1917 berjaya mendapat penarafan 89% dalam Rotten Tomatoes. Namun sejauh manakah kebenaran di sebalik filem ini?

Sam Mendes menggunakan Unternehmen Alberich (Inggeris: Operation Alberich) sebagai latar utama filem. Operasi ini Dinamakan sempena Alberich iaitu ketua kerdil Nibelungen dalam opera Der Ring des Nibelungen, Jerman seolah-olah cuba untuk menggambarkan British yang kerdil dibawah bimbingan Fil Marsyal Douglas Haig atau lebih dikenali sebagai “Tukang S3mbelih”.

Ada sebab kenapa Haig dinamakan sedemikian. Percaturan Haig meletakkan ribuan anak British di ambang m4ut. Menurut Jeneral Thomas Rees, Jerman dalam kehairanan melihat angkatan British hanya berjalan kaki dengan begitu terbuka ke arah mereka.  Seperti mesin pemotong rumput, Jerman menyerang British yang seolah-olah berarak ke barzakh.

Pada 1 Julai 1916, Pertempvran Somme bermula dengan 60,000 anak British terk0rban. Itu hari pertama. Lima bulan kemudian, angka k0rban meningkat ke 500,000 sebelum Haig akhirnya menamatkan s3r4ngan dengan kejayaan melakukan serangan balas.

Menurut Perdana Menteri British ketika itu, David George, Haig telah mengarah banyak pertempvran teruk dalam pep3r4ngan – tetapi hanya menyertai dua sahaja secara fizikal.

Haig takkan mengakui salah. Dan apabila Blake dalam filem melihat kedatangan Erinmore, beliau mengatakan, “mesti ada benda besar bila jeneral sendiri datang.”

Petikan tersebut merujuk kepada Haig yang tidak akan muncul secara fizikal. Ramai komander hanya melihat dan membidakkan catur dari jauh sahaja, terlalu jauh daripada lumpur dan d4rah.

Malah komander-komander British juga terbukti bersenang-lenang dalam rumah Perancis (chauteau) yang sangat selesa (Brown, 2014).

Tetapi apabila Erinmore memberitahu Blake bahawa “kegagalan kamu akan menyebabkan pemb4ntaian beramai-ramai”, ia bercanggah dengan sejarah. Melihat angka kem4tian di Pertempvran Somme, kerugian 1,600 bagaikan sebatang mancis dalam kotak yang penuh saja.

Dan 1917 juga menunjukkan bagaimana anggota-anggota British yang teruk dalam trauma. Ketepikan keadaan m4yat yang gugur, trauma ialah sentuhan 1917 yang menarik. Pucuk kepimpinan dibawah Douglas Haig sebenarnya terpana melihat anak-anak British yang bagaikan “jadi perempuan” akibat mental yang runtuh walaupun tiada seinci luka pun.

Pada zaman itu, trauma ialah petanda kelemahan. Dan mereka dipaksa kembali ke medan utama tanpa sebarang diagnosis (Alexander, 2010). Perkara ini hanya ditunjuk separuh. 1917 mengakui ada trauma. Tetapi tiada anak muda digegaskan semula, satu perkara yang boleh dimaafkan walaupun ia bukanlah satu kesalahan pun.

Untuk merencahkan kepelbagaian, Sam Mendes membawa pelakon-pelakon Afrika dan India untuk menyertai perfileman. Dari satu sudut ia menunjukkan politik imperialisme British yang menaungi Afrika dan menjajah India.

Tetapi hakikatnya, British tiada anggota kulit gelap di medan. Dan Rejimen Devonshire tidak pernah mengambil anggota-anggota dari India. Golongan British Sikh mempunyai rejimen kecil di India sahaja. Bukan di medan Eropah, seperti yang digambarkan 1917. Sekali lagi perkara ini boleh dimaafkan.

Tetapi walau dangkal mana pun taktik Haig, British tidak pernah memberikan lampu hijau kepada sebarang s3r4ngan tanpa artil3ri. Mackenzie tidak langsung mempunyai artil3ri, hanya anggota biasa sahaja.

Secara amnya, 1917 ialah satu filem yang sangat baik. Ia tidak seharusnya dihvkum kerana tidak begitu tepat. Filem fiksyen bukanlah satu dokumentari dan tidak sama sekali boleh dibuat rujukan.

RUJUKAN:

Alexander, C. (2010, September). World W4r I: 100 Years Later. Smithsonian Mag. Retrieved from (Ditapiskan).

Brown, J. (2014, July 6). A History of the First World War in 100 Moments: A big day at the enchanted chateau. The Independent. Retrieved from https://www.independent.co.uk/news/world/world-history/history-of-the-first-world-war-in-100-moments/a-history-of-the-first-world-war-in-100-moments-a-big-day-at-the-enchanted-chateau-9587193.html

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.