Tujuh hari yang lalu, seluruh dunia menyambut Tahun Baru. Ramai berazam, berdoa dan berharap supaya COVID-19 cepat ditewaskan.

Semua merindui resam biasa, apabila pergerakan tidak terbatas. Tetapi dalam masa seminggu, harapan ini sudah pudar.

Amerika Syarikat mencatatkan lonjakan besar, dengan 1.06 juta kes baru. England mengisytiharkan perintah berkurung ketiga.

Malaysia pula seolah-olah hilang kawalan, meskipun dengan kadar penyembuhan agak baik.

Tidak cukup dengan berita buruk ini, dunia dikejutkan pula dengan dua mutasi baharu. Jenis B117 dan 501YV2 mempunyai kadar kebolehja-ngki-tan yang tinggi (Diamond, 2021).

Gambaran mutasi.

Walau bagaimanapun, berita-berita buruk ini diselingkan dengan kejayaan baru. Program vaksin semakin berjaya.

Selalunya Amerika Syarikat menjadi negara contoh, dalam apa-apa bab berkenaan sains.

Tetapi kali ini, disiplin Amerika Syarikat pada sains telah pudar disebabkan sebuah kerajaan yang melawan arus (Tollefson, 2020).

Beberapa negara lain seperti Israel contohnya menunjukkan prestasi vaksinasi yang jauh lebih baik (Hendrix & Rubin, 2021).

Program vaksinasi Israel.

Tujuh hari selepas tahun baru, 37 negara telah menggerakkan program vaksinasi.

Hampir 16 juta dos sudah diberikan, dalam sebuah pelancaran vaksin terbesar dalam sejarah manusia.

Tidak pernah sebelum ini vaksin berjaya diperolehi dalam masa begitu singkat.

Baca: https://thepatriots.asia/amboi-cepatnya-vaksin-covid-19-ni-siap/

Berkat daripada pengetahuan sains sejak penularan SARS dan MERS, serta dana yang melimpah, beberapa pengeluar vaksin berjaya mengeluarkan produk sendiri.

Sekarang ini giliran negara pula untuk berhempas-pulas. Pengeluar-pengeluar vaksin mempunyai arahan khusus untuk menggerakkan program suntikan.

Ais kering untuk menyimpan Tozinameran.

Mereka sudah mengetahui suhu terbaik untuk menjaminkan keberkesanan.

Semua negara hanya perlu menepati keperluan logistik ini. Dan bahagian inilah sebenarnya paling sukar.

Membangunkan Imuniti Kelompok

Tozinameran keluaran BioNTech-Pfizer mendapat kelulusan di Amerika Utara, Eropah dan Timur Tengah.

Kemudian gandingan AstraZeneca dan Universiti Oxford membuahkan hasil, dengan vaksin AZD1222.

China dan Rusia pula mempunyai jenis vaksin tersendiri, iaitu Sinovac dan Sputnik yang masih belum meyakinkan oleh kerana syarikat pengeluar berada dibawah pengaruh kerajaan masing-masing (Marlow, et al., 2020).

Hal ini mungkin mempengaruhi semua orang, yang akan lebih berpihak pada Tozinameran dan AZD1222.

Pfizer sendiri menolak sebarang dana daripada Amerika Syarikat, kerana tidak mahu menjadi ham-ba birokrasi politik (Axios, 2020).

AstraZeneca pula bersetuju untuk menjual AZD1222 dengan harga marhaen, yakni antara AS$6 hingga AS$8 setiap orang (Zennie, 2020).

Malah Malaysia mendapat tawaran jauh lebih hebat, kerana AstraZeneca sudi menjual vaksin tanpa untung (NST, 2020).

MOSTI menggalas tanggungjawab sains.

Setakat ini semua pengeluar tidak perlu bersaing langsung. Kerana mereka tidak mampu membekalkan vaksin kepada dunia tanpa kerjasama dengan pengeluar lain.

Sebanyak 8.25 bilion dos (untuk 4.1 bilion orang) sudah dipesan, yang perlu diagihkan dengan baik.

Setakat ini negara-negara berpendapatan tinggi telah membuat pesanan pantas, sekali gus menimbulkan tanda tanya bagi negara-negara miskin.

Ada negara yang mungkin perlu menunggu sehingga tahun 2022 dan 2023 atas faktor giliran.

Tempahan untuk AZD1222 sahaja sudah mencecah 1.5 bilion orang, majoriti daripada negara-negara kaya yang menyumbang dana. Itulah manfaat yang dinikmati pendana.

Berbilion dilaburkan, asalkan mendapat tempat hadapan.

Canada sebagai contohnya paling sistematik (Rastello & Bolongaro, 2020), kerana menjalinkan kontrak bersama tujuh pengeluar yang mampu membekalkan vaksin untuk 112 juta orang (walhal populasi Canada hanya 38 juta sahaja).

Sinaran Harapan

Dengan COVID-19 yang semakin bermutasi, pengeluaran vaksin pelbagai syarikat ini amat menjaminkan.

Tiada negara mampu melaksanakan perintah berkurung terlalu lama.

Kadar pengangguran akan melonjak.

Ekonomi akan meleset. Dan COVID-19 takkan ditewaskan, cuma dibekukan sahaja. Tidak boleh menyalahkan rakyat sebenarnya, kerana selama ini semua sudah terbiasa dengan resam lama.

Ini belum lagi dengan kes-kes terpencil seperti yang berlaku di Segamat.

Sebuah keluarga 16 orang didapati positif selepas menghadiri sebuah majlis keluarga di kawasan zon merah Lembah Klang (Yee, 2021).

Tanggungjawab sahaja boleh menjadi solusi sementara, sebelum Malaysia melancarkan program vaksinasi kepada 82.8 peratus rakyat dalam negara.

RUJUKAN:

Axios. (2020, November 9). Pfizer CEO says he would’ve released vaccine data before election if possible.

Diamond, F. (2021, Januari 4). Move over B117, here comes another COVID mutation. Infection Control Today.

Hendrix, S., & Rubin, S. (2021, Januari 5). Israel is vaccinating so fast it’s running out of vaccine. The Washington Post.

Marlow, I., et al. (2020, Disember 29). ‘I won’t take it’: China struggles to get the world to trust its vaccines. Japan Times.

NST. (2020, Disember 23). AstraZeneca selling Covid-19 vaccine to Malaysia at no profit.

Rastello, S., & Bolongaro, K. (2020, Disember 8). Canada has reserved more vaccine doses per person than anywhere. Bloomberg.

Tollefson, J. (2020, Oktober 5). How Trump (ditapiskan) science – and why it could take decades to recover. Nature.

Yee, X.F. (2021, Januari 7). Sixteen family members in Labis test positive for Covid-19 after attending gathering in Klang Valley. The Star.

Zennie, M. (2020, Disember 30). The Oxford-AstraZeneca vaccine approval may be the most globally important yet. Time.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.